KEPENTINGAN MINYAK IKAN KEPADA IBU MENGANDUNG

Selepas berkahwin, keinginan setiap pasangan pengantin baru adalah merancang untuk mengandung Begitu juga dengan saya dan suami. Tetapi, apa yang menjadi masalah kami suami isteri ialah kami tidak tahu ilmu ilmu mengenai mengandung, apa yang perlu dilakukan atau dititik beratkan semasa mengandung atau risiko risiko semasa mengandung. Yang kami tahu ialah, kami perlu “bersama” untuk mengandung.

 

Jadi, sepanjang tempoh mengandung, kami hanya mengikuti berdasarkan nasihat nasihat dari orang sekeliling atau pun petua petua dari mereka yang pernah mengandung. Saya juga membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang kurang sumber maklumat mengenai cerita mengenai kehamilan kecuali sewaktu pemeriksaan dengan doktor. Saya sendiri maklum yang doktor perlu terangkan benda yang penting sebab ramai lagi pesakit yang menunggu giliran. Malahan, bagi pihak saya sendiri, saya mahukan waktu pemeriksaan itu berlalu dengan cepat disebabkan tempoh menunggu yang lama untuk berjumpa doktor.

 

Sehingga pada satu hari, saya dan suami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di Hospital Pakar disebabkan ada masalah pada kehamilan saya. Di sini, doktor mencadangkan saya menjaga pemakanan yang lebih seimbang dan lebih peka pada nutrisi yang diambil seharian semasa mengandung. Malahan beliau mencadangkan pengambilan minyak ikan seawal trimester kedua sehingga kelahiran berlaku. Saya sendiri tidak tahu kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung sebab sentiasa merasakan minyak ikan itu hanya untuk mereka yang ingin menjadi pandai dalam pelajaran. ha ha ha Nampak tak kesilapan saya kat situ? situasai di mana kita inginkan anak tetapi kita lansung tidak tahu apa yang perlu kita ambil tahu sewaktu sebelum dan sedang tempoh mengandung itu terjadi.

Image result for kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung

image from Google

Jadi, selepas Doktor mencadangkan minyak ikan tersebut, saya mencari ilmu berkaitan apa kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung sebenarnya? adakah ia hanya untuk ibu yang mengandung atau ia memberi kesan baik pada janin yang dikandungnya.

 

Antara kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung ialah :-

  • membantu pembentukan saraf janin sejak dari awal lagi untuk memastikan sistem saraf pusat janin berkembang dengan baik untuk mengatasi masalah pertuturan dan perkembangan otak.
  • minyak ikan yang mengandungi cukup EPA dan DHA aka menyokong sistem jantung dan mengelakkan masalah alergik sepanjang tempoh mengandung.
  • DHA yang mencukupi pula membantu menyokong sistem saraf pusat, mata, dan otak untuk janin dan ibu yang mengandung.
  • Ia juga membantu ibu dari menghadapi masalah darah tinggi semasa mengandung
  • membantu ibu mengatasi masalah kemurungan semasa mengandung dan selepas kelahiran
  • membantu mengurangkan risiko bayi mempunyai alahan yang teruk selepas kelahiran
  • membantu mengelakkan masalah preeklampsia iaitu merupakan satu komplikasi semasa kehamilan yang dimulai dengan tekanan darah tinggi, mempunyai masalah pada organ dalaman dan kandungan protein dalam air kencing

 

Related image

SUMBER MAKANAN YANG MEMPUNYAI MINYAK IKAN YANG TERBAIK

Kita boleh dapatkan minyak ikan ini dari sumber makanan yang makan hari hari. Antara ialah :-

  • ikan tuna
  • ikan salmon
  • ikan sardin ( bukan dalam tin tu ye)
  • ikan bilis
  • ikan hering
  • minyak dari biji bijian seperti minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak jagung
  • minyak hati ikan kod
  • sayur sayuran hijau.

akan tetapi, semasa mengadung, pengambilan ikan ikan atau sumber makanan laut ini perlu diberi perhatian. Makan berpada pada kerana kita tidak tahu kandungan toksin seperti merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab tu, ada doktor yang mencadangkan lebih bagus mengambil suplemen minyak ikan yang diyakini melaluli proses penyulingan yang terbaik dan menggunakan bahan mentah yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan risiko  pengambilan toksin yang tinggi dalam menghasilkan minyak ikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge