KENAPA PERLU DETOKS?

Kalau anda perasan, sana sini orang akan bercerita mengenai Detoks. Lagi lagi kalau anda skodeng blog atau facebook SID ( shaklee Independent Distributor). Memasing upload menu detoks mereka. Hah, gi tengok dulu pengedar Shaklee yang anda kenal. Tapi, tahukah anda apa itu Detoks? Detoks adalag proses mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui urin, pernafasan, perkumbuhan dan peluh dengan menggunakan 4 organ utama iaitu hati, ginjal, saluran pencernaan dan kulit. Tujuan detoks ini adalah untuk memastikan toksin toksin dalam badan kita akan keluar tanpa ada tertinggal dalam badan yang mana ianya akan menjadi racun tanpa kita ketahui.

detoks

KENAPA PERLU DETOKS?

adakah saya juga perlu jalani pogram detoks ini? kalau anda ada alami simptom simptom berikut, anda memang perlu menjalani pogram detoks ini. Apakah simptom simptom itu?

  1. anda tinggal atau bekerja di dalam kawasan yang terdedah pada pencemaran udara.
  2. anda seorang perokok atau dikelilingi perokok.
  3. anda kurang melakukan senaman kurang dari 3 kali seminggu.
  4. anda sering tidur kurang dari 6 jam sehari.
  5. anda sering terjaga pada waktu malam dan sukar untuk tidur kembali.
  6. anda sering mengambil makanan segera, fast food dan makanan berlemak.
  7. berat badan anda mudah naik walaupun tidak mengambil mkanan yang banyak.
  8. anda sentiasa inginkan makanan yang manis dan bergula.
  9. anda seorang kaki minum arak ( pemabuk ).
  10. anda sering menghadapi tekanan hidup.
  11. anda mempunyai masalah sembelit.
  12. anda sering kembung perut, perut berangin dan ketidakhadaman selepas makan.
  13. anda cuba mengatasi masalah nafas berbau.
  14. anda ada masalah bau badan yang mengganggu
  15. anda cepat merasa penat dan kurang bertenaga.
  16. anda mudah merasa terganggu dan murung tanpa sebab tertentu.
  17. anda risau akan wajah yang kusam dan kulit kering.
  18. anda sering mengalami masalah alahan mkanan atau masalah kulit ( ruam/jerawat/ekzema).
  19. anda sering mengalami sakit kepala dan migrain.
  20. anda sering lupa, sukar memberi tumpuan atau mempunyai lemah daya ingatan.

hah, ni baru 20 sebab yang nyata. yang lain lain tu? penyakit dalaman lagi. Jadi, kalau anda ada hampir keseluruhan simptom di atas, jom join saya untuk sama sama DETOKS!!!.

 

ikuti perjalanan detoks saya yang bermula pada HARI INI ( 25.4.2016). misi saya adalah untuk kekal sihat, cergas, bertenaga dan pastinya untuk mengurangkan 20 kilo berat badan saya!!!. berat saya pada hari ini ialah : 65.2 kilo..maluuuuu…

1st day

BAGAIMANA MENCEGAH DIABETES

sehingga kini, dianggarkan kira kira 2 juta atau 10% dari penduduk Malaysia menghidapi diabetes atau kencing manis. Penyakit Diabetes ini berlaku disebabkan oleh kekurangan insulin di dalam badan atau berlakunya keadaan “insulin resistance”. Tapi kajian yang 10% ini adalah pada tahun 2009..kini sudah 7 tahun ia berlalu, dan peratus mereka yang menghidapinya semakin meningkat. Hidup perlu ada “style” barulah “in trend” katanya. Tapi kalau bergaya tanpa menjaga kesihatan, ia sangatlah rugi, kerana gaya hidup tidak sihat ini akan mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis ( diabetes), tekanan darah tinggi, sakit jantung koroni, tinggi kolesterol, obesiti, serangan angin ahmar dan sebagainya.

fresh-strawberry-meringue-cake-sl-x

APA ITU DIABETES?

Diabetes adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula dalam darah ini dikawal oleh hormon utama yang disebut Insulin. Insulin membantu badan anda untuk menggunakan serta menyimpan glukos yang datang daripada makanan. Penyakit ini telah diketahui sejak dulu lagi. Malah, sejarah tamadun Mesir, India, China dan Yunani telah merekodkan yang tanda tanda penghidap diabetes ialah rasa dahaga yang melampa atau kerap membuang air kecil. Pakar perubatan India pula mengenal pasti yang penyakit Diabetes ini mempunyai 2 jenis dan nama lain bagi Diabetes ini ialah kencing manis atau pancur air. Nanti saya terangkan lebih lanjut mengenai 2 jenis Diabetes untuk pengetahuan am kita.

2 jenis Diabetes yang biasa dihidapi pesakit ialah :-

Diabetes Mellitus(bersandarkan insulin). Ia kerana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan. Ia berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Diabetes jenis ini juga dikenali sebagai Diabetes awal remaja kerana penghidap jenis ini biasanya mendapat simptom penyakit semasa kanak kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
badan masih mampu menghasilkan insulin tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh. Insulin juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya untuk terus membantu tubuh berfungsi dengan baik. Memandangkan terdapat sedikit sebnyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan mahupun suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit).

 

BAGAIMANA MENCEGAH DIABETES?

  • lakukan senama selama 30 minit setiap hari atau berjalan sejauh 10km hingga 15km seminggu atau purata 2km sehari.
  • amalkan diet rendah kalori dan lemak mengikut saranan di dalam piramid makanan.
  • lebihkan makanan berbijirin, sayur sayuran dan buah buahan.
  • elakkan makan makanan segera ( fast food ).
  • elakkan minuman berkarbonat dan segala minuman yang bersifat “tarik” kerana kandungan susu yang tinggi. Tahukah anda bahawa anda perlu berjalan sejauh 1.6km atau selama 20 minit untuk membakar hanya 100 kalori yang diperolehi dari 1/2 tin minuman berkarbonat?
  • cuba amalkan berpuasa kerana ia adalah proses diet dan detoks paling baik
  • berhenti merokok
  • lakukan pemeriksaan perubatan secara berkala bagi mereka yang berisiko mengidap gejala gaya hidup yang tidak sihat ini.

 

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damiapitshop

KENALI MUSUH WANITA IAITU OVARIAN CYST

Sana sana selalu akak terdengar atau terbaca yang si A ada cyst, si B baru je operation cyst atau si C disahkan tidak boleh hamil kerana cyst yang besar di dalam rahim. Risau bila dengar berita berita macam ni sebab akak perempuan dan akak risau ianya juga akan menimpa akak. Jadi sempena minggu kesihatan ini, akak akan cuba berkongsi sebanyak mungkin info info mengenai penyakit yang mudah dihidapi oleh perempuan. Kali ini akak nak ajak kita sama sama mengenali musuh wanita iaitu ovarian cyst.

wanita sedih

Ovarian Cyst berlaku apabila wujudnya kantung berisi lendir atau air pada kilang telur ovari seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita muda. Hah, jangan ingat bila dah berumur je baru kena penyakit ini. Malahan yang lebih kita perlu risau ialah kita tidak menyedari masalah ini kerana ia jarang menunjukkan tanda tanda atau gejala yang mudah untuk kita kenali jika terkena. Kebanyakan kes hanya dapat dikesan apabila seorang wanita itu melakukan ujian ultra bunyi kerana mempunyai masalah yang berkaitan dengan kesuburan. Siapa yang akan mempunyai masalah kesuburan ini? of coslah mereka yang sudah berkahwin dan menghadapi masalah untuk mendapatkan anak. Jadi, yang belum berkawin tu, bagaimana nak tahu samada kita menghadapi masalah Ovari Cyst ini?

sebenarnya, setiap perempuan mempunyai cyst yang mana ia berkait rapat  dengan proses reproduksi seorang wanita. Dalam kes biasa, cyst mengandungi telur dan apabila ia sudah matang akan pecah untuk melepaskn telur bagi tujuan pensenyawaan. ini penting untuk memastikan proses seterusnya berlaku sehingga janin mula membentuk. Jadi masalahnya bila cyst ini tidak pecah malah ia semakin membesar di dalam kilang ovari dan ia menjadi serius dan membahayakan pada wanita terbabit.

ovarian_cyst

tengok gambar di atas. beza ovary yang dalam keadaan sihat dan ovary yang mempunyai cyst bermasalah. Apa yang kita perlu tahu mengenai Ovarian Cyst ini?

  1. Ovarian cyst terdapat hampir pada kebanyakan wanita yang mempunyai ovari terutamanya pada tempoh subur mereka yang menyebabkan kita kekadang sakit kepala, rasa kembung perut dan tidak selesa pada payudara.
  2. simptom yang memungkinkan terjadinya masalah ketumbuhan ini seperti, sering muntah atau loya, mengalami sakit perut, kerap atau sukar membuang air kecil, merasa bahagian perut sedikit “penuh” dan tidak selesa serta berat pada ari ari. simptom paling utaham ialah rasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  3. kebanyakan kes ketumbuhan ovarian cyst yang tidak serius bukan penyebab kepada masalah untuk mengandung kecuali kita menghidap Endometriosis atau Polycystic Ovaries(PCOS).

 

JENIS JENIS OVARIAN CYST

Continue reading “KENALI MUSUH WANITA IAITU OVARIAN CYST” »

CANTIK DARI KEPADA HINGGA KE KAKI

wah…tajuk glamer tu. kalau tukar ke English Language akan jadi “Beauty from head to toe”. benda yang baik kena share. kena viralkan. yang ni memang pasti kesahihannya dan boleh dipercayai. Tanpa mengira tahap usia, kecantikan cukup dekat dengan kaum wanita. Namun untuk kekal memiliki kulit yang sihat dan wajah yang lebih muda menawan, peranan kolagen sangat penting. Kolagen yang merupakan protein yang paling banyak dalam badan, menyumbangkan kira kira 75% untuk kulit lebih sihat.

collagen-powder

Namun peningkatkan usia menyebabkan paras kolesterol semakin berkurangan. Bagaimanapun berita baiknya ialah, kemerosotan semula jadi ini boleh dipulihkan melalui pengambilan mkanan tambahan. Jadi, akak nak kenalkan kat semua satu produk Shaklee yang best iaitu Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (red snapper scales ) Collagen iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira kira 1,000 Dalton dengan tujuan memudahkan penyerapan oleh tubuh, kolagen dari sisk ikan merah ini juga berupaya membantu meningkatkan sistesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.

601231_10151258897201305_1450118287_n

dalam bahasa pasarnya, kenapa Shaklee memilih Ikan merah? sebab ikan jenis ini hidup di kawasan laut dalam dan ia kental dari tekanan arus di kawasan laut dalam. Dan kolegan di sisiknya lebih bersih dan tidak tercemar berbanding ikan yang duduk dekt dengan pantai.

Continue reading “CANTIK DARI KEPADA HINGGA KE KAKI” »

PROMOSI SR VITAMIN C 500MG

Awak..awakkkk…saya nak bagitahu ni…alahh..awak dah tahu ke???? Sayalah yang lambat ni???? Eh..iyerlah dah 5 hb. Saya yang lambat bagitau..maaf awakk.. kita bagitau lambat.
.

Tapi kita tau awak tetap nak tahu apa yang kita nak bagitahu kan?. Kan..kannn..

Continue reading “PROMOSI SR VITAMIN C 500MG” »