MENU UNTUK PESAKIT DIABETES UNTUK 7 HARI

Tahu tak, kalau kita dah ambil ubat yang doktor berikan atau mengambil suplemen secara konsisten tetapi masih tidak nampak kesan seperti bacaan diabetes tidak turun, badan masih rasa lemah atau tidak berdaya, masih pening pening kepala, itu tandanya anda tidak menjaga pemakanan anda. ada menu untuk pesakit diabetes yang khas untuk mereka supaya ia memberi kesan yang positif pada tubuh badan mereka.

Saya ingin berkongsi menu untuk pesakit diabetes pada hari pertama permulaan anda menjaga pemakanan anda. ia ada 7 hari dan anda boleh pelbagaikan variasi pemakanan anda atau mengikut saja apa yang diberikan.

 

HARI ISNIN 

SARAPAN – 1 mangkuk kecil oat dan susu rendah lemak atau air teh kosong ( tanpa gula )

MINUM PAGI – 3 keping biksut mil penuh dan 1 gelas air suam

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan nasi ayam, 1 ketul ayam ( seeloknya ayam bakar ), 1 cawan ulam ulam, 1 piring kerabu manggga dan 1 gelas air

MINUM PETANG – 1 ketul pau kukus

MAKAN MALAM – 2 keping roti mil penuh, 1 sudu teh marjeri, 1 biji telur hancur, 1/2 cawan timun + salad + tomato, 1 potong nenas

HARI SELASA 

SARAPAN – 2 keping roti mil penuh, 1 sudu teh marjerin di sapu di roti, 1 cawan nescafe susu

MINUM PAGI – 1 gelas minuman bijirin

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan nasi putih, 1 potong ikan pari bakar dan air asam, 1 cawan ulam, 1 gelas air suam, 1/2 biji jambu batu

MINUM PETANG – 1 ketul tauhu sumbat

MAKAN MALAM – 1 mangkuk mee hailam ( mee=1 cawan), 1 biji oren

 

HARI RABU 

SARAPAN – 1 mangkuk kecil oat

MINUM PAGI – 1 ketul karipap, 1 gelas air suam

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan kecil nasi ayam, 1 ketul ayam golek, 1 cawan sayur timun dan salad, 1 biji pisang emas.

MINUM PETANG – 1 ketul popia basah

MAKAN MALAM – 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 piring dhal, 1 gelas air limau nipis, 5 biji anggur merah

 

HARI KHAMIS 

SARAPAN – 1 keping capati, kuah dhal dan 1 cawan nescafe

MINUM PAGI – 1 gelas minuman bijirin

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan nasi putih, 4 ketul daging masak merah, 1 cawan sayur campur, 1 gelas air kosong, 1/2 biji jambu batu

MINUM PETANG – 1 cawan jagung rebus

MAKAN MALAM – 1 cawan nasi putih, 1 ketul ayam masak kari, 1 cawan sayur campur, 1 biji belimbing

 

HARI JUMAAT

SARAPAN – 2 keping roti mil penuh, 2 sdu tuna dan salad/timun, air teh

MINUM PAGI – 1 ketul pulut panggang, 1 gelas air kosong

MAKAN TENGAHARI – 1 cawan nasi briyani, 1 ketul ayam masak kari, 1 cawan sayur campur, 1 gelas air kosong, 1 biji epal

MINUM PETANG – 3 keping biskut krim kraker

MAKAN MALAM – 1 mangkuk kuey teow sup, 1/2 biji mangga

 

HARI SABTU 

SARAPAN – 1 mangkuk kecil oat dan susu rendah lemak, air teh

MINUM PAGI – 1 ketul tauhu sumbat, 1 gelas air kosong

MAKAN TENGAHARI – 1 pinggan sizzling mee + cendawan, 1 potong buah tembikai susu, 1 gelas jus lobak

MINUM PETANG – 2 ketul vadey

MAKAN MALAM – 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 piring dhal dan 1 biji pear

 

HARI AHAD

SARAPAN – 1 mangkuk kecil mee soto, teh O

MINUM PAGI – 1 gelas minuman bijirin

MAKAN TENGAHARI – 1/2 pinggan spageti, 1 mangkuk salad, 1 gelas air suam, 1 potong betik

MINUM PETANG – 1 cawan jagung rebus

MAKAN MALAM – 1 cawan nasi goreng + sayur campur, 1 biji telur goreng, 1 gelas air, 1/2 biji buah jambu batu

 

hah, inilah menu untuk pesakit diabetes dalam seminggu. Anda boleh print dan tampal dan berikan pada ayah /mak atau mereka yang memerlukannya. Yang penting, jaga pemakanan dan selalulah bersenam.

 

sumber: majalah rapi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge