APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI KEPENTINGAN ACID FOLIK SEBELUM HAMIL

Pernah dengar tak orang selalu bercakap kalau nak hamil kena ambil acid folik 3 bulan lebih awal? malahan ramai pakar bersetuju dengan saranan berikut jika anda sedang merancaang untuk hamil. Tetapi apa yang perlu anda tahu ialah acid folik bukan saja perlu diambil oleh si isteri malahan ia juga penting bagi si suami untuk memastikan impian masing masing mendapatkan anak akan tercapai. Insya Allah. sudah tentunya dengan izin Allah juga.  Jadi, saya ini berkongsi kepada anda semua mengenai apa yang perlu anda tahu mengenai kepentingan acid folik sebelum hamil.

Kebanyakan wanita beranggapan acid folik hanya perlu diambil setelah disahkan hamil, malahan ada juga yang beranggapan pengambilan Acid Folik akan membuatkan bayi dalam kandungan lebih besar dari sepatutnya. Ia juga adalah tanggapan yang salah semata mata.  Jadi, artikel ini saya buat supaya kita semua lebih faham betapa pentingnya Acid folik.

 

KEPENTINGAN ACID FOLIK

Acid Folik juga dikenali sebagai Folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel sel baru dalam tubuh malahan ia juga membantu dalam pembentukan DNA baru. Lagi pentingnya Acid Folik ini ialah juga membantu memperbaiki DNA yang telah rosak di dalam DNA. wahhhh.. itu kalau untuk diri sendiri.

Pakar perubatan sangat menekan pengambilan Acid Folik ini membantu dalam pembentukan sel sel otak, tulang belakang bayi, organ dan kulit bayi.

 

APA AKAN BERLAKU JIKA IBU MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN ACID FOLIK?

Pelbaga risiko yang boleh dan bakal ibu hadapi, mungkin bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk janin yang bakal dilahirkan. Bakal ibu perlu memastikan badan bersedia lebih awal untuk menerima sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel sel baru dalam badan ( pembentukan janin). Ini kerana, ada sesetengah kes, bila badan ibu tidak bersedia sepenuhnya atau ibu tidak berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan ini, ia akan berlaku keguguran atau kematian janin. Malahan, lebih merisaukan, akan terdapat kecacatan yang tidak diigini berlaku pada bayi yang dilahirkan.

Antara masalah yang bakal dihadapi ialah :-

  • bayi mungkin menghadapi kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD )
  • gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/encephalocele )
  • masalah pembentukan saraf tunjang ( spina bifida )
  • mengurangkan risiko keguguran
  • berlaku kekurangan darah ( anemia )
  • kelahiran pra matang
  • bayi mungkin ada masalah sumbing lelangit
  • berlaku kecacatan pada jantung
  • pembentukan kaki dan tangan yng tidak sama
  • berlaku kecacatan pada sistem pembuangan air kencing

jadi bagi anda yang berusaha untuk hamil, anda perlukan acid folik dari awal iaitu 3 hngga 6 bulan sebelum hamil dan berterusan memasuki bulan ke 6 dan seharusnya juga ia diteruskan pengambilannya sehingga bayi di lahirkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge