TANDA TANDA KITA MENGHIDAP KENCING MANIS TAHAP 1

Kebanyakan pelanggan yang menghubungi saya untuk membeli suplemen ialah mereka yang mencarikan “ubat” untuk ibu bapa mereka yang menghidap kencing manis. Lebih membimbangkan ialah, bila mana mereka yang berada dalam lingkungan umur 30 an juga ada juga menghidap kencing manis,. Bukan setakat kencing manis tahap 1, malahan sudah dikira teruk bila mereka di syorkan mengambil insulin setiap hari. Adakah kencing manis ini bersifat keturunan? atau disebabkan pemakanan? atau disebabkan cara hidup seharian? apakah pula tanda tanda yang perlu kita perhatikan samada kita sudah dijengah oleh si kencing manis ini atau kita sudah pun menghadapinya.

kencing manis

 

ngeri kan tengok gambar di atas ni? semasa saya meng”goolge” mengenai kencing manis, saya seram sangat sampai tutup mata melihat gambar gambar penghidap kencing manis. Malahan, saya sendiri rasa sebak melihat kaki ayah saya turut terkena kesan dari kencing manis ini. saya sebak!! sebab saya tahu apa akibatnya kalau kencing manis itu sudah mencapai tahap bahaya!!. Saya nak kongsi dengan semua mengenai tanda tanda kita menghidap kencing manis. semoga kita lebih “alert” dengan tanda tanda ini supaya kita boleh mengelak dari ia semakin teruk.

TANDA TANDA UTAMA KENCING MANIS :-

* kita terlebih kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam. Malahan, waktu siang juga kita sering ingin ke tandas dan rasa tidak puas walaupun sudah membuang air kecil

* kita selalu rasa dahaga yang melampau. Walaupun cuaca tidak berapa panas, dan kita sudah minum air secukupnya, kita masih lagi rasa haus dan haus . Malahan rasa tidak cukup walaupun baru saja lepas minum.

* kita mudah rasa penat. buat kerja sedikit pun rasa penatnya lain macam. Macam buat kerja yang memerlukan atktiviti berat

* penglihatan kita mula kabur sedikit demi sedikit. Ia bukan sebab mata kita bermasalah, tapi ia adalah kesan dari kita menghidap kencing manis

* Berat badan yang menyusut tiba tiba juga menjadi salah satu tanda yang kita mungkin menghidap kencing manis.

* kegatalan pada alat sulit tanpa sebab

* pemulihan luka pada kadar yang perlahan iaitu, jika kita terluka atau kemalangan, kita lambat untuk sembuh, tidak seperti orang lain.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge