VITAMIN UNTUK CEGAH BATU KARANG

Anda pernah dengar Batu Karang? ia selalu di kaitkan dengan air kencing bermasalah. Batu karang atau istilah perubatannya ” nephrolothiasis/renal calculi” merujuk keadaan di mana wujud sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing.  Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urerta berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir daripada tubuh. Pembentukan batu biasanya mula terbentuk di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit merasa yang teramat sangat.

 

Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium. Air kencing yang pekat akan menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal lalu bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

batu-karang1

 

GEJALA BATU KARANG :-

* Menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut atau pada bahagian belakang dan sisi di bawah tulang rusuk

* saluran kencing tersekat jika batu karang besar

* pedih ketika kencing

* kerap rasa loya

* sakit pinggang yang teramat sangat

* kencing berdarah

* air kencing keruh dan berbau busuk

 

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 

1) keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan antara faktor berlakunya masalah batu karang

2) individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi sebab aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

 

 

 

order  now