PENGEDAR SHAKLEE DI KOTA TINGGI, JOHOR

 

 

 

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor dan telah berkecimpung dalam dunia shaklee sejak tahun 2011 lagi.  Kami bukan semata mata menguruskan perniagaan Shaklee malahan kami sekeluarga merupakan pengguna setia produk Shaklee.

wpid-d766c9aca7aab3cc27786bff61581eff.jpg

Kami sekeluarga pengguna produk Shaklee

Bagaimana anda ingin mendapatkan produk dari saya?

Sekiranya anda membuat pesanan melalui online dan duduk di luar kawasan Kota Tinggi, kami akan menghantar suplemen pilihan anda melalui pos laju, gdex atau citylink.

Sekiranya anda berada di sekitar kwasan Kota Tinggi atau Felda Semenchu, ada 3 cara untuk anda mendapatkan suplemen pilihan anda iaitu :-

* berjumpa dengan kami di lokasi yang dijanjikan

* kami hantar terus ke rumah/pejabat anda

* datang kerumah kami untuk dapatkan produk anda.

senang kan? simple je dan mudah. kami akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi pengedar shaklee Kota Tinggi yang terbaik untuk anda.

Bagaimana ingin menghubungi kami?

whatsapp/sms/telegram : 013 -7374958 atau 013-7065 178

jangan malu malu .

HANYA UNTUK LELAKI

Jika pada bulan Mei, kita meraikan Hari Ibu, pada bulan Jun pula khusus untuk golongan bapa. Lagak seorang ayah yang sentiasa “cool” jarang menbayangkan keresahan yang bermain di mindanya.  Malah kerap kali sikap tegas, garang mendidik anak anak, serta gigih memberi yang terbaik untuk orang yang dikasihi, membuatkan mereka kurang memberi tumpuan pada kesihatan diri. Namun sebagai ketua keluarga yang menggalas tanggungjawab besar, kesihatan seharusnya menjadi agenda utama.  Ini kerana segagah mana pun kaum adam ini, mereka tidak lepas daripada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Tidak kurang juga yang telah mengalami perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk, pembesaran prostat, letih, lesu dan kurang stamina. Dengan diet kurang sihat, pencemaran alam dan gaya hidup hari ini turut menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang baru. Jadi sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba, mungkin anda sebagai anak juga para isteri di luar sana merancang untuk memberikan hadiah terbaik untuk suami dan ayah tercinta.

Apa kata, tunjukkan tanda kasih kita pada ayah kita dengan beri mereka hadiah set produk lelaki iaitu Omega Guard, Zink dan Vitamin E. Kalau anda seorang lelaki, anda juga tidak perlu menunggu orang belikan set ini sebgai hadiah tetapi anda boleh memilikinya sendiri.

image

Sememangnya usia akan terus meningkat.  Tiada siapa yang mampu menyekat. Yang muda pasti akan tua, yang kecil akan dewasa. Namun suplemen yang baik mampu mencegah penyakit seiring peningkatan usia. Lebih baik mencegah dari mengubati. Hadiahkanlah diri dengan suplemen kesihatan dari Shaklee yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

**kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan juga pengedar Shaklee di Felda Semenchu.

Whatsapp atau sms kami di talian 013- 7374 958 ( Puan Siti Noriza ) dan 013- 7065 178 ( Encik Mohd Zamri )

 

Slide1

BUAH PINGGANG ROSAK AKIBAT OVERDOSE

Seperti yang disiarkan dalam majalah I-Sihat Bulan June 2014 keluaran ke 80, Wizzar Mohammad, 32 menghadapi penyakit yang disahkan oleh doktor sebagai Penyakit Kegagalan Buah Pinggang pada usia semuda 21 tahun!. download (4) Ia berpunca dari gaya hidupnya yang kurang seimbang apatah lagi setahun sebelum itu, beliau menghidap penyakit migraine yang kronik. Apabila dirujuk pada pakar, dia hanya diberikan pil penahan sakit bagi melegakan kesakitan yang dialaminya itu., Sejak dari hari tu, ubat penahan sakit itu menjadi perkara atau benda wajib yang perlu ada dalam beg atau poket seluarnya. Tanpa kira masa, cuaca dan keadaan, bila saja migrainnya datang, dia akan mengambil pil penahan sakit itu tanpa ragu ragu. Malahan, bila pil penahan sakit itu sudah habis, beliau akan terus ke farmasi dengan beranggapan ahli farmasi pasti akan berikan pil penahan sakit yang sesuai. Ditambah pula, dengan dia yang aktif bersukan sewaktu di kolej, dia tidak terfikir untuk mengambil air suam secukupnya. Dia juga mengambil air ketika sarapan, makan tengahari dan malam. Itu pun air manis. Wizzar mengakui, andai masa boleh diputar kembali, pasti saja dia mahu menjalani kehidupan yang lebih baik. Minum air suam secukupnya dan tidak bergantung kepada pil penahan sakit. Sekurang kurangnya penyakit kegagalan buah pinggang yang dihidapinya mampu dilewatkan atau dielakkan terus. Berdasarkan dari cerita berkenaan, saya suka tekankan kenapa kita perlukan air masak yang banyak dalam tubuh badan kita setiap hari. Kiraan air masak atau air suam yang perlu kita ambil ialah setiap 25kg badan kita, kita perlu ambil 1 liter air! Maknanya, kalau berat badan kita ialah 75kg, kita perlu ambil 2.5 liter air setiap hari. Jadi, sama sama jaga buah pinggang kita, jangan sampai kita tidak boleh berbuat apa apa lagi disebabkan penyakit yang kita hadapi. Tubuh badan adalah amanah yang Allah berikan pada kita. Kita perlu jaga amanah ini dengan menjaganya sebaik mungkin.

DETOX KOLON ANDA!!

Pada masa kini, perubahan drastik amat diperlukan untuk mengubah gaya hidup yang mendorong kepada jangkitan dan penyakit.   Gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban ykerja yang banyak, persekitaran sekeliling yang sesak menjadikannya lebih mudah untuk kita jatuh sakit dan sukar untuk pulih semula.

kolon

kredit : www.petuanenek.com

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin- membawa kepada diabetis peringkat 2 dan penyakit jantung.  Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi.  Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit, tetapi tidak kira berapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%.  Selain penyakit diabetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup.

KAnser kolon, yang juga dikenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kasner yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat II. Kanser kolon terjadi apabila sel sel kelenjar di dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor. Kepada golongan berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis dengan penyakit ini di mana risiko kanser kolon meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

SIMPTOM UTAMA DIABETES TIDAK DAPAT DIKENALPASTI TERMASUKLAH ;

* kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam
* rasa dahaga semakin bertambah
* rasa letih yang melampau
* penglihatan yang kabur
* berat badan menurun tanpa sebab
* kegatalan pada alat sulit atau jangkitan candida
* pemulihan luka pada kadar yang perlahan

Untuk entry akan datang, saya akan ceritakn bagaimana kita ingin detoxs kolon kita.

Saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor juga pengedar shaklee di Felda Semenchu.

 

SHAKLEE EFFECT!

Orang selalu cakap dengan saya.

Ko kalau tak kaya, tak tahulah aku nak cakap apa.

Ayat macam ni selalunya saya balas dengan ” macamana ko tau aku tak kaya?”

Dan biasanya di balas dengan jawapan, eleh..pakai kereta biasa je. Kalau kaya mestilah dah beli kereta besar.

Pernhkan ini berlaku? Atau sememangnya memiliki kereta besar adalah tanda aras kekayaan seseorang itu? Bagi saya, kereta besar atau mahal bukanlah tanda aras nya. Lagi lagi zaman sekarang. Membeli kereta seolah membeli perabot yang boleh ditukar setiap tahun dan pilihan mengikut apa yang kita suka. Pinjaman untuk memiliki kereta juga sangat mudah. Tunjuk je bukti pendapatan, lepas tu bawaklah sorang penjamin, dan pihak bank akan meluluskannya walaupun 80% dari gaji atau pendapatan bulanan kita akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta.

Bagi saya, kekayaan adalah suatu yang saya tafsirkan sebagai kebebasan. Bebas dari hutang, bebas untuk memilih apa yang kita perlukan dan semestinya ia adalah satu keperluan, bebas untuk membantu sesiapa yang kita ingin bantu, bebas untuk menghulurkan seberapa banyak derma, wakaf, zakat dan yang pasti, bebas untuk hidup dari terikat dengan kemiskinan.

Saya kaya, tapi saya tidak akan tunjukkan kekayaan saya.

image

Saya kaya dengan keluarga shaklee saya, ..merekalah kekayaan saya..

image

Read more

DR FORREST C. SHAKLEE ( pengasas syarikat shaklee )

Dr Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee padatahun 1956 semasa berusia 61 tahun dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80-an. Dr Forrest C. Shaklee adalah seorang yang berbilang bakat, laluan kerjaya yang pelbagai termasuk pencipta, penulis, pader dan personaliti radio.  Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau.  Hari ini, falsafah Shaklee “Better You Better World” mencerminkan secara llangsung visi awal Dr Shaklee.

Minat Dr Shaaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zamn kanak-kanaknya iaitu batuk kering.  Tanpa bergantung pada hospital atau ubat ubatan, rawatan beliau ialah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Iowa.  Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun tahun pembentukan beliau.

MInat Dr Shaklee dalam kesihatan yang optima, membawa beliau dari lapangan, ke makmal dan bilik peperiksaan.  Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan.  Sentiasa mencuba, Dr Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstak nutrien dari makanan.  “Vitalized Mineral” telah diperkenalkan pada tahun 1915, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya.  Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yang amat berjaya, di mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan, bukan hanya merawat pesakit.

Dr Shaklee juga merupakan orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri.  Beliau menulis beberapa buku mengenai kepentingan pemikiran positif, yang mempunyai hak cipta sebagai “Thoughtsmanship”.  DIa juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yang berjaya di pogram radio mingguannya sendiri.

pejabat shaklee di USA

 

anda ingin menjadi sebahagian dari kami? hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Saya merupakan pengedar shaklee Kota Tinggi dan anda boleh dapatkan produk ini secara cod dari kami. Anda juga boleh hubungi kami jika ingin mengetahui cara cara menjadi ahli Shaklee.

 

SITI NORIZA SALEH

ID : 852453

013- 7374958

FANPAGE : Damia Pit Shop

 

 

MEALSHAKE PENUH DENGAN NUTRISI PENTING

Bismillah.

Anda kurang vitamin? Ambil saja Mealshakes. Kenapa? Dengan rasa vanilla yang sedap, Mealshakes kaya dengan 19 vitamin utama, protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat yang dipelukan oleh tubuh badan setiap hari. Selain kanak-kanak, ia juga sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.
mealshake

 

Mealshake memberikan tenaga dan dapat membantu menguatkan sistem imun kanak kanak sekali gus melindungi mereka daripada jangkitan penyakit.  Mereka yang demam akan lebih cepat sembuh daripada biasa.  Sementara yang kurang berselera dan memilih makanan pula, kandungan Asid Folik, Biotin, Kalsium dan Magnesium membina tulang dan sel sel dalam proses tumbesaran yang sihat.

Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink dan Selenium, Mealshakes juga sesuai untuk mereka yang ingin tampil awet muda. Ia membekalkan vitamin B Kompleks, Zat Besi dan Kuprum untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus mencegah kulit kusam.  Selain itu, ia kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku dan rambut serta tisu tubuh. Keistimewaan Mealshake juga boleh dimanfaatkan oleh ibu ibu hamil dan menyusukan anak pula kerana membanu penghasilan susu badan yang berkhasiat.

Mealshakes juga kaya dengan serat yang membantu melawaskan pembuangan air besar bagi menyingkirkan lemak dan toksin berlebihan daripada kolon dan perut bagi proses detoksifikasi selain sesuai untuk yang mempunyai masalah sembelit.  IA juga mengandungi lesitin soya yang bertindak dengan vitamin larut lemak sesuai untuk mereka yang menghadapi kesukaran dalam menelan pil terutamanya di kalangan warna emas dan mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal serta atlet yang perlu menjaga pemakanan mereka.

 

Umpama makanan segera yang sihat dan mudah larut di dalam tubuh.  Mealshake bebas perisa dan pewarna tiruan, pasti menjadi minuman kegemaran seisi  keluarga. Boleh dihidangkan secara sejuk ataupun suam.

 

jika anda berada di sekitar Kota Tinggi, atau Felda Semenchu dan sekitarnya, anda boleh mendapatkan produk ini secara terus dari saya kerana saya merupakan pengedar shaklee Kota Tinggi dan pengedar shaklee Felda Semenchu dan sekitarnya.pembelian online juga boleh dilakukan melalui saya atau anda ingin menggunakan kad debit atau kad kredit, boleh klik ikon di bawah ini 🙂

 
order  now

 

 

Atau, saya berikan anda senarai pengedar shaklee di seluruh Malaysia jika anda klik ikon di bawah ini. Manalah tahu ada yang berhampiran dengan anda 🙂

 

SID1

 

 

1 2