BAGAIMANA MENGURUSKAN WANG GAJI KITA SETIAP BULAN?

Bagaimana kita menguruskan wang gaji atau pendapatan kita dalam sebulan? sebenar banyak je orang bagi tips tips berkenaan tabung tabung ini. DAO ( Dr Azizan Osman) pun ada share berkenaan ini. Tapi saya dapat info ini dari kawan saya Dilla Jalil berkenaan bagaimana menguruskan wang gaji kita setiap bulan. Eh, walaupun saya ni tidak bekerja, tapi dengan biz shaklee, setiap 15hb Shaklee akan masukkan bonus ( komisen ) hasil dari usaha bulan lepas ke bulan berikutnya. Hah, so kiranya itulah gaji saya kan? jadi, tips bagaimana saya menguruskan wang gaji setiap bulan?

 

tabung simpanan

hah, kena sangat dengan tips yang saya nak kongsikan ini. iaitu:-

TIPS 7 TABUNG SETIAP BULAN!!

 

apa? 7 tabung?? yang tabung kat umah ni pun tak penuh penuh, alih alih nak soh menabung untuk 7 tabung pulak. apa ni Puan????

sabar!! ni kan tips bagaimana menguruskan wang gaji kita setiap bulan. Bukannya hari hari. eh, tapi saya pun ada tips untuk uruskan wang hari hari. ha ha ha..itu tunggu entry lain pulak.

apa yang sampai 7 tabung tu?

TABUNG 1 – 45% dari gaji kita = KEPERLUAN SEHARIAN/BULANAN

  • macam, beli barang dapur, bayar bil api air, duit minyak, duit toll, duit beri kat isteri, beri kat ibu bapa. semua tu kita ambil dari tabung 1 ini.

TABUNG 2 – 10% dari gaji kita = SIMPANAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG 

* tabung ini jangan diusik sama sekali!! ala ala kita simpan then kita lupa yang kita ada simpanan. BETUL BETUL KECEMASAN, baru guna tabung ini. Bukan tabung shopping ye

TABUNG 3 – 10% dari gaji kita = SIMPANAN KEHENDAK KITA

* kenapa saya kata simpanan kehendak? ia boleh dikeluarkan apabila apa yang kita nak guna dari tabung 3 ini telah tercapai. contohnya , saya nak besarkan dapur dan anggaran kos dalam RM15,000. jadi, bila simpanan dalam tabung 3 ini sudah cukup, kita boleh keluarkan dan gunakannya khas untuk besarkan dapur tersebut.

TABUNG 4 – 10% dari gaji kita = PELAJARAN KITA DAN ANAK ANAK

* ala, dah tua tua pun nak belajar ke? contoh kita nak pergi kursus Instagram, atau kursus menulis blog, atau nak buat simpanan untuk anak anak, kita gunakan tabung ini. Jangan ambil dari tabung 1 iaitu keperluan. sebab, tabung 4 ini ala ala tabung untuk menjadikan kita naikkan value dalam diri sendiri.

TABUNG 5 – 10% dari gaji kita = REWARD DIRI DAN FAMILY

* contoh kita nak belanja anak anak makan, family makan, atau bwak mereka tidur di hotel, atau mana mana yang rasa ia menggembirakan hati kita atau family kita. habiskan tau tabung ni..rugi kalau tak habiskan, he he he

TABUNG 6 – 5% dari gaji kita = ZAKAT/WAKAF/DERMA

* siapa cakap tak perlu bayar zakat dan wakaf?? tabung ini adalah tabung khas untuk anda memberi dan memberi kepada mereka yang memerlukan.

TABUNG 7 – 10% dari gaji kita = HADIAH KEPADA IBU BAPA/MERTUA

* Tabung ini sangat sangat penting dan sangat sangat perlu oleh setiap orang!!! anda berikan lebih untuk mereka, Allah pasti ganti dengan yang lebih banyak lagi untuk anda.

 

hah, cukup kan 100% dari gaji kita. jom kita buat sama sama untuk gaji bulanan kita berdasarkan 7 tabung diatas.

andaikan, gaji saya RM2000.00

44% = RM 880 – belanja sebulan

10% = RM 200 – simpanan jangka panjang

10% = RM 200 – bayar deposit kereta

10% = RM 200 – rm50 untuk damia, rm50 untuk zafran, rm100 untuk saya ikut kelas online instagram

10% = RM 200 – makan nasi beriani dan belikan buku untuk Damia dan Zafran

5% = RM 100 – bayar zakat

10% = RM 200 – Mak saya dan mak mertua.

 

hah, nampak tak tips nya?? RM880 tuelah kita guna untuk beli barang dapur, bayar kereta dan sebagainya, opssss…anda boleh sesuaikan gaji anda dengan keperluan anda. kita kena pecahkan macamani supaya kita tahu sebenarnya kita lebihkan kehendak dari keperluan atau macamana? tepuk dada, tanya selera!!>

 

ini tips saya bagaimana saya menguruskan wang gaji saya setiap bulan.

 

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : sihat_dengan_vitamin

 

 

kami merupakan pengedar Shaklee Kota tinggi serta felda felda berhampiran. Penghantaran ke felda air tawar 4, felda air tawar 5, felda Semenchu juga di lakukan pada waktu waktu tertentu.