TIPS MENJAGA PEMAKANAN SIHAT SEHARIAN

Bagaimana ingin menjaga pemakanan yang sihat sepanjang masa? saya nak share tips pemakanan yang kita boleh amalkan dan ikuti setiap hari. Sangat mudah,iaitu hanya dengan mengamalkan 4S.

spageti

 

 

1) SIHAT

– pilih hidangan yang sihat. Hidangan sihat adalah hidangan yang kurang berlemak dan berminyak, tidak terlalu manis atau manis.

 

2) SEIMBANG

– Hidangan yang dipilih hendaklah seimbang dari segi makronutrien iaitu terdapat kumpulan karbohidrat, protein, dan sedikit berlemak. Pastikan juga terdapat buah buahan dan sayur sayuran sebagai pelengkap hidang setiap hari.

pemakanan seimbang

3) SAIZ YANG BETUL

kita perlu tahu saiz hidangan yang perlu diambil untuk setiap kumpulan makanan. Contohnya, satu porsi karbohidrat bersamaan dengan setengah cawan nasi. Contohnya setelah dikira berdasarkan kalori yang sepatutnya anda ambil, anda perlu mengambil tiga porsi karbohidrat untuk makan tengah hari. Oleh itu, saiz hidangannya adalah satu setengah cawan nasi. Pengambilan saiz hidangan yang salah, mengakibatkan pemakanan yang tidak sihat. Anda boleh meminta bantuan pakar pemakanan atau pegawai dietetik untuk membantu anda membuat saiz hidangan untuk sepanjang hari.

 

4) SEDERHANA

– ini adalah satu kunci kesihatan yang sering diabaikan oleh orang ramai. Nur Hidayah Mokhtar, seorang perunding diet berkata, beliau pernah terjumpa satu kes di mana seorang ibu hamil sangat teruja dengan khasiat susu soya untuk bayi dalam kandungan dan telah mengambil susu soya sebanyak satu hingga dua jag SETIAP HARI. akibatnya bayi yang dilahirkan mengalami kulit yang sangat sensitif dan doktor mengesahkan bayi tersebut mengalami ekzema,sejenis penyakit kulit.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge