PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : FUNGSI AIR DALAM BADAN KITA

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan dehidrasi. Antaranya ialah cepat merasa letih, masa tumpuan yang pendek, kesukaran untuk fokus pada tulisan yang agak kecil contohnya di skrin komputer dan mudah lupa perkara yang baru berlaku. Selain itu, air kencing yang bewarna kuning pekat juga adalah salah satu indikasi badan kita mengalami kekurangan air.

air

Fungsi air yang menyebabkan ia sangat penting ada banyak. Antaranya ialah :-

* air bertindak sebagai pelincir – air memainkan peranan sebagai pelincir untuk sistem penghadaman dan juga sistem yang lain. Sebagai contoh air liur membantu proses mengunyah dan menelan makanan serta memastikan partikel makanan dapat melalui corong esofagus dengan mudah. Juga bertindak sebagai pelincir di bahagian sendi dan otot.

* air mengawal suhu badan – badan kita dapat mengawal suhu badan melalui sistem perpeluhan dari kelenjar peluh ke luar kulit yang menyebabkan kesan sejuk ke atas tubuh. Pergerakan air di dalam sistem selular badan kita amat penting kerana nutrien penting dibawa melalui plasma darah yang 92% adalah dari air. Plasma darah memainkan peranan penting dengan mengawal pH tubuh badan kita dan keseimbangan osmotik sekaligus mengubah suhu badan.

* air membuang toksin yang terkumpul – toksin terkumpul disingkirkan melalui pelbagai cara. Antaranya melalui peluh dan air kencing kita. Ia juga membantu sistem penghadaman dengan mengurangkan sembelit. Jadi bahan buangan ini dapat dikeluarkan dari badan dengan mudah. Jika bahan buangan ini tidak dikeluarkan, kita akan mengalami pening kepala dan berisiko untuk mendapat penyakit lain disebabkan toksin yang terkumpul dalam badan. MInum air dengan banyak juga meringankan beban sistem perkumuhan terutamanya buah pinggang dan hati.

* air membawa nutrien penting – 92% komposisi darah terdiri daripada air dan fungsi darah adalah mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel badan. nutrien daripada makanan dipecahkan dalam bentuk larut air dan dapat menembusi dinding usus melalui kapilari serta menyerap ke dalam darah. kemudian, nutrien dan oksigen ini diangkut dan disebarkan ke seluruh organ di dalam badan.

* mengekalkan keremajaan wajah – penulis buku “the water secret : the cellular breakthrough to look and feel 10 year younger” yang juga seorang profesor perubatan di Unversity of California, Howard, menyatakan mengambil air dengan banyak seperti yang disarankan boleh mencantikkan kulit dan menghilangkan kedutan wajah dengan memberi kelembapan kepada kulit. Jadi, tidak boleh dinafikan air adalah pelembap wajah yang paling berkesan berbanding kosmetik yang berisiko mempunyai kesan sampingan.

* membantu mengurangkan berat badan – hasi kajian daripada American chemical society melaporkan bahawa orang dewasa yang minum dua gelas air kosong sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam dapat mengurangkan pengambilan 75 hingga 90 kalori dalam setiap hidangan. Selepas 3 bulan kajian yang dijalankan, peserta kajian dapat mengurangkan purata 11kg berat badan berbanding kumpulan yang tidak minum air sebelum makan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge