TANDA TANDA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI

Hipertensi!! macam tension je bunyi nya. Hipertensi atau lebih dikenali dengan penyakit tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang dihidapi oleh hampir 1 bilion orang di seluruh dunia yang mana 2/3 daripadanya adalah dari negara negara membangun. Malahan, dianggarkan 60.60% rakyat di Malaysia tidak mengetahui yang mereka menghidap penyakit Hipertensi!!. adakah mereka tidak sedar yang mereka mempunyai tanda tanda penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi pada diri mereka sendiri???

 

StressFree1

 

APAKAH TANDA TANDA PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI INI?

walaupun penyakit tekanan darah tinggi ini biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala yang teruk, tetapi ia boleh menimbulkan tanda tanda seperti berikut :-

  • sakit kepala pada awal pagi
  • hidung berdarah
  • degupan jantung tidak teratur
  • telinga kerap berdengung
  • keletihan
  • loya
  • muntah muntah
  • kekeliruan
  • keresahan
  • sakit dada
  • otot menggeletar

jika pesakit tidak menjaga kesihatan, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius kepada kesihatan. Ia boleh mengeraskan arteri, mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung. Akibatnya :-

* pesakit akan merasa sakit dada, juga dikenali sebagai angina

* kegagalan jantung, apabila jantung tidak dapat mngepam darah dan oksigen yang mencukupi ke organ organ lain

* serangan jantung, apabila bekalan darah ke jantung tersumbat dan sel sel jantung mati akibat kekurangan oksigen. Semakin lama aliran darah yang tersumbat, lebih besar kerosakan yang berhubung dengan jantung

* strok akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen ke otak sama ada berpunca daripada saluran darah yang pecah atau saluran darah yang tersumbat.

 

 

oleh itu, kenali perubahan dalam tubuh badan anda untuk mengelakkan anda menghidapi penyakit yang akan mendatangkan masalah yang lebih serius pada kesihatan anda 🙂

 

sumber rujukan : Majalah I sihat.

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013 7374958 / 013 7065 178

fanpages : Damia Pit Shop