VITAMIN DAN MAKANAN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK HAMIL

Bismillah 🙂

selalunya ibu ibu atau bakal ibu yang ingin berusaha untuk mengandung, akan diberi pelbagai nasihat oleh mereka mereka yang sudah berpengalaman atau para doktor dan pakar pemakanan supaya menjaga pemakanan sebelum kehamilan berlaku. Ini adalah untuk membantu diri kekal sihat dan badan bersedia untuk menerima perubahan hormon semasa kehamilan.  Dalam majalah Pa&Ma bulan Oktober 2014, Intan Jasnita Jamaluddin menyenaraikan zat zat pemakanan yang baik untuk anda amalkan sejak sebelum hamil lagi.

MERANCANG UNTUK HAMIL

Bagi mereka yang sudah lama berumah tangga, pasti terkesan dengan pertanyaan demi pertanyaan orang yang kekadang sehingga mencabar kita untuk melawan rezeki yang Allah berikan pada kita. biarkan je dengan kata kata orang yang sentiasa negatif dengan aturan Allah. Bagi bakal ibu atau mereka yang ingin menambah cahayamata, ia memerlukan anda untuk memberi lebih perhatian terhadap apa jua makanan yang masuk ke dalam badan kita.  Ini kerana, kita perlu memastikan badan kita bersedia untuk hamil. Jadi kita perlu memastikan tubuh badan kita dipenuhi dengan pelbagai jenis zat pemakanan yang mencukupi dan seimbang.

Slide3

 

Salah satu vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan untuk hamil ialah Vitamin C. Vitamin C membantu anda untuk kekal sihat dan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Makanan yang tinggi kandungan C termasuklah buah buahan sitrus, kiwi, strawberu dan sayur sayuran hijau. Memandangkan vitamin C larut air, ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi anda perlu pastikan tubuh badan kita mendapat keperluan vitamin C yang cukup setiap hari. Bagi orang dewasa, sebanyak 500mg-1000mg sehari Vitamin C diperlukan 🙂

Slide2

Selain itu, kita juga perlukan zink yang mana ia merupakan mineral penting yang membantu kesuburan dan pembiakan manusia. Jadi ia merupakan vitamin dan makanan tambahan yang diperlukan untuk hamil.  Zink merupakan salah satu mineral untuk merangsang kesuburan individu lebih lebih kepada lelaki. Untuk hamil, kita juga boleh mengambil makanan-makanan seperti bijan, kekacang, kambing dan sumber yang paling kaya dengan zink ialah TIRAM!!!

Slide1

Vitamin dan makanan tambahan yang paling utama yang diperlukan untuk hamil ialah ASID FOLIK. zat pemakanan ini sangat penting sebaik saja anda memutuskan untuk hamil.  Ia sangat bermanfaat dalam membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada bayi. Masalah ini boleh menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang. Dua kecacatan biasa aikabt masalah ini ialah SPINA BIFIDA dan ANENCEPHALY., bagi kecacatan SPINA BIFIDA, tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika di bulan pertama kehamilan.  Lazimnya, akan berlaku keroskan saraf yang menyebabkan lumpuh di kaki.  Sementara itu, ANENCEPHALY pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya.  Bayi yang mengalami ANENCEPHALY sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dia dilahirkan.

BAgi anda yang berusaha untuk hamil, anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mcg sehari untuk sekurang kurangnya tiga bulan sebelum hamil.  Anda perlu mengambilnya lebih awal kerana pembentukan tiub nerual bermula saat benih berjaya disenyawakan. Makanan yang kaya denagn asid folik ialah bayam, ubi bit, asparagus, hati, brokoli, oat, jagung, betik , oren dan sebagainya . Namun adalah sukar untuk memastikan tubuh anda melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan jika hanya bergantung kepada sumber makanan seharian saja 🙂

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANDA INGIN MENCARI PRODUK KESUBURAN YANG LEBIH SIMPLE DAN MUDAH?

Kami cadangkan ada mengambil set kesuburan untuk hamil dari Shaklee iaitu B COMPLEX, ZINK,VITAMIN C, GLA DAN JUGA VITALEA

DI ARTIKEL YANG LAIN, KAMI AKAN HURAIKAN KENAPA KAMI SARANKAN VITAMIN VITAMIN INI SEKIRANYA ANDA BERUSAHA UNTUK HAMIL 🙂

anda boleh mendapatkan produk kami ini secara terus dari kami . Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor dan kawasan sekitarnya 🙂 jika anda berada di luar kawasan ini, kami akan poskn kepada anda atau jika anda ingin membayar menggunakan kad debit atau kad kredit, sila klik ikon di bawah ini :)<

Slide1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge