SIAPA YANG BERISIKO MENGHIDAP G6PD

G6PD??? apa tu?

– GLUKOSA-6-FOSTAT DEHIDROGENASE

 

apa maksudnya?

– penyakit yang melibatkan kekurangan enzim ( pemangkin ) yang berfungsi membina sel darah merah. kekurangan enzim ini menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh glukosa berkurangan

bayi meragam

PUNCA PENYAKIT G6PD ;-

– berpunca daripada genetik atau keturunan yang melibatkan kromosom X dan cenderung berlaku ke atas bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

 

BAGAIMANA MENGENAL PASTI PESAKIT G6PD

– selalunya setiap bayi yang dilahirkan dihospital atau bayi yang dirujuk di hospital selepas kelahiran, bayi akan menjalani pemeriksaan kesihatan samada positif G6PD atau tidak.

 

TANDA TANDA PENYAKIT G6PD ;-

– pesakit menghidapi hemolisis ( sel darah merah rosak ),

– kulit menjadi kuning ( jaundis ) di tahap awal

– badan lemah, pucat

– sukar bernafas

– air kencing bewarna gelap serta berdarah

– kerap pengsan

 

jika bayi anda mengalami simptom simptom di atas, sila bawa bayi anda ke hospital dengan segera untuk mengelakkan ianya menjadi lebih serius dan mengelakkan dari memerlukan pemindahan darah.

Menurut Dr hasmawati Jalaludin, iaitu seorang pakar kanak kanak hospital Damai Melawati di Kuala Lumpur, masih tiada ubat untuk merawat masalah G6PD ini dan jika iannya mencapai tahap yang serius, hanya proses pemindahan darah saja yang akan dilakukan. Cara terbaik untuk menanganinya adalah dengan menghindari penyebab tercetusnya masalah G6PD ini.

 

YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT G6PD :-

* elakkan dari mengambil kacang parang

* jauhi anak dari bahan bahan oksida atau ubatan seperti aspirin, ubat malaria dan antibiotik tertentu

* ubat gegat

* ubat nyamuk

* ubatan yang merbahaya bagi pesakit G6PD

 

SUPLEMEN YANG BOLEH DIAMBIL :

* VITAMIN E – membantu meningkatkan anti oksidan dalam tubuh badan

* ASID FOLIC – membantu membina sel sel darah merah serta mengurangkan hemolisis

 

SUPLEMEN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN :

VITAMIN C – boleh diambil tapi dengan dos yang rendah. tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan hemolisis

 

ingin info lanjut mengenai produk ini? boleh hubungi kami segera.

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : /

fanpages : Damia Pit Shop