RAWATAN PENYAKIT JANTUNG

bismillah

RAWATAN PENYAKIT JANTUNG

Sekarang ini, bila orang bercakap pasal sakit jantung, ia seolah olah menjadi satu penyakit yang perlu semua orang kena. Malahan ia tidak menjadi satu kepelikan bila ia menjadi satu ancaman maut kepada orang ramai. Betul tak? Cuba kalau kita dengar berita ada kematian di kampung atau kematian seseorang. Soalan pertama yang kita tanya ialah ‘ sakit apa arwah tu?”…. sakit jantung …. “ooooo..sakit jantung”…kan kan?? So Nampak macam oh..no wonderlah meninggal.sakit jantung rupanya. Seolah olah ia penyakit yang perlu dihidapi oleh semua orang.

Tetapi apakah kita juga nak diserang sakit jantung..apatah lagi sakit jantung ni tiada amaran khas. Oleh itu, apa perlu kita buat??? Jom kita amalakn kaedah rawatan baru ini..tanpa perlu ubat ubatan dari doctor.. Ianya adalah rawatan dari diri kita sendiri. Ye, kita sendiri yang perlu membuat rawatan itu.

 

serangan-jantung

 

 

 

KAEDAH RAWATAN UNTUK KITA SEBELUM DISERANG PENYAKIT JANTUNG:-

 

SENAMAN

• Antara senaman yang disyorkan oleh pakar perubatan ialah BERJALAN DENGAN KADAR YANG LAJU selama 40 hingga 45 minit setiap sesi tiga kali seminggu.

• Boleh juga melakukan aktiviti ringan seperti naik tangga, berkebun dan membersihkan laman rumah

• Dengan berjalan laju, jantung akan mengepam darah ke saluran darah dengan lebih laju.

• Senaman berbentuk aerobic yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kecergasan jantung dan paru paru.

 

MENJAGA KESIHATAN

• gosok gigi . macam tak percaya kan? Dengan menjaga kebersihan gigi, ia memberi kesan positif kepada jantung.

• Universiti Buffalo mengesahkan kawasan mulut merupakan tempat paling “selesa” untuk dihuni oleh dua jenis forsynthesis dan preventella intermedia. Semakin banyak bacteria di dalam mulut, semakin tinggi risiko anda untuk diserang penyakit jantung.

• Tidur secukupnya – sewaktu tidur, tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi yakni pengeluaran toksin dan racun dari tubuh. Selain itu ia memberi kesempatan untuk tubuh menghasilkan hormon hormon imuniti.

• Kurangnya mendapat tidur yang cukup dan berkualiti dapat menaikkan kadar tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca penyakit jantung dan strok.

• Jangn dalam keadaan tertekan. Ketawalah, bergembiralah selagi mampu. Ketawa membuatkan darah anda berjalan lancar tanpa mngalami masalah arteri tersumbat.

 

MENJAGA PEMAKANAN

• Menjaga pola pemakanan dengan baik

• Sentiasa cek label makanan untuk mengetahui jumlah gula, jumlah lemak, jumla kalori yang ditawarkan oleh sesuatu pek makanan itu.

 

JOM SIHAT!!! KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

 

*saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor jika anda ingin mendapatkan produk shaklee ini secara COD. dan saya juga ada menerima pesanan di seluruh dengan melalui khidmat pos laju.

 

hubungi saya :-

SITI NORIZA BINTI SALEH

ID : 852453

SMS/CALL/WHATSAPP : 013-7374958

EMAIL : sitinorizasaleh@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge