BAGAIMANA CARA URUSKAN MASA : TIPS 2

kali ni nak share pasal uruskan masa bagi mereka yang bergelar WAHM iaitu working at Home Mother a.k.a bekerja dari rumah. mereka yang WAHM ini sangat penting untuk mengetahui bagaimana cara uruskan masa antara rumahtangga, anak anak, perniagaan yang di jalankan serta bermasyarakat. Iyerlah, takkan dah duduk di kawasan perumahan, tapi tak campur orang lak kan?

IMG-20150306-WA0049

Hari ini saya nak share bagaimana cara uruskan masa untuk bermasyarakat tanpa mengganggu perniagaan/pekerjaan yang kita lakukakan. Kebiasaanya, jika AJK Taman perumahan atau kawasan tempat tinggal kita aktif menjalankan aktiviti bermasyarakat, kita pasti akan terlibat juga. Atau hanya tengok dan biarkan aktiviti itu berlaku. Saya juga memilih sesetengah aktiviti yang tidak bertindih dengan aktiviti lain seperti hadiri kelas Shaklee, atau pulang ke kampung menjenguk ibu bapa dan mertua, mungkin juga aktiviti sendiri bersama keluarga.

Kebiasaannya, aktiviti yang biasa di lakukan ialah majlis yasin yang mungkin setiap minggu, atau 2 minggu sekali, atau sebulan sekali. Dan kita akan diberitahu awal oleh Ketua Taman atau ketua kampung mengenai tarikh tarikh majlis yassin akan di jalankan. Ada juga aktiviti rewang, kendarat, ojakan, atau aktiviti setahun sekali seperti sambutan Maulidur Rasul. seperti gambar di atas, saya berjaya luangkan masa untuk menyertai perarakan ini..hik hik..pertama kali saya join selepas 3 tahun duduk di taman perumahan ini.

Bagaimana cara uruskan masa ini?;-

  1. Pastikan kita ada kalendar samada dalam diari, kalendar meja atau pun notebook kita.
  2. Catat segala tarikh tarikh yang aktiviti itu akan dijalankan
  3. selalunya bila hujung minggu, akan ada 1 atau 2 aktiviti yang bertembung, jadi pastikan anda memilih yang penting untuk anda
  4. jika aktiviti itu ialah majlis perkahwinan/potong jambul/yassin dan kita tidak dapat menghadirkan diri, kita boleh berjumpa sehari awal dengan tuan rumah untuk meminta maaf atas ketidakhadiran kita pada harinya. Ia menunjukkan kekesalan kita kerana tidak boleh hadirkan diri.
  5. Nyatakan tidak jika memang tidak dapat mengikuti aktiviti tersebut dari menyatakan Insya Allah. kerana, maksud Insya Allah itu ialah dengan izin Allah untuk hadirkan diri. Ia akan membuatkan tuan rumah rasa “hah..macam nak datang je tu.dah cakap Insya Allah”.
  6. cuba hadiri aktiviti yang tidak memakan masa yang lama seperti hadiri kelas agama yang diadakan di surau. selalunya sekitar 1-2 jam saja. Kalau di Johor ni, ada penceramah atau ustaz/ustazah yang di khaskan dan dijadualkan membuat kelas agama di taman taman perumahan mengikut hari yang telah ditetapkan. Penceramah ini selalunya dari Jabatan Agama Islam, Pogram Sakinah dan juga ada dari pihak KEMAS. anda pilih dan luangkan masa. taklah asyik dengan perniagaan je kan?

Jadi, bagaimana pula cara anda uruskan masa anda? terus ikuti blog saya untuk mengetahui apa lagi tip tips dan cara menguruskan masa yang lain. saya dah share di TIPS NO 1 dan ini yang kedua.

 

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

                                                instagram : damia_pitshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge