BAGAIMANA MENCEGAH JERAWAT MELALUI MAKANAN

bagaimana mencegah jerawat melalui makanan? eh boleh ke? bukan kena guna produk kecantikan atau kena ambil suplemen cegah jerawat ke? makanan apa ye yang boleh mencegah jerawat ni? lagi senang..

kacang tanah

 

apakah makanan yang boleh anda amalkan untuk mencegah jerawat dari muncul di muka?? jom kita kenali 5 makanan yang boleh mencegah jerawat.

 

1) KACANG TANAH – kacang kaya dengan selenium, Vitamin E, tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit. saper kata kacang buatkan jerawat makin banyak tumbuh di muka?

ikan emas

 

2) IKAN – bukan makan ikan emas tau!!! he he he.. ikan menjadi sumber paling baik kerana kandungan aisd lemak Omega 3 dan Omega 6 boleh mengurangkan keradangan pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat. Ikan seperti salmon, tenggiri dan sardin sangat disyorkan untuk dimakan.

anggur merah

 

3) ANGGUR MERAH – buah, terutamanya anggur merah sangat baik untuk kesihatan kulit, bahkan bijinya juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semula jadi yang berkhasiat dan juga antioksidan yang dapat meremajakan kulit selain mengawal alahan pada kulit.

bawang putih

4) BAWANG PUTIH – termasuk dalam golongan makanan super, bawang putih juga termasuk dalam makanan mencegah jerawat kerana salah satu manfaatnya adalah membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Allicin yang membunuh pelbagai bakteria dan virus.

brokoli

5) BROKOLI – sayur sayuran berwarna hijau ini juga mempunyai manfaat yang tidak kurang hebatnya. Mengandungi vitamin A, B Kompleks, C, E dan K serta antioksida, brokoli bermanfaat untuk membersihkan kulit.

hah….dah tahu dah makanan apa yang boleh mencegah jerawat dari muncul di kulit muka…awwwwwww…tak bestkan???? so, apa lagi??? gi bongkar peti sejuk g..ada tak 5 makanan ni dalam simpanan??? kalau tak de, g pasar gi…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge