SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

download (1)

kehamilan adalah saat yang paling membahagiakan dalam hidup seorang wanita.  satu saat yang pasti ditunggu2 oleh mereka yang berkahwin. ia digelar penyatuan dua jiwa. oleh itu, mereka sangat menitik beratkan penjagaan semasa kehamilan agar anak yang dikandungnya akan sihat dan menjadi anak yang hebat.

menurut pakar farmasi, Faten Fareza, pengambilan vitamin pentind dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu.  Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripda biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. suplemen yang bersesuaian di awal kandungan ialah ASID FOLIK bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. ASID FOLIK juga turut disarankan diambil seawal 3 bulan pra kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain ASID FOLIK, MULTIVITAMIN lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah satu lagi suplemen PENTING semasa tmpoh kehamilan.

katanya lagi, mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambah keberkesanan penyerapan dan fungsinya,. Multivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumbr nutrisi yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh anda dan membatu tumbesaran bayi dalm kandungan. ibu yang hamil melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi. Justeru itu, pengambilan multivitamin atau suplemen hanya sebagai pelengkap keapda diet seimbang yang sangat penting semasa kehamilan berlaku.

SUPLEMEN APA YANG TERBAIK SEMASA KEHAMILAN ?

1) OMEGA 3, OMEGA 6, DHA DAN EPA ( MINYAK IKAN )

– ia adalah untuk meransang minda dan pertumbuhan anak. selain menjadikan anak seorang yang bijak dan hebat. MInyak ikan merupakan sumber yang terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. badan kita tidak menghasilkan asid lemak dengan sendirinya dan hanya boleh diperolehi dari sumber makanan.

– Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

2)MULTIVITAMIN

3) ASID FOLIK

– Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

4) ZAT BESI

– Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

5) KALSIUM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge