BAGAIMANA MENGATASI KULIT KEDUT DAN KENDUR

Selalu ada customer bertanya, bagaimana mengatasi kulit kedut dan kendur? dan apakah punca kulit menjadi kendut dan kendur? saya nak beri tips tips bagaimana mengatasi kulit kedut dan kendur sebelum masanya :).

punca-kulit-berkedut

cara atasi kulit berkedut dan kendur

APAKAH PUNCA KULIT KEDUT DAN KENDUR?

A) faktor usia – apabila usia kita meningkat, paras pelbagai hormon di dalam badan akan berkurangan. Bagi wanita yang telah menopaus, hormon estrogen yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan kolagen akan berkurangan menyebabkan kulit hilang keanjalan. Sel sel di dalam badan juga kurang aktif.

B) Graviti – daya tarikan graviti yang menarik semua objek ke bumi mempunyai kesan yang sama terhadap kulit kita menjadikan kulit semakin kendur apabila usia semakin meningkat.

C) Pancaran matahari – sinaran matahari yang kuat boleh menyebabkan kulit cepat kedut dan kendur melalui proses pengoksidaan.

D) Kekurangan air – air juga memainkan peranan yang penting untuk keanjalan kulit. Sekiranya badan mengalami dehidrasi, kulit akan kendur dan kedut.

E) kurang vitamin – kulit memerlukan Vitamin A dan C untuk menghasilkan kolagen. Oleh yang demikian kekurangn Vitamin A dan C juga boleh menyebabkan kulit kendur

F) Tabiat berulang – sekiranya seseorang itu suka tidur di sebelah tertentu, garis garis kedut akan mula terbentuk pada sebelah muka yang terhimpit. Sekiranya seseorang suka mengerutkan dahi, garis garis kedut akan mula terbentuk pada dahi pula.

 

BAGAIMANA MENGATASI KULIT KEDUT DAN KENDUR?

cara cara untuk melambatkan proses kulit kendur dan kedut adalah :-

* rawatan anti-penuaan dalaman melalui penggunaan hormon bio identical (hormon yang serupa dengan hormon manusia yang diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan ) bagi menggantikan hormon yang telah berkurangan. Rawatan ini memerlukan pemantauan doktor dan ujian air liur untuk mengetahui paras hormon perlu dilakukan untuk mengetahui tahap hormon di dalam badan.

* gunakan krim pelindung matahari sekurang kurangan SPF 35-50 setiap hari untuk mengelakkan daripada pancaran matahari yang melampau.

* pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

*Amalkan pengambilan sayur dan buah buahan yang mengandungi pelbagai vitamin. Di samping itu, pengambilan vitamin A (dalam bentuk beta-karotin), C dan E melalui suplemen adalah digalakkan. PSsttt.. shaklee ada vitamin ini tau 🙂

* Gunakan set penjagaan muka yang mengandungi Vitamin A, C atau stem cell dan growth factor. Pastikan kulit muka tidak kering dan selalulah memakai krim pelembap muka.

vitamin untuk elakkan kulit menjadi kendur dan kedut ialah :-

 

set-kulit-cantik

ini pula testimoni cik puan yang dulu ada masalah jerawat, dan guna pelbagai produk kecantikan yang lain, tetapi tiada kesan.. Akhirnyaaaaa…….

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

 

 

ingin info lanjut mengenai produk ini? boleh hubungi kami segera.

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah 🙂

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge