10 CARA MUDAH BAKAR 100 KALORI

selalu kita dengar orang mengeluh “Alah, lecehnya nak kena ke gimnasium.. Alah, penatnya nak bersenam. Alah, takde geng lah nak bakar kalori sama sama. Bosan buat sorang sorang”. Kan? Macam satu alasan kan? akak pun sama. ha ha ha.. Tapi kini, akak nak share pada semua 10 cara mudah bakar 100 kalori dengan bersahaja. Korang nak tau apa dia? Silap silap kawan korang yang selalu bagi alasan tu pun akan join sekali.

a0990ac199a37417_org

10 CARA MUDAH BAKAR 100 KALORI

  1. BERBINCANG SAMBIL BERDIRI   – apabila ada masa terluang sewaktu di pejabat, jangan habiskan masa melayari internet atau berangan. Cuba ajak kawan kawan berbincang secara santai. Mungkin berbual bual kosong atau membuat rancangan untuk sama sama ke padang untuk bersenam selepasa waktu kerja.   Menurut Jeff Dolgan,seorang ahli fisiologi berdiri selama 20 minit beberapa jam sehari semasa bekerja boleh membakar ekstra 100 kalori. Selain berbincang, kita juga boleh melakukan aktiviti menjawab telefon, minum atau memeriksa fail sambil berdiri. Disamping membakar kalori, bos akan perasan kita sibuk.(ha ha ha.ni akak yang cakap). 20 minit = 100kcl.
  2. TELEFON KAWAN – berbual di telefon juga dapat membantu mengurangkan kalori berlebihan. Tidak perlu 50 minit berterusan, kita juga boleh telefon kawan yang berbza sebanyak 5 atau 6 kali. Alah, akak syorkan siapa yang ada mak ayah lagi tu, telefon jelah diaorang, 50 minit = 100kcl.

original.lrg

3. WINDOW SHOPPING – berjalan jalan di pusat membeli belah selama 40 minit boleh membuatkan anda berjaya membakar 100 kalori tanpa di sedari. Boleh berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat lihat barang. akak suruh window shopping je ye. Bukan suruh shopping!.

4. CIUMAN KASIH SAYANG – menurut Jaya Kinzbach, pakar seksologi, ciuman bersama pasangan boleh membakar sehingga 90 kalori.  Cubalah dengan gaya badan seperti ingin bersenam push up.. INGAT!!! LAKUKAN CIUMAN INI HANYA UNTUK SUAMI ISTERI SAJA. 30 minit = 171kalori.

5. JOGGING – bosan jogging sorang diri? cuba ajak kawan kawan yang berminat untuk sama sama bersenam. bukan mereka yang hanya nak ambil hati kita. atau, berjogginglah sambil mendengar muzik. 20 minit berjogging, anda BERJAYA MEMBAKAR LEBIH DARI 100 KALORI.

6. JURUFOTO AMATUR – jika anda mempunyai masa terluang di hujung minggu, cubalah mengambil gambar yang cantik dikawasan rumah atau di lokasi yang anda suka. 30 minit = 100kcl

7. BERGURAU SENDA – ajaklah sesekali kawan kawan berkumpul dan bercerita tentang perkembangan masing masing. Di samping bergurau senda,ketawa, berjenaka dan berkongsi cerita, kita juga boleh membakar kalori.tapi kalau sambil jumpa jumpa tu, sambil buat pot luck, camne ek?

8. MANDIKAN SI KECIL – gunakan waktu mandi bersama anak kita selama 20 minit dengan bermain air dan buih buih sabun. Ia bukan saja mendekatkan kita dengan anak anak, tapi turut membantu kita membakar kalori.

9. MENULIS – tiada aktiviti lain yang ingin dilakukan pada waktu lapang? apa kata menulis macam akak ni, ni kira menulis gak. menulis blog. he he he. 50 minit menulis = 100kcl

10. BERMAIN BILLIARD – keluarlah sesekali bersama kawan kawan dengan mencari tempat untuk bermain Billiard atau ke rumah kawan yang mempunyai peralatan ini, 40 minit bermain ini anda berjaya membaar 100kcl.

 

sumber : Majalah Rapi.

 

ok bai, akak nak g membakar kalori ni.. da….

5 TIPS JAGA KECANTIKAN MATA

eh akak ni. tetiba nak kasi Tips Jaga Kecantikan Mata pula.. mata akak cantik ke?? Alhamdulillah, masih boleh nampak orang. he he he. Tapi panduan ni khas untuk mereka yang suka bermake up atau bersolek. Akak simple je. pakai bedak ngn lipstik sudah…

penjagaan kecantikan mata

penjagaan kecantikan mata

5 TIPS JAGA KECANTIKAN MATA

  1. Apabila anda memakai maskara, JANGAN rendahkan dagu kerana ia boleh menyebabkan maskara kita tu terkena pada kelopak mata.
  2. Usah pakai maskara pada bulu mata yang bawah. Ia akan menyebabkan terjadinya bayangan di bawah mata dan solekan kelihatan lebih gelap.
  3. Kalau kita nak penampilan lebih lembut, nampak ayuuu (konon), gunakan maskara berwarna coklat.
  4. Jaga mata kita dengan lembut kerana ia adalah bahagian wajah yang paling sensitif. Cuci dengan berhati hati dan jangan gosok dengan kasar.
  5. Gunakan jari manis untuk menyapukan pelembap atau concealer. Jari ini akan memberikan tekanan sedikit pada kulit.

ha, korang ikutlah tips jaga kecantikan mata ni. Penat akak taip semula dari Majalah Rapi tau, Khas untuk korang.

1 HARI, 1 TIPS!!

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damia_pitshop

 

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN SEGERA

Jerawat??? Pasti yang tidak suka adanya jerawat di muka kan? lagi lagi yang nak hadiri temuduga atau nak sambut hari bahagia ialah HARI PERKAHWINAN!. mesti kelam kabut cari cara hilangkan jerawat dengan segera kan?? alah, macam akak tak tahu..akak dulu pun macam tu..kih kih kih.

beauty portrait

Jangan risau..akak akan share cara hilangkan jerawat dengan segera.. hah, korang nak petua cara orang lama atau nak cara akak??? nak dua dua?? OMG..korang memang tamak haloba… Tapi sebab hari ni akak baik hati, akak bagi 2 2 cara,…kan kan kan…meh cakap ramai “akak ct yang comel dan baik!!”..

Cara orang lama :-

badam

oats

kenai 2 barang kat gambar atas ni?? hah, badan dan oat. nak buat apa 2 barang ni kak?>?? inilah salah satu petua cara hilangkan jerawat dengan segera. iaitu dengan tumbuk badan hingga halus dan gaul dengan aot. letakkan air atau toner sikit untuk mudah kita sapu kat muka nanti.  Buat ala ala pakai masker tu tau. kasi dia kering dulu kat muka, baru cuci dengan air suam. hah, lepas tu buat hari hari. jangan selang sebulan lak. Bukan setakat jerawat akan lari dari muka kita dik, kulit muka pun jadi halusssss licin dan gebuss.. hah…baru 1 petua akak kasi..belum petua lain..

ok bai….

 

 

eh nape?? nak yang versi akak pulak???? ko memang tamak dikkk….yerlah yerlah..akak bagi cara hilangkan jerawat dengan cepat versi akak pulak.

SR vitamin c 500mg

akak guna ni je.. makan 2 biji sehari , lepas tu sebelah makan, akak hancurkan setengah dari tablet ni dan letak toner sikit, lepas tu akak letak je kat mana jerawat tu dok kat muka akak ni. Esok kecut dah jerawat tu..simple.. akak suka je simple simple. Nak buat kerja remeh remeh tu alahai. Kelam kabut nak uruskan family, anak anak, biz akak lagi.

Hah, ikut koranglah nak guna cara hilangkan jerawat dengan segera yang mana satu, akak kasi cadangan je. Tapi, kalau yang nak beli Sr Vitamin C ini, klik je gambar kat bawah ni ;- oh ya, pembelian online ni korang boleh bayar menggunakan kad debit atau kad kredit. tapi kalau risau, meh cari akak. he he he.

buynow_off

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damia_pitshop

RAHSIA KATE MIDDLETON BOLEH KURUS

Ramai yang kagum dengan penampilan Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton. Lagi lagi masa beliau baru lepas bersalin. muka berseri seri, pakai kasut tumit tinggi lagi. Akak pun jeles tau. iyerlah, 99% kalau kita baru lepas bersalin, semua berkain batik dan pakai baju sejuk. tapi beliau, steady je. Pakai gaun lagi. semua orang tertanya tanya apa rahsia Kate Middleton boleh kurus atau boleh maintain kurus.

rs_634x1024-131018052218-634-kate-middleton-duchess-catherine.ls.101813_copy

Ramai yang mengidam untuk memiliki bentuk tubuh badan seperti beliau (akak pun..kih kih kih ) dan mencari apa rahsianya untuk kekal kurus. Hah,ni akak terjumpa satu artikel menceritakan rahsia Kate Middleton boleh kurus. Rahsianya ialah :-

  • Beliau hanya mengambil jus hijau pada waktu pagi.
  • Beliau menikmati jus sayur atau buah buahan hijau segar yang dikisar

katanya, ia mampu menurunkan berat badan dengan pantas. Malahan minuman itu juga sihat dan memberi tenaga untuk tubuh badan. Itulah amalan yang Kate Middleton lakukan setiap hari. Hah, apa lagi. Buat dan amalkan hari hari tau.

Letih nak blender buah hari hari..buah hijau segar pulak tu. kih kih kih. kat sini yang buah segar apa ye? Sayur pun layu layan. hu hu hu.

akak amik jugalah jus buah dan jus sayur. lepas tu akak amik juga lecithin dan alfalfa. mana tau, sayur dan buah dah kehilangan % nutrisinya, akak top up dengan suplemen pula. ye tak?

set kurus

ni lah 2 suplemen yang akak ambil hari hari. jenis tekak tak boleh terima sayur sayur., he he he.

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damia_pitshop

PETUA : HILANGKAN PARUT DI MUKA

1722444-kayu-manis-780x390

hai hai…akak berjaya untuk hari kedua…nak share petua kat korang. hari ni akak share petua bagaimana nak hilangkan parut dimuka. parut ni mungkin sebab terhiris daun ke, yerlah kekadang kan ada yang suka gesel gesel dengan daun, keh keh keh. Atau bekas jahitan , terhiris luka gitu… INGAT!!! GUNAKAN YANG SEMULAJADI tau…bukan yang beli kat kedai jenis serbuk serbuk tu…tak ori…

yang ni pun petua simple dan akak pasti korang biasa dengar petua untuk hilangkan parut di muka guna kayu manis ni. caranya ialah :-

  • hancurkan 1 2 kayu manis menjadi serbuk. tumbuk boleh, blender boleh- tapi patah patahkan dulu jadi kecik baru korang blender tau.
  • lepas tu campurkan dengan bedak sejuk. kalau korang ada bedak sejuk Mok Cun lagi best..keh keh keh..best kan cter Mok Cun tu..Inspirasi nak berniaga.
  • gaul dengan sedikit air sehingga menjadi likat atau senang disapu dimuka.
  • tunggu sehingga kering di muka. dok bawah kipas pun best..Jangan gerak gerak…guna ala masker tu.
  • agak agak dah kering, cucilah dengan air bersih..
  • INgat!!! amalkan selalu…selain untuk parut, ia juga bagus untuk hilangkan bintik bintik hitam di muka..

 

cuba!!!! Jangan tak cuba!!!!..

tunggukan petua petua akak yang lain ye :)

 

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop

 

PETUA : BAGAIMANA MENGURANGKAN PERTUMBUHAN BULU KETIAK

hai…mulai hari ini, akak berjanji akan update blog akak setiap hari. sian kan pada korang datang “umah” akak tapi berhabuk, bersawang…ish ish ish… dan mulai hari ini juga, akak ada kategori baru iaitu PETUA. ha, kekadang petua orang orang lama ni, kalau rajin diamalkan berkesan juga. jadi, selalulah datang rumah akak ni ye….hari ini akak nak kongsi petua bagaimana nak mengurangkan pertumbuhan bulu ketiak..awwwww…

kunyit

korang kenal gambar kat atas ni? orang melayu panggil kunyit.. omputih panggil Turmeric. lagi satu, petua ni takde guna yang serbuk serbuk instant tu tau. semua kena guna bahan asal atau semulajadi. Baru jadi!…

Bulu ketiak ni kalau tidak dicabut atau dicukur mesti kita rasa tidak selesa. 3 4 harilah kena dok tengok kat situ dah ada bulu baru belum. kan kan?? jadi bagaimana mengurangkan pertumbuhan bulu ketiak ini secara tradisional?

 

  1. cabut semua bulu ketiak dulu. kasi bersih semua.
  2. Celupkan ibu kunyit ke dalam air kapur sirih dan gosokkannya pada bahagian ketiak.
  3. Bila dengan menggunakan air bersih.
  4. amalkan sekerap yang mungkin.- macam akak tulis tadi, kena rajin buat, baru menjadi.

 

daaaa….SELAMAT MENCUBA!!!. tunggukan petua petua akak yang lain ye 🙂

 

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop