LOKASI MEMBELI DURIAN YANG MURAH DAN BERBALOI DI PONTIAN, JOHOR

Wahh..musim durian kembali lagi!!, eh dah nak habis musim pun kan? saya yang terlambat nak berkongsi lokasi membeli durian yang murah dan berbaloi untuk anda semua. Takpelah, tak dapat beli musim kali ni, kita dah tahu  nak beli kat mana untuk musim durian akan datang pulak.

 

Lokasi yang saya nak kongsikan pada semua ialah, bertempat di Kampung Melayu Raya, Pontian, Johor. owner kebun durian ni sangat mesra alam. maksudnya sangat baik dan best! best sebab dia pilihkan kita durian yang baik baik, yang sedap dan pandai pelbagaikan durian untuk rasa durian yang berbeza. Sangat berbaloi tau.

hari tu, kami berpeluang memborong ( tak boronglah juga, tapi beli banyak dari kebiasaannya) dari beliau. oh ya, boleh pm / inbox tuan dusun ni di facebook : PENJEJAK BAYANG .  Untuk lebih selamat ( sekiranya anda duduk jauh dari kawasan Pontian ini,) anda boleh hubungi beliau untuk buat tempahan berapa banyak durian yang anda ingin beli. Nanti, owner dusun akan inform samada durian sudah ready dikumpulkan atau belum. Sangat tidak menyesal kalau anda membeli dari beliau. lokasi membeli durian yang murah dan sangat berbaloi di Pontian, Johor. Sangat disyorkan pada anda yang suka makan durian.

 

anda boleh pilih samada ingin bawa durian pulang bersama anda, atau anda nikmati keenakkan durian tersebut di dusun tersebut. Mana tau, ambil peluang merasai pengalaman kutip buah durian sendiri yang baru jatuh! hah, barulah rasainya sendiri. syok weii!!.

 

jadi jangan lupa untuk google lokasi membeli durian yang murah dan berbaloi di Pontian, Johor. opsss maaaf!! gambar buah durian yang dibuka tak de, sebab memasing dah excited nak makan. ha ha ha ha. berhampiran dengan tempat peranginan Lata Pulai, kampung melayu raya, Pontian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge