5 TIPS JAGA KECANTIKAN MATA

eh akak ni. tetiba nak kasi Tips Jaga Kecantikan Mata pula.. mata akak cantik ke?? Alhamdulillah, masih boleh nampak orang. he he he. Tapi panduan ni khas untuk mereka yang suka bermake up atau bersolek. Akak simple je. pakai bedak ngn lipstik sudah…

penjagaan kecantikan mata

penjagaan kecantikan mata

5 TIPS JAGA KECANTIKAN MATA

  1. Apabila anda memakai maskara, JANGAN rendahkan dagu kerana ia boleh menyebabkan maskara kita tu terkena pada kelopak mata.
  2. Usah pakai maskara pada bulu mata yang bawah. Ia akan menyebabkan terjadinya bayangan di bawah mata dan solekan kelihatan lebih gelap.
  3. Kalau kita nak penampilan lebih lembut, nampak ayuuu (konon), gunakan maskara berwarna coklat.
  4. Jaga mata kita dengan lembut kerana ia adalah bahagian wajah yang paling sensitif. Cuci dengan berhati hati dan jangan gosok dengan kasar.
  5. Gunakan jari manis untuk menyapukan pelembap atau concealer. Jari ini akan memberikan tekanan sedikit pada kulit.

ha, korang ikutlah tips jaga kecantikan mata ni. Penat akak taip semula dari Majalah Rapi tau, Khas untuk korang.

1 HARI, 1 TIPS!!

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 instagram : damia_pitshop

 

BAGAIMANA MENGATASI SILAU MATA

kekadang, ada yang risau bila kadar penglihatan semakin terbatas. Macam saya juga. Paling risau bila kena memandu sewaktu hujan atau malam. Saya mengalami silau mata yang teruk. Sehinggakan saya selesa memilih untuk tidak memandu bila malam. Saya selalu mencari bagaimana mengatasi silau mata saya ini untuk mengelakkan ia menjadi semakin teruk. Takkan tiap tiap tahun nak tukar cermin mata pula kan?

rabun mata, silau mata, katarak

Sebelum saya berkongsi cara bagaimana mengatasi silau mata ini, saya nak berkongsi bagaimana silau mata ini terjadi dan kepada siapa ia boleh terjadi.

 

APAKAH ITU SILAU MATA/RABUN SILAU?

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysiarabun silau/ silau mata atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.

Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.(saya hampir teruk, hu hu hu). Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

 

TANDA TANDA KITA MENGHIDAPI SILAU MATA/RABUN SILAU

tanda tanda kita adalah penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala atau tanda. Akan tetapi, tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:

  • Mata kabur pada sebarang jarak
  • Pandangan terherot
  • Mata letih
  • Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Sakit kepala
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata

 

anda ada tanda tanda ini?? hah, baik berhati hati dan mula jaga mata anda 🙂

 

BAGAIMANA MENGATASI SILAU MATA?

saya suka berkongsi ilmu yang saya ada pada pembaca semua. Dan saya juga suka berkongsi manfaat setiap produk yang Shaklee hasilkan.  Ya, setiap produk yang Shaklee hasilkan ada banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Kekadang, kita rasa sesuatu produk tu dikhususkan untuk sesuatu penyakit. Tapi bila kita dah ketahui manfaatnya yang lain, kita pasti teruja!!. Saya nak berkongsi produk yang membantu mengatasi silau mata yang boleh kita ambil dan rasai sendiri kesannya.

 

b complex untuk silau mata

B COMPLEX– di dalamnya mengandungi Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai Riboflavin yang mana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Malahan kandungan Vitamin B2 di dalam B complex ini ialah membantu mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, membantu meningkatkan kualiti penglihatan dan membantu meningkatkan daya tumpu seseorang.

carotomax

CARATOMAX – suplemen ini penuh dengan sumber prekursor Vitamin A yang mata ia sangat penting untuk mencegah rabun malam dan ia merupakan antioksidan yang kuat dan tinggi. membantu mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, katarak, silau mata dan sebagainya. Selain itu,ia mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata seperti Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Baguslah Beta carotene ini ialah ia membantu badan memperolehi vitamin A untuk kesihatan mata, kulit dan mengelakkan kanser. Tahu tak? Pengambilan Vitamin A yang berlebihan dan tinggi akan menyebabkan toksisiti? Ia tidak selamat untuk diri kita.

SR vitamin c 500mg

SR VITAMIN C 500mg – kenapa pula Vitamin C? 120mg Bioflavonoid yang ada dalam setiap tablet Sr Vitamin C  ini berfungsi membantu menyingkirkan toksin dalam kanta dan juga kornea mata.

024-omega

OMEGA GUARD – DHA di dalam minyak ikan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan juga retina. Ia membantu menyuburkan kesihatan retina dan memelihara penglihatan.

 

inilah dia, 4 produk yang sesuai untuk anda tahu bagaimana mengatasi silau mata. Saya mencuba kesemuanya ( kecuali caratomax ) dan Alhamdulillah, dah 2 tahun lebih power mata saya lebih stabil :).

anda inginkan kesemua suplemen ini?

 

Slide1

 

atau, boleh hubungi kami 🙂

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damia_pitshop

SUPPLEMEN UNTUK MATA

Saya ni jenis rabun jauh. Tapi rasanya macam makin teruk pulak rabun mata ni. Nak tengok tv pun kena tengok dekat dekat. Ish… makin risau pulak. Taknak lah pakai cermin mata yang power makin kuat. Nak buat lasik mata kena simpan duit. jadi, saya memilih untuk mencari suplemen untuk mata. Manalah tahu boleh membantu mengurangkan rabun mata saya ni hah.jom kita cari SUPLEMEN UNTUK MATA.

 

Cari cari suplemen untuk mata ni, saya baru teringat. Eh!, shaklee kan ada suplemen untuk mata juga. Kenapa saya nak cari suplemen untuk mata dari farmasi atau syarikat lain. ye tak? jadi setelah saya baca dan kenal pasti produk yang sesuai, akhirnya saya memilih untuk mencuba mengambil caratomax sebagai suplemen untuk mata saya. Jangan tanya saya apa kesannya. Sebab, hari ini ( 15/09/2015) adalah hari pertama saya mengambil caratomax ini sebagai alternatif mengurangkan masalah mata saya ni. Mana tau, dengan suplemen mata ini, ia beri satu perubahan pada permasalahan yang saya alami.

caratomax

KENALI CARATOMAX ( SUPLEMEN UNTUK MATA )

hah. nampk kecIl je kan? tapI kecil kecil cili api tau. sebab apa? sebab dari 1 botol yang kecil ini, banyak manfaat yang akan kita perolehinya. Tapi kali ni saya nak cerita apa kandungan yang ada dalam botol kecil ini.

Kenapa caratomax lebih dikenali sebagai Suplemen Untuk Mata? ini kerana, hampir kandungan yang digunakan untuk menghasilkan caratomax berkaitan dengan penglihatan. Secara asasnya, caratomax mengandungi 6 fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa. 6 fitokimia ini ialah :-

  • ALPHA CAROTENE – untuk memperbaiki penglihatan sewaktu malam, membantu mata menjadi lebih sihat, dan menghalang berlakunya degenerasi pada penglihatan.
  • BETA CAROTENE – tujuannya untuk memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • LYCOPENE – bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk membantu serviks kekal sihat, memperbaiki kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan risiko penyakit kelenjar prostat.
  • ASTAXANTHIN – melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.
  • LUTEIN – mengelakkan berlakunya katarak, glaukoma atau penyakit makular berkaitan umur
  • ZEAXANTHIN – melindungi mata, menuras cahaya, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

jadi, bila kesemua fitiokimia ini digabungkan, mata terhasillah suplemen untuk mata yang terbaik untuk anda!!.

 

untuk next entry, saya akan ceritakan apa pula kelebihan caratomax ini ( suplemen untuk mata ) hanya dengan 1 biji sehari.

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damia_pitshop