KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX

bismillah

 

hari ni saya nak kenalkan semua dengan B COMPLEX..Saya nak kita tahu apa kepentingan Vitamin B Complex ini pada semua dan kenapa B Compleks ini sangat penting pada kita.  Sesetengah orang tidak pernah memikirkan kepentingan Vitamin B Complex dalam seharian mereka. malahan mereka dimomokkan dengan mengatakan jika ambil B complex, kita akan cepat gemuk. Maka ramai yang mengenepikan pengambilan vitamin ini tanpa mengetahui kepentingan Vitamin B Complex.

jom, kita sama sama fahami dan kenali kepentingan Vitamin B Complex ini dalam kehidupan seharian kita yang mana ia bukan saja penting untuk kanak kanak, orang dewasa malahan ia sangat penting bagi ibu yang mengandung.

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk kesihatan.  Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex. Vitamin ini adalah gabungan dari beberaa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada :-

– B1 (THIAMIN)

– B2 ( RIBOFLOVIN )

– B3 ( NIACIN )

– B5

– B6 ( PYRIDOXINE )

-B12 (COBALAMINE )

– ACID FOLIC

– ASID PANTHOTHENIC

– BIOTIN

 

kepentingan b complex

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi yang khusus.  Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia. Kekurangan vitamin B complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.  Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan Vitamin B Complezx juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang kosentrasi dan mudah tersinggung.

 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX ;-

  1. menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. mengelakkan penyakit beri beri
  3. meransang pertumbuhan ada kanak kanak
  4. diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  5. penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
  6. mencegah stress
  7. menguatkan antibodi tubuh
  8. amat penting untuk aktiviti sel genetik
  9. diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  10. diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel sel darah merah
  11. mencegah anemia

 

jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai produk ini, anda boleh menghubungi saya dan jika anda berada di sekitar kota tinggi, saya merupakan pengedar shaklee kota tinggi, johor. selain saya, anda juga boleh menghubungi rakan biz saya yang juga merupakan pengedar shaklee kota tinggi, johor.

 

NAMA : SITI NORIZA BINTI SALEH

NO. TELL  ; 013-7374958

email : sitinorizasaleh@gmail.com

fb personal : siti noriza binti saleh 

 

atau hubungi :_

NAMA : RUHANAH BINTI JAWAHIR

NO TELL : 012-7639283

fb personal : UMIE HANA

KAWASAN : BANDAR KOTA TINGGI DAN SEKITARNYA

 

atau hubungi :-

NAMA : SITI MASTURA SAKIMIN

NO TELL : 017-7875465

FB : SHII MASUTSURA

KAWASAN : FELDA AIR TAWAR 1 DAN SEKITARNYA

 

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK IBU DALAM PANTANG

bismillah

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan semasa berpantang.  Kebanyakan ibu moden zaman sekarang tidak mengendahkan aspek pemakanan seimbang ini. iyerlah..moden pun namanya kan….tapi perlu diambil berat dan di ambil perhatian oleh ibu ibu yang akan berpantang, sedang berpantang . semasa proses kehamilan, ibu mengalami kecelaruan keseimbangan hormon. mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal.  Apatah lagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga bagus untuk memastikan pengeluaran susu badan berjalan dengan lancar.

 

PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG

1. Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur sayuran, buah buahan dan lemak.

2. memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat komples iaitu nasi, mi, bijirin dan roti.

3. Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, soya, tempe dan kekacang iaitu tiga hidangan sehari dan tiga hingga empat hidangan susu sehari.  Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.

4. banyakkan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran iaitu tiga hingga lima hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin  C dan asid folik yang penting unuk ketahanan badan dan tumbesaran bayi.

5. pengambilan lemak dan gula berlebihan perlu dikurangkan untuk mengelakkan dari penambahan berat badan berlebihan dan menyebabkan kegemukan.

6. ibu menyusukan dengan susu ibu boleh mengambil saiz makanan yang sama sewaktu hamil pada trimester ke tiga tetapi hendaklah meningkatkan pengambilan susu kepada tiga hingga empat gelas sehari. Walaupun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu dipengaruhi oleh pengambilan kalsium ibu, dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi.  kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menopaus.

7. PAstikan ibu mengambil air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.

8. Pengambilan kalori yang mencukupi di samping protein tinggi seperti daging tanpa lemak, buah buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu dan oren serta sayur sayuran hijau boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

9. makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas.

sumber : majalah Pa & MA 2014.

 

**** saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor.. sekiranya anda berada di kawasan berhampiran, anda boleh mendapatkannya secara terus dengan saya. hubungi saya segera di talian 013-7374958 atau like pages saya Damia Pit Shop.

**** bagi mereka berada di sekitar felda Semenchu, Air TAwar 4, 5, Teluk Sengat, Sungai Mas, Bandar Mas dan sekitarnya, boleh hubungi Puan Siti Aminah/En SAleh di talian 019-7420921/013-7265837.

SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

download (1)

kehamilan adalah saat yang paling membahagiakan dalam hidup seorang wanita.  satu saat yang pasti ditunggu2 oleh mereka yang berkahwin. ia digelar penyatuan dua jiwa. oleh itu, mereka sangat menitik beratkan penjagaan semasa kehamilan agar anak yang dikandungnya akan sihat dan menjadi anak yang hebat.

menurut pakar farmasi, Faten Fareza, pengambilan vitamin pentind dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu.  Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripda biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. suplemen yang bersesuaian di awal kandungan ialah ASID FOLIK bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. ASID FOLIK juga turut disarankan diambil seawal 3 bulan pra kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain ASID FOLIK, MULTIVITAMIN lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah satu lagi suplemen PENTING semasa tmpoh kehamilan.

katanya lagi, mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambah keberkesanan penyerapan dan fungsinya,. Multivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumbr nutrisi yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh anda dan membatu tumbesaran bayi dalm kandungan. ibu yang hamil melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi. Justeru itu, pengambilan multivitamin atau suplemen hanya sebagai pelengkap keapda diet seimbang yang sangat penting semasa kehamilan berlaku.

SUPLEMEN APA YANG TERBAIK SEMASA KEHAMILAN ?

1) OMEGA 3, OMEGA 6, DHA DAN EPA ( MINYAK IKAN )

– ia adalah untuk meransang minda dan pertumbuhan anak. selain menjadikan anak seorang yang bijak dan hebat. MInyak ikan merupakan sumber yang terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. badan kita tidak menghasilkan asid lemak dengan sendirinya dan hanya boleh diperolehi dari sumber makanan.

– Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

2)MULTIVITAMIN

3) ASID FOLIK

– Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

4) ZAT BESI

– Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

5) KALSIUM

 

KEKAL CANTIK SELEPAS BERSALIN

download (1)

 

Setiap wanita hamil bahagia mengandungkan anak-anak mereka. tetapi satu kegusaran yang selalu mengganggu adalah bagaimana pula bentuk badan selepas bersalin nanti.  Kebanyakan wanita terutamanya mereka yang hamil buat pertama kali akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai penurunan berat badan selepas kelahiran.

Ketika berpantang, kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami gangguan emosi. Jika diabaikan, ia boleh membawa kepada masalah meroyan. Selain ingin kembali langsing, kesihatan dalaman tidak boleh dipandang ringan. Beberapa cara lama berpantang adalah seperti melalui proses berurut, berbenkung, bertungku, berpilis dan sebagainya.  Selalunya tempoh berpantang mengambil masa sehingga 40-44 hari.

APA PERLU ANDA BUAT?

1) BERBENGKUNG

– menguatkan kulit kendur pada kawasan perut.

– menghilangkan parut atau tompok hitam pada perut (perkara normal selepas melahirkan anak?

– merangsang aliran darah ke kulit di sekitar bahagian perut

-walaupun begitu, ibu bersalin secara pembedahan dilarang untuk menggunakan herba. Bengkung harus dipakai begitu sahaja.

 

2) BERTUNGKU

– mengeluarkan darah beku dalam badan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan seseorang wanita jika kekal di dalam tubuh.

– bertujuan untuk mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh.

– bertungku pada bahagian punggung dan paha untuk proses pemecahan lemak.

– melegakan lenguh kaki akibat kontraksi yang lama sebelum melahirkan anak.

 

3) PILIS

– bertindak mengelakkan rasa mengantuk dan keletihan bagi ibu bersalin

– membantu darah untuk mengalir dengan lebih baik dan menggebukan kulit wajah.

– menyejukkan dahi dan mengelakkan serangan sakit kepala

 

4) PARAM

– menghangatkan tubuh dan melancarkan aliran darah

– mengurangkan aliran air dalam badan

– melegakan otot-otot yang keletihan dan menguatkan tisu dalaman tubuh

– membuang angin berlebihan dalam badan

– merawat masalah kulit yang tidak keterlaluan kerana ia bersifat antibakteria.

 

##sumber rujukan : MAJALAH RAPI

 

saya adalah pengedar shaklee di kota tinggi, johor . jika anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee secara COD, anda boleh hubungi saya di 013-7374958 atau email : admin@damiapitshop.com

PENGHANTARAN SECARA POS LAJU/KURIER SERVIS KE SELURUH MALAYSIA

MANFAAT OMEGA 3 DAN KAITANNYA DENGAN OMEGA GUARD

download (1)

 

Boleh dikatakan ikan adalah lauk yang paling menyihatkan berbanding lauk pauk yang lain.  Ini kerana ikan tinggi protein dan merupakan sumber Omega-3 yang baik.  Para penyelidik di seluruh dunia mendapati, makan ikan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali atau dia kali seminggu dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit daripada lelah di kalangan kanak-kanak hinggalah kanser prostat.

Kajian dan penyelidikan mendapati, minyak ikan Omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan.  Omega-3 yang terbaik datangnya daripada sumber Omega-3 yang asli daripada ikan merupakan sumber terkaya dan terbaik EPA, DHA dan DPA iaitu jenis asid lemak Omega-3.

024-omega

MANFAAT KESIHATAN

menjadikan ikan sebagai salah satu diet amat bermanfaat untuk kesihatan.  Pengambilan ikan secara kerap dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan.  Antaranya :-

*ASMA- kanak-kanak yang suka makan ikan jarang mendapat asma

* PENYAKIT JANTUNG- makan ikan setiap minggu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Ia mengurangkan pembekuan darah dan inflamasi, memperbaiki keanjalan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan lemak darah dan menggalakkan kolesterol baik. Asid lemak Omega-3 dapat memecahkan darah beku sebelum ia menjadi lebih mudarat.

*OTAK DAN MATA – ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 menyumbang kepada kesihatan tisu otak dan retina mata.  Malah wanita hamil atau ibu yang menyusu yang mengambil Omega 3 memberi impak terhadap kecerdikan da keriangan bayi.

* PENGLIHATAN – kanak-kanak yang menyusu ibu yang suka makan ikan memounyai penglihatan yang lebih baik, mungkin kerana asid lemak Omega 3 masuk ke susu ibu

* KENCING MANIS – pengambilan ikan oleh pesakit kencing manis dapat melaraskan paras gula darah

* DEMENSIA – warga tua yang makan ikan atau makanan laut sekali seminggu kurang berisiko menjadi nyanyuk termasuk alzheimer

* OSTEOPOROSIS- pengambilan minyak ikan yang tinggi dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Ia amat membantu wanita lanjut usia selepas menopaus.

* KANSER – Omega 3 daripada minyak ikan dapat membantu mencegah tiga jenis kanser yang paling kerap menyerang iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser prostat. MInyak ikan Omega 3 menghentikan pembentukan sel kanser.

artikel dari : Majalah Anis

 

order  now

MINGGU PERTAMA – MINGGU KEEMPAT

Sepanjang kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat, Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjag minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda.
SPERMA
– Purata pancutan air mani dari lelaki adalah sekitar 60 juta sehingga 150 juta benih. Sekiranyer kurang daripada 40 juta, lelaki tersebut menghadapi masalah kesuburan. Dan ini menyukarkan pasangannya untuk mengandung.
OVUM
– Ovum berada dalam tiub fallopio seorang wanita. Ovum ini tidak bergerak terlalu aktif kecuali disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot tiub Fallopio.
MINGGU PERTAMA
– Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
 
MINGGU KEDUA
– Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.
 
MINGGU KETIGA
– Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm, Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
MINGGU KEEMPAT
– Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantung mengepam darah ke paru-paru dan aorta ( urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

10 MAKANAN BERKHASIAT BG IBU HAMIL

10 makanan berkhasiat bagi ibu-ibu yang hamil:-

* Roti gandum tulen adalah penyediaan bagi memberi tenaga untuk jangka masa pajang kerana ia dipenuhi serat, kanji, kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.
* Buah-buahan samada segar atau di dalam tin mengandungi serat dan lebih vitamin termasuklah vitamin C, mineral dan anti oksida.
* Makanan segar seperti mentega, susu dan yogurt dipenuhi kalsium, protein dan beberapa vitamin. ada sesetengah yang tinggi lemak. Oleh iu, beri perhatian pada jenis yang rendah lemak.
* Kehijauan, dedaun yang segar atau sayuran sejuk dipenuhi dengan vitamin C, serta dan asid folik.
* Ubi kentang memberi tenaga berpanjangan dipenuhi dengan kanji, serat, zat besi, kalsium dan vitamin B. Ia juga adalah sumber utama karbohidrat.
* Daging merah yang tidak berlemak, ayam serta itik mempunyai protein, zat besi, vitamin dan mineral. Masak dengan menggunakan sedikit minyak dan juga garam.
* Buah-buahan yang kering seperti aprikot mengandungi zat besi, serat, vitamin C dan vitamin lain serta mineral.
* Ikan merupakan sumber protein yang rendah lemak dan tinggi zat besi. Cuba campurkannya dengan omega-3 yang kaya dengan minyak ikan seperti tuna, ikan air tawar, salmon atau sardin pada setiap minggu.
* Kedua-dua gandum pasta dan gandum memberi tenaga berpanjangan sama seperti serat.
* Bijirin dan kekacang adalah sumber terbaik protein dan serat. Pembelian pelbagai makanan di dalam tin menyelamatkan anda dari pembaziran.
Sumber dari : majalah mami & baby ( Disember 2009 )

1 2