KENALI MUSUH WANITA IAITU OVARIAN CYST

Sana sana selalu akak terdengar atau terbaca yang si A ada cyst, si B baru je operation cyst atau si C disahkan tidak boleh hamil kerana cyst yang besar di dalam rahim. Risau bila dengar berita berita macam ni sebab akak perempuan dan akak risau ianya juga akan menimpa akak. Jadi sempena minggu kesihatan ini, akak akan cuba berkongsi sebanyak mungkin info info mengenai penyakit yang mudah dihidapi oleh perempuan. Kali ini akak nak ajak kita sama sama mengenali musuh wanita iaitu ovarian cyst.

wanita sedih

Ovarian Cyst berlaku apabila wujudnya kantung berisi lendir atau air pada kilang telur ovari seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita muda. Hah, jangan ingat bila dah berumur je baru kena penyakit ini. Malahan yang lebih kita perlu risau ialah kita tidak menyedari masalah ini kerana ia jarang menunjukkan tanda tanda atau gejala yang mudah untuk kita kenali jika terkena. Kebanyakan kes hanya dapat dikesan apabila seorang wanita itu melakukan ujian ultra bunyi kerana mempunyai masalah yang berkaitan dengan kesuburan. Siapa yang akan mempunyai masalah kesuburan ini? of coslah mereka yang sudah berkahwin dan menghadapi masalah untuk mendapatkan anak. Jadi, yang belum berkawin tu, bagaimana nak tahu samada kita menghadapi masalah Ovari Cyst ini?

sebenarnya, setiap perempuan mempunyai cyst yang mana ia berkait rapat  dengan proses reproduksi seorang wanita. Dalam kes biasa, cyst mengandungi telur dan apabila ia sudah matang akan pecah untuk melepaskn telur bagi tujuan pensenyawaan. ini penting untuk memastikan proses seterusnya berlaku sehingga janin mula membentuk. Jadi masalahnya bila cyst ini tidak pecah malah ia semakin membesar di dalam kilang ovari dan ia menjadi serius dan membahayakan pada wanita terbabit.

ovarian_cyst

tengok gambar di atas. beza ovary yang dalam keadaan sihat dan ovary yang mempunyai cyst bermasalah. Apa yang kita perlu tahu mengenai Ovarian Cyst ini?

  1. Ovarian cyst terdapat hampir pada kebanyakan wanita yang mempunyai ovari terutamanya pada tempoh subur mereka yang menyebabkan kita kekadang sakit kepala, rasa kembung perut dan tidak selesa pada payudara.
  2. simptom yang memungkinkan terjadinya masalah ketumbuhan ini seperti, sering muntah atau loya, mengalami sakit perut, kerap atau sukar membuang air kecil, merasa bahagian perut sedikit “penuh” dan tidak selesa serta berat pada ari ari. simptom paling utaham ialah rasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  3. kebanyakan kes ketumbuhan ovarian cyst yang tidak serius bukan penyebab kepada masalah untuk mengandung kecuali kita menghidap Endometriosis atau Polycystic Ovaries(PCOS).

 

JENIS JENIS OVARIAN CYST

Terdapat beberapa jenis cyst yang perlu anda ketahui. adakah ia teruk dan mendatangkan bahaya pada kita atau kita perlu “monitor” tanda tanda dalam badan kita. ada 6 jenis Ovarian Cyst yang kita perlu kenal dan ketahui ciri cirinya.

  • FOLLICULAR CYST – ia mengandungi air dan bermula sebagai karung telur. Namun ia tidak pecah sewaktu tempoh subur. Ia akan membesar sehngga mencecah 5 cm tetapi akan PECAH SENDIRI dan airnya diserap oleh tubuh. Ketumbuhan jenis ini TIDAK perlu dibedah.
  • CORPUS LUTEAL CYST – ia bermula daripada bekas kantung yang telah pecah dan pesakit telah HAMIL. peranan corpus adalah untuk menguatkan kehamilan pada peringkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Ia mampu membesar sehingga lapan sentimeter tetapi akan pecah sendiri tanpa mengganggu kesihatan penghidapnya.
  • HEMORRHAGIC CYST – ketumbuhan ini mengandungi darah. bermula daripada ketumbuhan biasa seperti follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan akan berlaku dan kemudiannya pecah. Darah melimpah sehingga ke dalam perut dan mengakibatkan kesakitan. Dalam kes ini, pensakit PERLU DIBEDAH SEGERA.
  • RUPTURED OVARIAN CYST – penghidapnya akan mengalami KESAKITAN dan perlu dibedah segera.
  • ENDOMETRIOTIC CYST OVARY – mengandungi darah kotor di dalamnya dan menyebabkan kerosakan ovari, saluran fallopio dan rahim.
  • DERMOID CYST OVARY – ketumbuhan ini mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, gigi atau tulang. Juga PERLU pembedahan.

hah, dah tahu dan kenal setiap cyst? jika anda disahkan menghidap ovarian cyst ini, anda perlu lebih tahu jenis yang mana yang anda hidapi. Ia untuk pengetahuan kita dan kita juga akan tahu setakat mana keseseriusan penyakit kita tu. selepas itu kita boleh bertanya dengan doktor apa yang perlu kita buat dan dapatkan nasihat dari nya untuk rawatan selanjutnya.

nanti akak share pula suplemen yang membantu mengawal cyst dari merebak dan atasi dari awal.

 

sumber : majalah rapi.

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damiapitshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge