TIPS UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEMASA BULAN PUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap ” bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya”. hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.


BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 – 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

Continue reading “TIPS UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEMASA BULAN PUASA” »

MASALAH SEMASA MENGANDUNG DAN CARA ATASINYA

3 bulan pertama kehamilan, hormon estrogen dalam tubuh akan meningkat, akibatnya perlbagai masalah akan timbul. Ia akan membuatkan bakal ibu akan merasa tertekan dan ini akan memberi kesan pada perasaan ibu dan juga bayi yang dikandung.
Tetapi, jangan risau. melalui penjagaan yang betul, ia boleh diatasi.
Ada mereka yang hamil tiba tiba suka untuk merias diri dan menjaga kulit muka. pergi ke spa untuk buat rawatan kulit muka. Opsss jangan lupa beritahu kepada staff di spa berkenaan yang kita sedang hamil. Ia adalah untuk mengelakkan staff menggunakan bahan bahan kimia yang tidak sesuai untuk ibu hamil.

Continue reading “MASALAH SEMASA MENGANDUNG DAN CARA ATASINYA” »

MENU UNTUK PESAKIT DIABETES UNTUK 7 HARI

Tahu tak, kalau kita dah ambil ubat yang doktor berikan atau mengambil suplemen secara konsisten tetapi masih tidak nampak kesan seperti bacaan diabetes tidak turun, badan masih rasa lemah atau tidak berdaya, masih pening pening kepala, itu tandanya anda tidak menjaga pemakanan anda. ada menu untuk pesakit diabetes yang khas untuk mereka supaya ia memberi kesan yang positif pada tubuh badan mereka.

Saya ingin berkongsi menu untuk pesakit diabetes pada hari pertama permulaan anda menjaga pemakanan anda. ia ada 7 hari dan anda boleh pelbagaikan variasi pemakanan anda atau mengikut saja apa yang diberikan.

 

HARI ISNIN 

SARAPAN – 1 mangkuk kecil oat dan susu rendah lemak atau air teh kosong ( tanpa gula )

MINUM PAGI – 3 keping biksut mil penuh dan 1 gelas air suam

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan nasi ayam, 1 ketul ayam ( seeloknya ayam bakar ), 1 cawan ulam ulam, 1 piring kerabu manggga dan 1 gelas air

MINUM PETANG – 1 ketul pau kukus

MAKAN MALAM – 2 keping roti mil penuh, 1 sudu teh marjeri, 1 biji telur hancur, 1/2 cawan timun + salad + tomato, 1 potong nenas

Continue reading “MENU UNTUK PESAKIT DIABETES UNTUK 7 HARI” »