BAGAIMANA CARA URUSKAN MASA : TIPS 1

kadang kadang, suri rumah yang bekerja dari rumah macam saya ni, atau yang glamer work at home mother (WAHM) ni perlu bergelut dengan masa. Sebab, semua orang ada 24 jam. awak suri rumah biasa, atau awak suri rumah yang bekerja, atau awak suri rumah yang jaga anak orang lain, kita tetap ada masa 24 jam. entry hari ni, saya nak berkongsi rahsia bagaimana cara uruskan masa di rumah. Mungkin rahsia uruskan masa ini boleh digunakan untuk mereka yang bekerja di pejabat juga.

Entry bagaimana cara uruskan masa Tips 1 ini, saya ingin berkongsi mengenai pengurusan lauk yang bakal di masak. Saya selalunya beli sayur sayur seminggu sekali di Pasar Tani atau Kipmart/kedai runcit. Sebab saya jenis malas pergi kedai hari hari. Selalunya saya akan fikir menu yang saya akan masak setiap hari, dan baru beli sayur dan bahan bahan masakan yang berkenaan. Di sinilah rahsia bagaimana cara uruskan masa yang saya nak kongsi.

 

  1. Fikir masakan/ lauk yang kita nak masak setiap hari.
  2. Pilih sayur dan bahan bahan sampingan yang perlu ada untuk dimasak seperti kiub ayam, garam, ikan bilis, udang kering, belacan, lada cili dan sebagainya.
  3. asingkan sayur dan seeloknya disiang dan dibasuh terus mengikut jenis masakan yang kita akan masak.

ini contoh bagaimana saya mengasingkan lauk serta bahan/rencah masakan mengikut jenis lauk yang akan saya masak.
Slide2

saya terus siang sayur kacang buncis ni dan letak sekali bahan di dalam plastik kecik. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis. telur tak bolehlah masukkn sekali. nanti pecah lak. Jadi, bila nak masak, hanya tinggal tumis je bahan bahan tu…nak hiris boleh, nak tumbuk pun boleh..opsss, jangan lupa ye basuh semua sekali. keringkan baru di bungkus.

 

 

Slide5

ini pula sayur bayam. Ia boleh jadi saya nak masak bayam goreng gitu saja atau bayam goreng belacan. bestkan? kalau tiba tiba ada tetamu datang, mesti cepatkan kita untuk beri hidangan ringkas pada tetamu.

 

Slide3

Nama je kubis goreng. Kekadang saya letak telur atau saya buat sup sayur. Atau orang kata masak air, atau juga masak bening. Ringkas sangat lauk lauk untuk anak anak saya.

 

 

Slide4

Ini pula sayur chap chai atau saya gunakan untuk masak sup sayur. Bahan rencah pun dah siap. LAgi 5 min suami nak sampai rumah pun, kita siap dah masak!! masih panas lagi lauk. lagi sedap di makan dengan nasi panas. suami mesti senyummmmm je.

 

 

uruskan masa

inilah lauk untuk 4 hari untuk saya. Ringkas je sebab kalau suami kerja siang, hanya saya dan anak anak je makan tengahari. anak anak pun ada kuah untuk dimakan dengan ayam goreng atau ikan goreng.

 

Slide6

 

Dah siap siang dan asingkan semua sayur, jangan lupa letak dalam bekas plastik atau macam saya ni, guna plastik wrap untuk elak kena air atau sayur cepat layur. bestkan?

hah, bagaimana cara uruskan masa ikut gaya saya ni? Best tak? kalau nak lagi, komen saya nak!!!! nanti saya share lagi.

bukan susah kan? cuma kita kena pandai urus masa kita sendiri. siapa kata suri rumah tak perlu uruskan masa? Ish banyak lagi perkara yang perlu kita buat. memang betul betul kena pandai uruskan masa.

*********************************************************************

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

                                                instagram : damia_pitshop

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge