PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETIS

ayah saya antara yang termasuk di dalam golongan penghidap diabetes yang menjadikan insulin kawan karib nya setiap hari. Diabetes ni antara penyakit yang tidak boleh disembuhkan dalam masa yang cepat tetapi kita mampu melambatkan komplikasi penyakit tersebut. JIka ia tidak dicegah awal, ia akan menjadi semakin parah. Diabetes adalah di mana badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.

 

tanda tanda diabetes

sumber : http://diabetes-support.net

Insulin diperlukan di dalam badan untuk menukarkan gula di dalam darah kepada tenaga. Oleh sebab itu, kekurangan insulin yang berfungsi dalam badan akan mengakibatkan peningkatkan gula di dalam darah. Kandungan gula yang tinggi dalam darah dipanggil “hyperglycemia” yang mana ia menyebabkan masalah serius kepada sistem saraf dan organ penting dalam badan seperti mata, buah pinggang dan jantung. Saya tak nak huraikan lebih lanjut apa itu diabetes sebab artikel saya hari ini ialah untuk berkongsi panduan pemakanan untuk pesakit diabetes.

Read more

MAKANAN UNTUK DETOX HATI

nak tau tak, ada sesetengah buah atau makanan yang kita makan hari hari, tapi kita saja saja makan…padahal, bila kita makan tu, banyak manfaat yang kita tak perasan. lagi lagi kalau makanan yang kita pilih tu adalah makanan segera. tau tak, jika kita ambil pemakanan yang segera segera ni, banyak toksin akan terkumpul dalam badan tau. Tu yang hati terpaksa bekerja keras untuk singkirkan toksin dalam badan.

 

tapi, tahu tak?? ada makanan yang biasa kita jumpa dan makan, mampu berupaya membantu membersihkan hati??

 

1)

fruit vegetable isolated on white

kredit : Ms Google

 

hah, percaya tak? Epal selain mudah didapati, ia sebenarnya mampu membantu pembuangan lemak yang ada pada hati. Malah turut mengandungi vitamin C dan asid d-glucaric. jadi jangan segan segan nak makan Epal setiap hari..tapi, hati hati, epal merah ada pernah jadi isu kan???

 

Kunyit

kunyit selalu sinonim dengan jamu..lagi lagi yang baru lepas bersalin. KEnapa kunyit ini selalu menjadi perhatian?? pengambilan kunyit boleh membantu membersihkan hati, sekaligus mengeluarkan kotoran yang tidak diperlukan dalam sel sel badan. ha, nampak tak??? sebab apa dalam makanan tradisi orang orang lama, mesti ada kunyit?

 

 

 

tumblr_inline_mx7oxtmaaK1rfz3xw

 

bukan cerita bawang merah, bawang putih tau!!…bawang merah dan bawang putih, kaya dengan sulfur yang berupaya menghalang radikal bebas menyerang hati dan membantu hati berfungsi dengan baik.

jadi, tak yah nak risaukan yang bawang merah dan bawang putih tidak boleh dimakan bersama, tak de kajian pun pasal tu.

 

TIPS BIJAK MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

kali ni saya nak berkongsi tips bijak mendidik anak dengan berkesan ( Insya Allah ). saya nak ringkaskan dari artikel yang saya baca di majalah Pa & Ma di ruangan “Eksklusif”.

 

TIPS BIJAK  MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

  1. Nama panggilan yang baik. Berikan nama anak dengan makna yang elok elok. Kekadang ada nama anak yang sedap dipanggil, tapi bila diselidiki ia tidak membawa apa apa makna atau pun ia membawa makna  yang tidak elok yang mana ia akan memberi kesan kepada peribadi anak itu sendiri.
30889946_m_by_yana8nurel6bdkbaik-d64u4ds

kredit to : http://www.deviantart.com/

2. Berikan pelukan setiap hari kepada anak anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Hah!!! jangan ingat anak dipeluk hanya time dia menangis je tau.

3. Pandanglah anak anak dengan pandangan KASIH SAYANG. kenapa? ia membuatkan anak anak lebh yakin dengan diri mereka.

4. Berikan penghargaan pada anak anak. Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau sekurang kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang anak anak lakukan. mereka pasti gembira dan yakin jika mereka buat yang baik, ibu bapa akan menghargai mereka.

5. Terima seadanya anak anak kita. Jangan mengharapkan anak anak yang belum matang melakukan perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat kesilapan. kita yang dewasa ini pun selalu juga membuat kesilapan ( tak serik serik!)

6. Jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak anak merasa diri mereka merupakan beban kepada kita.

7. Dengar apa yang anak anak ingin sampaikan pada kita. Tunggu sehingga mereka habis bercerita dan kemudian barulah kita bercakap. Ini akan mendidik anak kita tentang giliran untuk bercakap dan mengajar mereka untuk bersabar.

8. Tenangkan anak. Jika setiap kali mereka melakukan kesalahan, tenangkan diri mereka. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh kita.

9. Tunjukkan pada anak anak bagaimana cara untuk menenangkan diri. Pasti mereka akan belajar dari kita.

10. Luangkanlah masa bersama. Peganglah tangan anak anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka akan merasa yang mereka juga penting dalam kehidupan keluarga.

 

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 

TANDA TANDA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI

Hipertensi!! macam tension je bunyi nya. Hipertensi atau lebih dikenali dengan penyakit tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang dihidapi oleh hampir 1 bilion orang di seluruh dunia yang mana 2/3 daripadanya adalah dari negara negara membangun. Malahan, dianggarkan 60.60% rakyat di Malaysia tidak mengetahui yang mereka menghidap penyakit Hipertensi!!. adakah mereka tidak sedar yang mereka mempunyai tanda tanda penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi pada diri mereka sendiri???

 

StressFree1

 

APAKAH TANDA TANDA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI INI?

walaupun penyakit tekanan darah tinggi ini biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala yang teruk, tetapi ia boleh menimbulkan tanda tanda seperti berikut :-

  • sakit kepala pada awal pagi
  • hidung berdarah
  • degupan jantung tidak teratur
  • telinga kerap berdengung
  • keletihan
  • loya
  • muntah muntah
  • kekeliruan
  • keresahan
  • sakit dada
  • otot menggeletar

jika pesakit tidak menjaga kesihatan, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius kepada kesihatan. Ia boleh mengeraskan arteri, mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung. Akibatnya :-

* pesakit akan merasa sakit dada, juga dikenali sebagai angina

* kegagalan jantung, apabila jantung tidak dapat mngepam darah dan oksigen yang mencukupi ke organ organ lain

* serangan jantung, apabila bekalan darah ke jantung tersumbat dan sel sel jantung mati akibat kekurangan oksigen. Semakin lama aliran darah yang tersumbat, lebih besar kerosakan yang berhubung dengan jantung

* strok akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen ke otak sama ada berpunca daripada saluran darah yang pecah atau saluran darah yang tersumbat.

 

 

oleh itu, kenali perubahan dalam tubuh badan anda untuk mengelakkan anda menghidapi penyakit yang akan mendatangkan masalah yang lebih serius pada kesihatan anda 🙂

 

sumber rujukan : Majalah I sihat.

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013 7374958 / 013 7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

BAGAIMANA MENGATASI KULIT KEDUT DAN KENDUR

Selalu ada customer bertanya, bagaimana mengatasi kulit kedut dan kendur? dan apakah punca kulit menjadi kendut dan kendur? saya nak beri tips tips bagaimana mengatasi kulit kedut dan kendur sebelum masanya :).

punca-kulit-berkedut

cara atasi kulit berkedut dan kendur

APAKAH PUNCA KULIT KEDUT DAN KENDUR?

A) faktor usia – apabila usia kita meningkat, paras pelbagai hormon di dalam badan akan berkurangan. Bagi wanita yang telah menopaus, hormon estrogen yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan kolagen akan berkurangan menyebabkan kulit hilang keanjalan. Sel sel di dalam badan juga kurang aktif.

B) Graviti – daya tarikan graviti yang menarik semua objek ke bumi mempunyai kesan yang sama terhadap kulit kita menjadikan kulit semakin kendur apabila usia semakin meningkat.

C) Pancaran matahari – sinaran matahari yang kuat boleh menyebabkan kulit cepat kedut dan kendur melalui proses pengoksidaan.

D) Kekurangan air – air juga memainkan peranan yang penting untuk keanjalan kulit. Sekiranya badan mengalami dehidrasi, kulit akan kendur dan kedut.

E) kurang vitamin – kulit memerlukan Vitamin A dan C untuk menghasilkan kolagen. Oleh yang demikian kekurangn Vitamin A dan C juga boleh menyebabkan kulit kendur

F) Tabiat berulang – sekiranya seseorang itu suka tidur di sebelah tertentu, garis garis kedut akan mula terbentuk pada sebelah muka yang terhimpit. Sekiranya seseorang suka mengerutkan dahi, garis garis kedut akan mula terbentuk pada dahi pula.

 

BAGAIMANA MENGATASI KULIT KEDUT DAN KENDUR?

cara cara untuk melambatkan proses kulit kendur dan kedut adalah :-

* rawatan anti-penuaan dalaman melalui penggunaan hormon bio identical (hormon yang serupa dengan hormon manusia yang diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan ) bagi menggantikan hormon yang telah berkurangan. Rawatan ini memerlukan pemantauan doktor dan ujian air liur untuk mengetahui paras hormon perlu dilakukan untuk mengetahui tahap hormon di dalam badan.

* gunakan krim pelindung matahari sekurang kurangan SPF 35-50 setiap hari untuk mengelakkan daripada pancaran matahari yang melampau.

* pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

*Amalkan pengambilan sayur dan buah buahan yang mengandungi pelbagai vitamin. Di samping itu, pengambilan vitamin A (dalam bentuk beta-karotin), C dan E melalui suplemen adalah digalakkan. PSsttt.. shaklee ada vitamin ini tau 🙂

* Gunakan set penjagaan muka yang mengandungi Vitamin A, C atau stem cell dan growth factor. Pastikan kulit muka tidak kering dan selalulah memakai krim pelembap muka.

vitamin untuk elakkan kulit menjadi kendur dan kedut ialah :-

 

set-kulit-cantik

ini pula testimoni cik puan yang dulu ada masalah jerawat, dan guna pelbagai produk kecantikan yang lain, tetapi tiada kesan.. Akhirnyaaaaa…….

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

 

 

ingin info lanjut mengenai produk ini? boleh hubungi kami segera.

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah 🙂

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO OSTEOPOROSIS

Osteoporosis mungkin tidak dapat dielakkan oleh kita sekiranya umur semakin lanjut. Ia berkaitan cara pemakanan dan bagaimana mengurangkan risiko osteoporosis sejak dari mula lagi. Kenapa kita perlu mengetahui bagaimana mengurangkan risiko osteoporosis ini?

sendi tidak sihat

ini kerana, mereka yang paling berisiko mendapat osteoporosis adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun ( wanita khususnya), mereka yang mempunyai berat badan yang rendah, merokok, mempunyai tabiat minum alkohol yang berlebihan dan mereka yang mempunyai sejarah patah tulang.

Terdapat dua cara untuk melindungi tulang kita dan mengurangkan risiko untuk mendapat osteoporosis iaitu melalui pemakana dan senaman. Tahukah kita, kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008 mendapati bahawa kadar pengambilan kalsium dikalangan rakyat Malaysia adalah di bawah 50% daripada saranan pengambilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 2005.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO OSTEOPOROSIS

1) Dapatkan kalsium yang cukup setiap hari. – tulang diperbuat daripada kalsium. Cara terbaik untuk mencegah osteoporosis adalah dengan mendapatkan kalsium yang cukup dalam diet kita pada setiap hari. Kita boleh mendapatkannya melalui makanan atau minuman atau pil kalsium. Purata orang dewasa lelaki memerlukan 1000mg-1200mg setiap hari. Manakala wanita dewasa memerlukan 1000mg-1200mg juga.

2) Dapatkan vitamin D yang cukup setiap hari.– Mendapatkan Vitamin D yang cukup akan membantu badan kita menyerap kalsium yang mencukupi. Kita boleh mendapatkan Vitamin D melalui cahaya matahari dan makanan. Kita perlu 10 hingga 15 minit cahaya matahari sehari ( merangkumi tangan, muka, lengan ) 2 hingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan cahaya matahari.

3) Makan makanan yang sihat – Nutrien lain, seperti Vitamin A, Vitamin C, magnesium dan zink serta protein juga berperanan dalam membantu membina tulang yang kuat. Nutrien yang berkhasiat ini bukan saja boleh didapati daripada susu tetapi juga daripada daging tanpa lemak, ikan, sayur sayuran berdaun hijau dan oren serta buah buahan daripada pelbagai warna.

4) Bergerak – menjadi aktif dapat membantu tulang kita dengan melambatkan proses kerapuhan tulang, meningkatkan kekuatan otot, membantu keseimbangan badan kita. Melakukan aktiviti fizikal yang menanggung berat seperti berjalan , menari, berlari, memanjat tanga, berkebun atau sebagainya lebih baik

5) Berhenti mengambil alkohol dan merokok– pengambilan alkohol akan menghalang penyerapan kalsium di dalam badan manakala merokok merosakkan tulang dan merendahkan kandungan hormon estrogen dalam badan. Estrogen adalah hormon yang diperlukan untuk membantu melambatkan proses pereputan tulang.

6) kurangkan pengambilan kafien – buang ketagihan anda terhadap minuman berkafein. ini kerana kafien akan menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan anda. Usah terpedaya dengan sebarang produk minuman kafien yang menyatakan kandungannya tinggi kalsium

7) Pastikan rumah anda selamat – kurangkn risiko daripada terjatuh dengan menjadikan keadaan rumah selamat dan selesa. Contohnya menggunakan lapik getah di bilik air untuk mengelakkan kelicinan.

tahukah anda?

ostematrik

inginkan maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini secara COD, kami adalah pengedar shaklee di Kota Tinggi juga pengedar shaklee di Taman Pasak Indah dan sekitarnya :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

Kebiasaanya, bila kita hamil, kita akan mula diberikan suplemen oleh pihak klinik atau hospital. Ia adalah suplemen untuk ibu hamil yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan secara asasnya. Ada juga klinik klinik pakar atau klinik swasta yang menawarkan suplemen tambahan yang lain untuk ibu hamil ini. Apa jua suplemen yang diberikan kepada ibu hamil ini, kita perlulah mengetahui apa fungsi dan manfaat suplemen untuk ibu hamil berkenaan.

suplemen untuk ibu hamil yang perlu diberi perhatian ialah : Asid Folik, Kalsium, Zat Besi, Iodin, Zink, Vitamin C dan Omega 3 DHA.

ASID FOLIK

– kita perlu terus mengambil asid folik sekurang kurangnya untuk 12 minggu pertama semasa kehamilan untuk pembentukan saraf tunjang bayi. ( eh, B complex Shaklee lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik tau)

kepentingan b complex

KALSIUM

– kalsium bersama Vitamin D dan magnesium ( eh? macam ostematrik shaklee lah) adalah untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi anda. Makanan yang kaya kalsium ialah yogurt, keju dan salmon. Vitamin D membantu badan menyerap kalsium dan boleh didapati ada minyak ikan dan produk tenusu. Idea mengambil suplemen yang mengandungi Vitamin D juga boleh digunakan ——–>>>>> amik ostematrik shaklee je. lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D!!!

ostematrix

ZAT BESI

-apabila anda bercadang untuk hamil, 10 hingga 15 peratus dari anda berpotensi menghadapi masalah anemia iaitu kekurangan zat besi. Ketika ini, baru anda sedar bahawa ia penting dalam diet anda. Anda perlu zat besi semasa hamil kerana perkembangan fetus dan plasenta adalah bergantung pada anda. Jadi tingkatkan zat besi dalam diet anda atau anda akan berasa penat jika ia berkurangan. ( eh, zat besi tu iron kan? Shaklee ada Vitalea with Iron.…banyak dah testimoni pengambilan Vitalea ini boleh naikkan HB darah semasa kehamilan berlaku.

vita-lea

ZINK

-teruskan mengambil makanan yang mengandungi nutrien zink untuk penghasilan DNA bayi anda. Cuma elak makan kerang, terutama kerang mentah kerana ianya terdedah kepada bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

VITAMIN C

– amat penting sekali untuk anda memastikan sistem imun anda berada pada tahap yang sangat baik semasa kehamilan berlaku. Ini adalah untuk memastikan bayi dalam kandungan anda sihat dan anda juga kekal sihat dan cergas.

vita-c

OMEGA 3 DHA

– DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan bahagian yang paling tinggi kandungan DHA. Malah pengambilan Omega -3 yang tinggi semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko bayi menghadapi alergi kepada makanan selepas kelahiran nanti.

024-omega

ini adalah suplemen untuk ibu hamil yang penting dan sewajarnya diambil perhatian oleh ibu ibu hamil dan pasangan.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

 

 

inginkan maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini secara COD, kami adalah pengedar shaklee di Kota Tinggi juga pengedar shaklee di Taman Pasak Indah dan sekitarnya 🙂

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

1 2 3 4 5 23