MENGATASI ANAK CEREWET MAKAN “PICKY EATER”

download (1)

adakah anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau kumpulan makanan tertentu sahaja?
adakah dia menolak semua makanan berwarna hijau dan apa-apa yang kelihatan seperti sayur-sayuran?
adakah dia hanya mengambil makanan yang berperisa manis atau masin sahaja?

sebagai ibu bapa kita pasti bimbang adakah anak kita mungkin mengalami masalah kekurangan zat makanan? kekadang terfikir kenapa anak cerewet memilih makanan atau orang sekarang menggelar anak yang cerewet makan ini sbagai “PICKY EATER’.

ia adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang bimbang tentang kesihatan anak-anak kita terutamanya dalam usia di mana mereka sedang membesar dan memerlukan nutrien yang penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental. anak anak akan melalui satu fasa yang mana mereka yang cerewet dalam memilih makanan seharian mereka, dan mereka cenderung untuk memilih sesuatu makanan saja sepanjang hari. hinggakan, kita sebagai ibu bapa risau jika mereka tidak cukup makan.

terdapat beberapa cara untuk menangani masalah anak cerewet makanan ini, di mana akhirnya dia akan mengambil pelbagai jenis makanan semasa waktu makan.

SAYURAN HIJAU

*MENYIMPAN REKOD
– Kita perlu perhatikan samada dia sudah mengambil snek sebelum makan tengahri? atau sudah minum susu sebelum sarapan atau mengambil biskut sebelum makan malam. ini semua perlu diperhatikan kerana pengambilan senk atau minuman sebelum waktu makan akan membuatkan anak merasa kenyang dan tidak berselera bila tiba waktu makan.

* MEMBUAT RUTIN MAKANAN
– mungkin ianya sesuatu yang membosankan tetapi kita perlu menetapkan waktu makan pagi tengahari, petang dan malam ada waktu yang sama setiap hari. jika ia menjadi kebiasaan, anak anak akan memberi kerjasama dengan sebaiknya. jika bila tiba waktu makan dan anak anak tidak berminat untuk makan, jangan paksa dia makan atau memberikan makanan yang lain .apabila anak lapar dan meminta makanan, kita berikan makanan yang kita simpan untuknya. Jnagan berikan pilihan pada anak anak.

* LIBATKAN ANAK ANAK
– tidak salah jika kita membuat hidangan mengikut citarasa anak anak. dan kita juga boleh berbincang dengan anak-anak apa yang perlu ada dalam setiap sajian kita. ini akan membuatkan anak anak rasa teruja dan dihargai kerana makanan kesukaan mereka mendapat perhatian kita

kesimpulannya, bersabarlah berhadapan dengan anak anak ini. Jangan cemas dan risau, kerana anak anak akan melepasi fasa cerewet ini dengan sendirinya. Namun kita boleh mempengaruhi anak anak dengan cara membimbing mereka dalam membat pilihan makanan yang lebih sihat, seterusnya akan membantu mereka mengamalkan cara makan yang sihat.

ingin mendapatkan produk shaklee? jika anda berada di kota tinggi, johor dan sekitarnya anda boleh hubungi saya melalui 013 7374958. saya adalah pengedar shaklee Kota Tinggi, JOhor. penghantaran barang juga boleh dibuat melalui pos laju dan kurier servis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge