TIPS UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEMASA BULAN PUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap ” bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya”. hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.


BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 – 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

BANYAK MINUM AIR KOSONG KETIKA BERSAHUR
jika anda ingin melakukan detoks, bulan puasa adalah bulan di mana anda boleh melaksanakan pogram detoks anda tu. Minumlah tiga gelas ketika bersahur dan lima gelas ketika berbuka sehingga sebelum anda tidur.

PILIH MENU YANG BOLEH MENAIKKAN KADAR GULA DALAM DARAH DENGAN SEGERA KETIKA BERBUKA
menu yang boleh dipilih ketika berbuka puasa ialah makanan atau minuman yang manis seperti kurma. Makanan manis mengandungi karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dalam darah yang turun kerana tempoh 14 jam berpuasa.
Selepas melaksanakan solat Maghrib, anda boleh mengambil makanan sihat lengkap yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe, sayur sayuran dan juga buah buahan.

JANGAN LUPA SAHUR
bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa, namun ambillah dengan kuantiti yang lebih kecil. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik dan sempurna membuatkan puasa anda lebih mudah.
Makan makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi kerana ia akan kekal lama dalam tubuh. Makanan yang berprotein tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan kita tidak mudah rasa lapar.

jadi, ini antara tips yang kak ct boleh kongsikan pada anda semua bagaimana untuk badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge