TIPS MENJEMPUT REZEKI

Apabila memperkatakan tentang persoalan rezeki, mungkin ada yang sudah membayangkan rezeki itu dalam bentuk wang ringgit. sebab kita rasa, dengan ada wang ringgit, rezeki kita pun banyak. walaupun hakikatnya, rezeki tu Allah datangkan dengan pelbagai bentuk yang kekadang kita tak sedari pun. Sedangkan definisi konsep rezeki ni sangat luas bukan setakat harta semata mata. Mengikut pandangan Sheikh Mutawalli Sya’rawi, rezeki ialah sebagai apa apa yang kita dapat rasakan manfaatnya sama ada halal atau haram, samada baik atau buruk. pernah dengar tak orang selalu cakap ” alamak. duit aku hilanglah…dah rezeki pencuri tu”. Hah! tengok. rezeki pencuri itu. tapi jenis rezeki yang pencuri itu dapat ialah haram. Jadi, kali ini, akak nak share sedikit amalan atau sedikit usaha yang membantu membuka pintu rezeki seseorang.

556087e90423bd7b188b4567

Di dalam ajaran Islam turut di jelaskan tentang beberapa amalan-amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha membuka pintu rezeki seseorang individu,. Antara amalan yang boleh dipraktikkan ialah :-

  1. MENCARI REZEKI DARI YANG HALAL – ini yang paling utama iaitu kita perlu mencari rezeki yang halal dalam hidup supaya walaupun kita tidak mewah dengan wang ringgit, tapi ia akan memberi kita ketenteraman minda dan semestinya kita juga akan merasa nikmat di sebalik rezeki yang halal itu.
  2. MENYAMBUNG TALI SILATURRAHIM – Amalkan sikap kunjung mengunjungi antara sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai sekiranya anda mempunyai masa untuk berbuat demikian. Atau pada masa kini, media sosial juga menjadi alat perhubungan silaturrahim. Tahukah kita, tali silaturrahim sebenarnya akan melancarkan pintu rezeki bagi setiap mereka yang menjaganya?
  3. BEKERJA DENGAN HATI YANG QANA;AH – hal tersebut menunjukkan melakukan secara berlebihan itu sememangnya tidak baik. bila kita bekerja, kita perlu bekerja dengan hati yang tulus dan ikhlas. Jaga adab pergaulan dan adab bekerja semasa bekerja.
  4. BERTAUBAT DARI SEGALA PERBUATAN DILARANG – jauhkan diri kita dari melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Allah. jika kita bertaubat, Insya Allah pintu rezeki pun juga akan terbuka dengan luasnya tanpa kita sedari.
  5. SEGERA TUNAIKAN ZAKAT DAN SEDEKAH – “barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sedekah sangat bernilai harganya. Semakin banyak kita memberi, Insya Allah kita juga akan menerima banyak rezeki dari Allah. S.W.T
  6. MENSYUKURI SEGALA NIKMAT – kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah diberikan Allah SWT kepada umatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge