RESEPI AYAM MASAK BUTTERMILK

Boring lak asyik menu sama..  Eh,  bukan kak nurie tak bersyukur tau.maksudnya kalau tanya anak anak ayam nak masak apa,  mesti diaorang soh goreng je ayam tu.  Last last makan dengan kicap.. Huh!
jadi hari ni, kita masak lain sikit. Ayam goreng Buttermilk. ni kak nurie kasi resepi ringkas kak nurie gunakan apa yang ada di dapur.he he he
Bahan bahan :-

* dada ayam dihiris kecik kecik – ikut lah nak banyak mana.

* garam secukup rasa

* 1 biji telur – ambil putihnya saja

* sedikit serbuk lada – kak nurie tak guna sebab masa goreng ayam nanti kak nurie gunakan tepung crispy bestari–podassss
kesemua bahan ni dicampur bersama dan perap dalam 5- 10 minit. nanti goreng lah . letak tepung gandum sikit atau macam kak nurie, kak nurie gunakan tepung  goreng segera.


bahan kuah buttermilk :-

* setengah cawan susu cair atau ikut banyak mana ayam yang kita nak goreng tu

* sedikit daun kari

* sedikit lada cili dalam 4 5 batang. kalau suka pedas, boleh tambahlah

* sebatang lada besar- warna merah lebih cun!!

* sedikit garam dan gula
panaskan kesemua bahan bahan ni sehingga kuah pekat. lepas tu , curah je atas ayam yang dah digoreng tu..siap!!!
makan time panas panas lagi sodapppp…

 

hah, jom sama sama cuba resepi ni. mudah sangat nak buatnya.

TESTIMONI : MASALAH KULIT BERJERAWAT

[KULIT CANTIK TIDAK KEKAL SELAMANYA]

.

Kali ni saya nak berkongsi pula testimoni dari Puan Sya yang mempunyai masalah kulit muka selepas mengalami perubahan hormon dalam badan. Yang lebih menarik, bukan setakat masalah kulit saja berjaya di atasi, malahan siap dapat bonus kurus lagi!  selepas menggunakan produk Shaklee iaitu SR Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder dan Energizing Soy Protein . ikuti perkongsian testimoni penyakit kaki tangan dan mulut akhirnya pulih.

 

TESTIMONI 2 :  SYA MADEENA (banyak lagi testimoni di pages : SUPERMOM SHAKLEE STORY)

.

Sya tak pernah mengalami masalah kulit sejak dari sekolah sampai lah diploma. Kulit licin bersih saja.

Kalau ada masalah pon hanya setakat sunburn sebab banyak berjemur! Almaklum waktu sekolah aktif kawad lah, sukan lah, apa lah.

Sunburn tu normal. Tapi jerawat memang takda!
.

Disangkakan kulit cantik tu kekal selamanya tapi semuanyaaa hanya sekadar mimpi. Masuk je degree muka menjadi sensitif. Sangat sensitif!
.

Aaah 😭😭😭 kulit tak tahan dengan cuaca panas, muka teruk sangat. Takda ruang pon kat kulit muka ni yang takda jerawat.

Naik pulak jenis bertompok bintik-bintik hitam terus buat muka nampak kusaaam! Gelap!
Read more

TESTIMONI : PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT ( HFMD )PULIH

Kali ni saya nak berkongsi pula testimoni dari Puan Wana mengenai penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD anaknya pulih selepas menggunakan produk Shaklee iaitu Chewable Vitamin C, Nutriferon, Herbal blend Multi-purpose cream dan basic H. ikuti perkongsian testimoni penyakit kaki tangan dan mulut akhirnya pulih.

 

TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR (banyak lagi testimoni di pages : SUPERMOM SHAKLEE STORY)

.
[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]

.
Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.

.

Read more

TESTIMONI : ASMA MULA BERANSUR ANSUR HILANG

ini pula kisah anak saya yang menghidap asma sejak bayi lagi. Ia kisah benar dari saya, dan pastinya cerita ini lebih dekat dengan saya sebab saya yang melihatnya hari hari. Sehinggakan, ada hari hari dia diserang asma dan melihat betapa sukarnya dia untuk bernafas, buatkan saya sendiri sebak.

 

 

[PENYAKIT ASMA SEJAK LAHIR KIAN PULIH DAN ZAFRAN DAH TAK PERLU FOLLOW UP KE HOSPITAL LAGI]

.
Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012.

.

Read more

APA TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA
apa itu Hiperglisemia?

– paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan ini dipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:-
* lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
* tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
* tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman/infeksi, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
* tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
* memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.
TANDA TANDA HIPERGLISEMIA
1) Dahaga

2) penglihatan kabur

3) Lemah dan letih lesu

4) pening

5) kerap membuang air kecil

6) mulut dan kulit kering
jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda tanda penyakit anda makin teruk.

KENALI PENYAKIT TIROID

 

Semenjak dua menjak ni, saya selalu mendapat panggilan dari customer berkaitan penyakit Tiroid ( thyroid). Malahan ada pesakit menganggap semua penyakit yang melibatkan kelenjar ini adalah penyakit tiroid yang memerlukan pembedahan. Baca artikel ini lebih lanjut untuk kita sama sama belajar mengenai penyakit tiroid ini.

 

*sumber google

Secara anatominya, kelenjar tiroid terbahagi kepada 2 dan ia berbentuk seperti rama rama ( seperti gambar di atas. 2 bahagian tersebut ialah :-

1- mengeluarkan hormon tiroksin ( T4 )
2 – mengeluarkan hormon triodotiroksin ( T3 )

Read more

TIPS UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEMASA BULAN PUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap ” bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya”. hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.


BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 – 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

Read more

1 2 3 23