ZAT PEMAKANAN SEMASA KEHAMILAN

Kehamilan adalah satu berita gembira yang dinantikan oleh para sang suami dan isteri. Ia menandakan bukti cinta dan kasih sayang antara mereka berdua selepas penyatuan melalui akad nikah yang sah. Berita gembira ini juga adalah berita yang dinantikan oleh kedua dua keluarga suami dan isteri. Untuk memastikan perjalanan semasa kehamilan ini berlaku dengan lebih baik, bakal ibu atau ibu di galakkan menjaga pemakanan semasa tempoh kehamilan.

 

Pregnant woman in kitchen eating a salad smiling

setelah di sahkan hamil, ibu perlu berterusan mengamalkan corak pemakanan yang sihat agar tahap kesihatan sedia ada ibu dan bayi dalam kandungan berada di tahap memuaskan.  Antara zat pemakanan yang perlu ibu ketahui khasiat dan kepentingannya ialah :-

ASID FOLIK

– asid folik sangat penting kerana ia membantu pembentukan tulang belakang bayi dan juga membantu membina DNA bayi. sebab itu, jika ibu mendaftar kehamilan di hospital atau klinik kesihatan, ibu akan dibekalkan vitamin Acid Folic ini. Jangan dengar cakap orang lain untuk membiarkan vitamin ini . Ia sangat penting dan perlu diambil apatah lagi diawal kandungan.

KALSIUM

– kalsium yang digabungkan bersama Vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon. Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium,  Sumber ini, ibu boleh dapatkannya daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu. Kebanyakan makanan seperti marjerin dan bijiran sarapan pagi diperkaya dengan Vitamin D.

ZAT BESI

– kira kira 10% hingga 15% wanita hamil akan mengalami masalah anemia iaitu kekurangan darah akibat dari kekurangan zat besi dalam tubuh.  ibu memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil kerana ia membantu memenuhi keperluan tubuh badan ibu dan bayi yang dikandungnya.  Jangan tak tahu, uri juga memerlukan zat besi yang mencukupi. Ibu boleh mendapatkan suplemen zat besi dari doktor atau mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayuran hijau, kerang hati, buahan kering dan kekacang.

IOIDIN

– kekurangan iodin merupakan penyebab utama yang boleh menyebabkan masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi yang dikandung. Untuk ibu pula, masalah kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, meninggal sewaktu kelahiran dan beberapa komplikasi lain sewaktu kehamilan atau kelahiran.

ZINK

– zink penting untuk kesuburan dan pembiakan dewasa, malah ia juga turut membantu dalam pembentukan DNA bayi dalam kandungan

VITAMIN C

– vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. JAdi ketika hamil, pengambilan Vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. ibu memerlukannya untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, Bukan untuk diri sendiri malahan untuk bayi dalam kandungan juga.

OMEGA 3

– asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandung. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber baik yang mengandungi asid lemak omega 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge