PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : 4 TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUN

hari ni saya nak berkongsi bagaimana nak tingkatkan sistem imun kita dan untuk pastikan ia berfungsi pada kadar optimum. Ini kerana, sistem imun kita berfungsi dan berkaitan dengan bagaimana pemakanan kita seharian, cara dan gaya hidup kita seharian serta bagaimana kita menjaga emosi dan fizikal kita. saya sharekan 4 tips tingkatkan sistem imun kita untuk rujukan semua 🙂

1) MAKAN DENGAN BETUL

Jangan makan berlebihan, itu kunci utamanya. Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru itu, ia akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti :-

  • makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah buahan sitrus dan brokoli
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin
  • makan bawang putih – makanan yang kaya dengan zink, seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.
  • makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah buahan dan sayur sayuran
  • makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi

 

 

pyramid

2) BERSENAM SELALU

senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit sepanjang tahun. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki lima kali seminggu selama 12-15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan  yang lebih baik.
senaman4

3 )  MENGURUSKAN TEKANAN

hormon hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, samada menghapuskan sel darah putih ( yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun. Oleh itu, luangkan masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari

 

dfgh

4) DAPAT TIDUR YANG SECUKUPNYA

tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafien, tembakau dan arak.

la_sun_sleep_cuddle

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge