TIPS BIJAK MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

kali ni saya nak berkongsi tips bijak mendidik anak dengan berkesan ( Insya Allah ). saya nak ringkaskan dari artikel yang saya baca di majalah Pa & Ma di ruangan “Eksklusif”.

 

TIPS BIJAK  MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

  1. Nama panggilan yang baik. Berikan nama anak dengan makna yang elok elok. Kekadang ada nama anak yang sedap dipanggil, tapi bila diselidiki ia tidak membawa apa apa makna atau pun ia membawa makna  yang tidak elok yang mana ia akan memberi kesan kepada peribadi anak itu sendiri.
30889946_m_by_yana8nurel6bdkbaik-d64u4ds

kredit to : http://www.deviantart.com/

2. Berikan pelukan setiap hari kepada anak anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Hah!!! jangan ingat anak dipeluk hanya time dia menangis je tau.

3. Pandanglah anak anak dengan pandangan KASIH SAYANG. kenapa? ia membuatkan anak anak lebh yakin dengan diri mereka.

4. Berikan penghargaan pada anak anak. Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau sekurang kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang anak anak lakukan. mereka pasti gembira dan yakin jika mereka buat yang baik, ibu bapa akan menghargai mereka.

5. Terima seadanya anak anak kita. Jangan mengharapkan anak anak yang belum matang melakukan perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat kesilapan. kita yang dewasa ini pun selalu juga membuat kesilapan ( tak serik serik!)

6. Jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak anak merasa diri mereka merupakan beban kepada kita.

7. Dengar apa yang anak anak ingin sampaikan pada kita. Tunggu sehingga mereka habis bercerita dan kemudian barulah kita bercakap. Ini akan mendidik anak kita tentang giliran untuk bercakap dan mengajar mereka untuk bersabar.

8. Tenangkan anak. Jika setiap kali mereka melakukan kesalahan, tenangkan diri mereka. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh kita.

9. Tunjukkan pada anak anak bagaimana cara untuk menenangkan diri. Pasti mereka akan belajar dari kita.

10. Luangkanlah masa bersama. Peganglah tangan anak anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka akan merasa yang mereka juga penting dalam kehidupan keluarga.

 

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 

TENANGKAN BAYI YANG MERAGAM

Sebagai ibu bapa, tentunya kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita. Pada usia setahun pertama bayi, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang penting. Kita membantu bayi menyesuaikan perubahan daripada alam rahim ke dunia luar. Menangis atau meragam? Pasti buat kita terfikir bagaimana tenangkan bayi yang meragam dengan mudah dan buat kita sendiri tidak tertekan.

bayi meragam

 

Menangis atau meragam adalah perkara yang normal bagi bayi kecil. Bayi akan kerap menangis dan meragam apabila mereka rasa tidak selesa. tangisan si manja ini menunjukan kemungkinan dia tidak selesa kerana beberapa faktor utama yang kita perlu lihat :-

* bayi kembung perut

* kegatalan pada kulit

* Lapar

* Selsema, demam atau hidung tersumbat

* Letih dan mengantuk

* Tidak dapat tidur lena

* Lampin basah/geli dengan najis sendiri

* persekitaran yang bising

 

Jadi, Bagaimana kita ingin tenangkan bayi yang meragam dan kerap menangis ini? Saya nak kongsi caranya sebagai panduan kita bersama sebagai ibu bapa. Caranya senang saja. Nampak simple dan senang, tetapi itulah apa yang bayi kita perlukan 🙂

1) Pada kebanyakan keadaan, bayi akan menangis apabila lapar. Langkah pertama, berikan air atau kita susukan dia.

2) periksa perut bayi. Jika kembung atau perut bayi agak keras, boleh sapukan minyak bayi atau minyak telon supaya angin di dalam perut bayi akan keluar dan ini akan buat bayi selesa

3) Lihat juga jika terdapat kelainan pada tubuh badannya. Jika terdapat kegatalan hasil daripada gigitan serangga, maka sapulah krim khas untuk bayi

4) periksa suhu badan bayi dengan menyentuh dahinya. Sediakn juga termometer untuk sentiasa memantau suhu badan bayi. Suhu melebihi 37 darjah celsius menandakan bayi kita demam. Dapatkan rawatan yang sewajarnya 🙂

5) Jauhkan bayi dari pendingin hawa atau kipas sekiranya hidung dia tersumbat. Sapukan krim berubat yang boleh melegakannya.

6) jauhkan bayi dari bunyi bising supaya bayi mudah untuk berehat dan mudah tidur lena.

Senang jekan?

sebagai ibu bapa, sifat kesabaran memang sangat perlu dan penting bila brhadapan dengan situasi bayi yang meragam dan kerap menangis 🙂

 

Nantikan artikel artikel berkaitan keibubapaan dalam website saya ini 🙂

 

Siti Noriza Saleh

013 – 7374 958

Pengedar Shaklee Kota Tinggi yang menghargai dunia keibubapaan 🙂

Tandem Nursing – Cara Untuk Menjayakannya

Bagi mereka yang ingin menjayakn tandem nursing, ianya adalah satu cabaran yang sangat kuat dan perlu ditempuhi oleh ibu dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi…

Ibu perlu menjaga diri dengan makan makanan yang berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan daptkan rehat yang secukupnya. Selain itu, ibu harus menjauhi minuman berkafien dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangya sekali.  Ia membantu ibu tidur lebih lama dan mudah terjaga di waktu malam.

Ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan si manja menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Ibu harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu menyakan tandem nursing.  Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah permata hati.  kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa bilangnnya.

antara langkah langkah penting yang perlu ibu tahu :-

1) AMAL PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
– Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil manakan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran , bijirin penuh dan produk tenusu.  Makanan diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi.  makanan ringan seharusnya dihadkan.  Juga jangan lupa minum lebih banyak air.

2)TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
– dalam beberapa hari pertama, ibu pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan.  setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

3) KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
– ibu boleh mengaplikasikan pelbagai posisi.  Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi cradle hold atau football hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring.  Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

4) BERTENANG
– Susukan bayi dalam keadaan tenang agar ana dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlansung.

5) MINTA TOLONG
– Mintalah pertolngan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂