10 CARA MUDAH BAKAR 100 KALORI

selalu kita dengar orang mengeluh “Alah, lecehnya nak kena ke gimnasium.. Alah, penatnya nak bersenam. Alah, takde geng lah nak bakar kalori sama sama. Bosan buat sorang sorang”. Kan? Macam satu alasan kan? akak pun sama. ha ha ha.. Tapi kini, akak nak share pada semua 10 cara mudah bakar 100 kalori dengan bersahaja. Korang nak tau apa dia? Silap silap kawan korang yang selalu bagi alasan tu pun akan join sekali.

a0990ac199a37417_org

10 CARA MUDAH BAKAR 100 KALORI

  1. BERBINCANG SAMBIL BERDIRI   – apabila ada masa terluang sewaktu di pejabat, jangan habiskan masa melayari internet atau berangan. Cuba ajak kawan kawan berbincang secara santai. Mungkin berbual bual kosong atau membuat rancangan untuk sama sama ke padang untuk bersenam selepasa waktu kerja.   Menurut Jeff Dolgan,seorang ahli fisiologi berdiri selama 20 minit beberapa jam sehari semasa bekerja boleh membakar ekstra 100 kalori. Selain berbincang, kita juga boleh melakukan aktiviti menjawab telefon, minum atau memeriksa fail sambil berdiri. Disamping membakar kalori, bos akan perasan kita sibuk.(ha ha ha.ni akak yang cakap). 20 minit = 100kcl.
  2. TELEFON KAWAN – berbual di telefon juga dapat membantu mengurangkan kalori berlebihan. Tidak perlu 50 minit berterusan, kita juga boleh telefon kawan yang berbza sebanyak 5 atau 6 kali. Alah, akak syorkan siapa yang ada mak ayah lagi tu, telefon jelah diaorang, 50 minit = 100kcl.

original.lrg

3. WINDOW SHOPPING – berjalan jalan di pusat membeli belah selama 40 minit boleh membuatkan anda berjaya membakar 100 kalori tanpa di sedari. Boleh berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat lihat barang. akak suruh window shopping je ye. Bukan suruh shopping!.

4. CIUMAN KASIH SAYANG – menurut Jaya Kinzbach, pakar seksologi, ciuman bersama pasangan boleh membakar sehingga 90 kalori.  Cubalah dengan gaya badan seperti ingin bersenam push up.. INGAT!!! LAKUKAN CIUMAN INI HANYA UNTUK SUAMI ISTERI SAJA. 30 minit = 171kalori.

5. JOGGING – bosan jogging sorang diri? cuba ajak kawan kawan yang berminat untuk sama sama bersenam. bukan mereka yang hanya nak ambil hati kita. atau, berjogginglah sambil mendengar muzik. 20 minit berjogging, anda BERJAYA MEMBAKAR LEBIH DARI 100 KALORI.

6. JURUFOTO AMATUR – jika anda mempunyai masa terluang di hujung minggu, cubalah mengambil gambar yang cantik dikawasan rumah atau di lokasi yang anda suka. 30 minit = 100kcl

7. BERGURAU SENDA – ajaklah sesekali kawan kawan berkumpul dan bercerita tentang perkembangan masing masing. Di samping bergurau senda,ketawa, berjenaka dan berkongsi cerita, kita juga boleh membakar kalori.tapi kalau sambil jumpa jumpa tu, sambil buat pot luck, camne ek?

8. MANDIKAN SI KECIL – gunakan waktu mandi bersama anak kita selama 20 minit dengan bermain air dan buih buih sabun. Ia bukan saja mendekatkan kita dengan anak anak, tapi turut membantu kita membakar kalori.

9. MENULIS – tiada aktiviti lain yang ingin dilakukan pada waktu lapang? apa kata menulis macam akak ni, ni kira menulis gak. menulis blog. he he he. 50 minit menulis = 100kcl

10. BERMAIN BILLIARD – keluarlah sesekali bersama kawan kawan dengan mencari tempat untuk bermain Billiard atau ke rumah kawan yang mempunyai peralatan ini, 40 minit bermain ini anda berjaya membaar 100kcl.

 

sumber : Majalah Rapi.

 

ok bai, akak nak g membakar kalori ni.. da….

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge