CARA MENGIRA KADAR DENYUTAN JANTUNG ANDA

Anda tahu bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung sendiri? saya rasa ia satu ilmu yang kita sendiri dan keluarga perlu tahu supaya kita lebih “alert” dengan kesihatan jantung sendiri. Jadi saya nak berkongsi pada semua bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda dan anda boleh sampaikan pada ahli keluarga atau kawan kawan lain.

ehsan google

seperti gambar di atas ini ,:-

SYS – atau nama ialah systolic adalah merupakan bacaan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari tekanan jantung. Bacaan nya seperti ini :-

120 ke bawah – ia adalah NORMAL

121 ke 139 – ia adalah tanda awal anda ada hipertensi ( tekanan                                                          darah yang tinggi)

140 ke 159 dan ke atas – tekanan darah anda terlalu tinggi.

 

DIA – atau namanya diastolic merupakan tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam. Bacaanya pula :-

80 ke bawah – ia adalah normal

80 ke 89 – ia adalah tanda awal anda ada tekanan

90 ke 99 ke atas – anda mempuyai tekanan darah yang terlalu tinggi.

Read more

TIPS UNTUK BADAN KEKAL BERTENAGA SEMASA BULAN PUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap ” bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya”. hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.


BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 – 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

Read more