KEKAL CANTIK SELEPAS BERSALIN

download (1)

 

Setiap wanita hamil bahagia mengandungkan anak-anak mereka. tetapi satu kegusaran yang selalu mengganggu adalah bagaimana pula bentuk badan selepas bersalin nanti.  Kebanyakan wanita terutamanya mereka yang hamil buat pertama kali akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai penurunan berat badan selepas kelahiran.

Ketika berpantang, kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami gangguan emosi. Jika diabaikan, ia boleh membawa kepada masalah meroyan. Selain ingin kembali langsing, kesihatan dalaman tidak boleh dipandang ringan. Beberapa cara lama berpantang adalah seperti melalui proses berurut, berbenkung, bertungku, berpilis dan sebagainya.  Selalunya tempoh berpantang mengambil masa sehingga 40-44 hari.

APA PERLU ANDA BUAT?

1) BERBENGKUNG

– menguatkan kulit kendur pada kawasan perut.

– menghilangkan parut atau tompok hitam pada perut (perkara normal selepas melahirkan anak?

– merangsang aliran darah ke kulit di sekitar bahagian perut

-walaupun begitu, ibu bersalin secara pembedahan dilarang untuk menggunakan herba. Bengkung harus dipakai begitu sahaja.

 

2) BERTUNGKU

– mengeluarkan darah beku dalam badan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan seseorang wanita jika kekal di dalam tubuh.

– bertujuan untuk mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh.

– bertungku pada bahagian punggung dan paha untuk proses pemecahan lemak.

– melegakan lenguh kaki akibat kontraksi yang lama sebelum melahirkan anak.

 

3) PILIS

– bertindak mengelakkan rasa mengantuk dan keletihan bagi ibu bersalin

– membantu darah untuk mengalir dengan lebih baik dan menggebukan kulit wajah.

– menyejukkan dahi dan mengelakkan serangan sakit kepala

 

4) PARAM

– menghangatkan tubuh dan melancarkan aliran darah

– mengurangkan aliran air dalam badan

– melegakan otot-otot yang keletihan dan menguatkan tisu dalaman tubuh

– membuang angin berlebihan dalam badan

– merawat masalah kulit yang tidak keterlaluan kerana ia bersifat antibakteria.

 

##sumber rujukan : MAJALAH RAPI

 

saya adalah pengedar shaklee di kota tinggi, johor . jika anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee secara COD, anda boleh hubungi saya di 013-7374958 atau email : admin@damiapitshop.com

PENGHANTARAN SECARA POS LAJU/KURIER SERVIS KE SELURUH MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge