SERIK NAK BERSALIN LAGI

Astagfirullah….apasal orang perempuan sekarang ni. anak tu kan anugerah Allah. Jangan pertikaikan rezeki yang Allah bagi. Serik nak bersalin lagi pula. alah..tu kejap je tu cakap serik..lepas dah hilang sakit masa bersalin tu, pasti nak bersalin lagi.. he he he…

korang nak tak tengok video atau pengakuan dari seorang yang dulunya pun selalu cakap “aku serik nak bersalin lagi”. eh? kenapa pulak? apa ceritanya sampai dia tak nak bersalin lagi? Mesti ada sebab yang kita tak tahu kan?

jom tengok video dari “dia” yang serik nak bersalin lagi ni.

 

hah? apa pandangan anda?

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK IBU DALAM PANTANG

bismillah

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan semasa berpantang.  Kebanyakan ibu moden zaman sekarang tidak mengendahkan aspek pemakanan seimbang ini. iyerlah..moden pun namanya kan….tapi perlu diambil berat dan di ambil perhatian oleh ibu ibu yang akan berpantang, sedang berpantang . semasa proses kehamilan, ibu mengalami kecelaruan keseimbangan hormon. mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.  Apatah lagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga bagus untuk memastikan pengeluaran susu badan berjalan dengan lancar.

 

PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG

1. Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur sayuran, buah buahan dan lemak.

2. memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat komples iaitu nasi, mi, bijirin dan roti.

3. Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, soya, tempe dan kekacang iaitu tiga hidangan sehari dan tiga hingga empat hidangan susu sehari.  Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.

4. banyakkan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran iaitu tiga hingga lima hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin  C dan asid folik yang penting unuk ketahanan badan dan tumbesaran bayi.

5. pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan dari penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan.

6. ibu menyusukan dengan susu ibu boleh mengambil saiz makanan yang sama sewaktu hamil pada trimester ke tiga tetapi hendaklah meningkatkan pengambilan susu kepada tiga hingga empat gelas sehari. Walaupun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu dipengaruhi oleh pengambilan kalsium ibu, dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi.  kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menopaus.

7. PAstikan ibu mengambil air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.

8. Pengambilan kalori yang mencukupi di samping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu dan oren serta sayur sayuran hijau boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

9. makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas.

sumber : majalah Pa & MA 2014.

 

**** saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor.. sekiranya anda berada di kawasan berhampiran, anda boleh mendapatkannya secara terus dengan saya. hubungi saya segera di talian 013-7374958 atau like pages saya Damia Pit Shop.

**** bagi mereka berada di sekitar felda Semenchu, Air TAwar 4, 5, Teluk Sengat, Sungai Mas, Bandar Mas dan sekitarnya, boleh hubungi Puan Siti Aminah/En SAleh di talian 019-7420921/013-7265837.