TANDA TANDA BUASIR

ANDA ADA BUASIR JIKA ADA TANDA TANDA INI PADA ANDA
Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur.  Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita ingin membuang air besar.  Ia menutup dubur secara keseluruhan bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia adalah normal yang berlaku dalam tubuh setiap orang.

Tetapi,  ia menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum sekiranya kita meneran.  Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.  Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir ( salur dubur bengkak atau luka).
JENIS JENIS BUASIR

Ada 2 jenis buasir yang sering berlaku pada kita iaitu :

– buasir dalam ( berlaku pembengkakan pada bahagian dalam)

– buasir luar ( yang mana bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur)
Kekadang,  ia akan berlaku serentak dan kekadang ia akan berlaku secara berasingan.
Mereka yang mudah terkena buasir ini ialah mereka yang gemar meneran ketika aktiviti membuang air besar,  atau mereka yang ada masalah sembelit,  obesiti malahan wanita hamil juga boleh menghidap masalah ini apatahlagi ketika kandungan semakin membesar.

 

TANDA TANDA BUASIR

1- rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur

2- luka pada salutan dubur disebabkan nanah

3- rasa kepanasan selepas membuang air

4- rasa sakit berdenyut

5- tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama.

6- darah segar yang menitis ketika membuang najis

7- rasa pedih sekitar rektum

8- sukar membuang air besar

9 – nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.

 

Panduan pemakanan
* minum banyak air sekurang kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air,  sekaligus melancarkan pembuangan najis.
* elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
* jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
* jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas…
* makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin,  sayur sayurr dan buah buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
*makan makanan bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh buatkan buasir makin teruk
* kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan terproses.
* sentiasa bersenam dan bergerak

4 tahap buasir
1- berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
2- disebabkan pergerakan uss,   bengkak keluar tapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula
3 – sama seperti tahap 2, tapi bengkak berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal
4 – darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran,.  Buasir akan berada di luar
Rawatan buasir di hospital:
Untuk pesakit yang tidak lagi berkesan utk ambil ubat ubatan,  satu pembedahan akan dilakukan untuk membuang buasir yang terjulur.
Manakala yang tidak perlukan pembedahan,  diberikan cream hemorrhoid untuk mengecutkan buasir
Atau,  ubat tahan sakit serta ubat suppository yang dimasukkan ke dslam dubur untuk mengecutkan buasir dalam
Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak, mempunyai ciri-ciri anti-oksida. Ia adalah vitamin yang berkesan untuk buasir.
Vitamin E meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung. Ia membantu dalam mengurangkan kesakitan dan menenangkan kawasan rektum radang.
Ia juga membantu dalam menyediakan bantuan dari pendarahan buasir. Vitamin ini untuk buasir boleh digunakan di kawasan yang terjejas dengan menyapukan vitamin E pada buasir tersebut
Vitamin C boleh membantu menguatkan kapilari dan vena, sekali gus merawat punca buasir.
Bioflavonoids

Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa bioflavonoids berkesan boleh membantu dalam mengurangkan buasir gejala.
Makan makanan yang kaya dengan bioflavonoids seperti produk kacang soya, biji-bijian, oren, dan sayur-sayuran.
fungsi Bioflavonoids adalah mengukuhkan dinding saluran darah dan meningkatkan kesihatan peredaran darah keseluruhan.
B COMPLEX
Mengurangkan keradangan buasir.

Menggalakkan penghadaman dan meningkatkan contractility saluran gastrousus. penghadaman dan otot lemah saluran gastrousus adalah penyebab sembelit dan najisnya menyakitkan yang menyebabkan dan memburukkan lagi buasir.

Melembutkan najis dan mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan pergerakan usus. serat makanan membantu melembutkan najis supaya ia menjadi lebih mudah najis keluar najis.
KALSIUM

Membantu mengurangkan masalah sembelit dengan menguatkn otot otot usus besar supaya bekerja dan melembuatkan najis
mengelakkan kawasan buasir menjadi lebih teruk
melancarkan proses pembuangan air besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge