CARA HILANGKAN SAKIT SENDI DAN LUTUT

Mak selalu mengeluh dia kerap sakit tapak kaki,sakit lutut dan sakit pinggang. Faktor umur katanya. Nak sujud masa solat pun sakit. macam macam petua mak buat untuk cari cara hilangkan sakit sendi dan lututnya. Tapi kebanyakkannya hanya beri kesan yang sekejap saja. Jadi mak tanya saya cara hilangkan sakit sendi dan lutut yang sesuai untuknya.

Image result for cara atasi sakit sendi

credit : Mr google

KENAPA SAKIT SENDI INI BERLAKU?

Sakit sendi yang juga dikenali sebagai penyakit Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
    atau sebab-sebab lain

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

~ Osteoarthritis (OA)
~ Arthritis rheumatoid
~ Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
~ Gout

Image result for OSTEOARTHRITIS(OA)

 

OSTEOARTHRITIS(OA)

Jenis yang paling lazim dihidapi oleh sesiapa saja yang mana ia berlaku disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan sepanjang hari.Ia lebih kerap berlaku di kalangan warga tua dan mereka yang bekerja menglibatkan pergerakan yang lebih banyak setiap hari.

Bagi mereka yang mengalami sakit sendi jenis Osteoarthritis ini, ia akan :-
* Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
* Menjadi lebih sakit di penghujung hari

 

Image result for RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Penyakit ini pula, lebih kerap dihidapi kaum wanita .Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Malahan, ia lebih mudah menyerang pada bila bila masa.

Ia akan menjadi  lebih teruk kerana boleh menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi.
Kekejangan ini boleh mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi.

Sendi-sendi yang biasa terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

  • Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
  • Anda selalunya demam dan menggigil
  • Selalunya menyerang satu sendi sahaja

 

Image result for gout

GOUT

( klik juga : kenali gout )

Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi  dan biasanya menyerang kaum lelaki di pertengahan umur. Ia juga kebiasaannya menyerang pangkal ibu jari kaki.

jadi, jom teruskan pembacaan anda untuk mengetahui bagaimana cara hilangkan sakit sendi dan lutut supaya ia tidak akan memudaratkan anda dengan lebih teruk lagi.

 

BAGAIMANA CARA HILANGKAN SAKIT SENDI DAN LUTUT INI?

saya kongsikan dengan pembaca semua, langkah langkah atau cara untuk hilangkan sakit sendi dan lutut ini. saya ambil artikel ini dari http://hpd.moh.gov.my. anda juga boleh rujuk ke website berkenaan.

ok, antara langkah langkah yang dicadangkan kepada semua atau pesakit ialah :-

  • Kurangkan berat badan
  • Senaman sendi
  • Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.
  • Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.
  • Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya
* Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
* Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
* Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
* Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.
* Penahan Sakit

 

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu. Oleh itu :-

  • Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
  • Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
  • Seimbangkan rehat dan aktiviti
  • Pembedahan

jadi, saya nasihatkan kepada semua dan pesakit untuk ingat perkara di bawah ini bagi mengelakkan sakit sendi dan lutut anda berulang kembali atau ianya akan menjadi lebih teruk.

  1. Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi
  2. Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi.
  3. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan
  4. Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout
  5. Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.
  6. Bersikap positif
  7. Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.

 

 

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop

 

kami merupakan pengedar Shaklee Kota tinggi serta felda felda berhampiran. Penghantaran ke felda air tawar 4, felda air tawar 5, felda Semenchu juga di lakukan pada waktu waktu tertentu.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge