TIPS BIJAK MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

kali ni saya nak berkongsi tips bijak mendidik anak dengan berkesan ( Insya Allah ). saya nak ringkaskan dari artikel yang saya baca di majalah Pa & Ma di ruangan “Eksklusif”.

 

TIPS BIJAK  MENDIDIK ANAK DENGAN BERKESAN

  1. Nama panggilan yang baik. Berikan nama anak dengan makna yang elok elok. Kekadang ada nama anak yang sedap dipanggil, tapi bila diselidiki ia tidak membawa apa apa makna atau pun ia membawa makna  yang tidak elok yang mana ia akan memberi kesan kepada peribadi anak itu sendiri.
30889946_m_by_yana8nurel6bdkbaik-d64u4ds

kredit to : http://www.deviantart.com/

2. Berikan pelukan setiap hari kepada anak anak kita. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Hah!!! jangan ingat anak dipeluk hanya time dia menangis je tau.

3. Pandanglah anak anak dengan pandangan KASIH SAYANG. kenapa? ia membuatkan anak anak lebh yakin dengan diri mereka.

4. Berikan penghargaan pada anak anak. Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau sekurang kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang anak anak lakukan. mereka pasti gembira dan yakin jika mereka buat yang baik, ibu bapa akan menghargai mereka.

5. Terima seadanya anak anak kita. Jangan mengharapkan anak anak yang belum matang melakukan perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat kesilapan. kita yang dewasa ini pun selalu juga membuat kesilapan ( tak serik serik!)

6. Jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak anak merasa diri mereka merupakan beban kepada kita.

7. Dengar apa yang anak anak ingin sampaikan pada kita. Tunggu sehingga mereka habis bercerita dan kemudian barulah kita bercakap. Ini akan mendidik anak kita tentang giliran untuk bercakap dan mengajar mereka untuk bersabar.

8. Tenangkan anak. Jika setiap kali mereka melakukan kesalahan, tenangkan diri mereka. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh kita.

9. Tunjukkan pada anak anak bagaimana cara untuk menenangkan diri. Pasti mereka akan belajar dari kita.

10. Luangkanlah masa bersama. Peganglah tangan anak anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka akan merasa yang mereka juga penting dalam kehidupan keluarga.

 

 

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, dan pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

 

TENANGKAN BAYI YANG MERAGAM

Sebagai ibu bapa, tentunya kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita. Pada usia setahun pertama bayi, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang penting. Kita membantu bayi menyesuaikan perubahan daripada alam rahim ke dunia luar. Menangis atau meragam? Pasti buat kita terfikir bagaimana tenangkan bayi yang meragam dengan mudah dan buat kita sendiri tidak tertekan.

bayi meragam

 

Menangis atau meragam adalah perkara yang normal bagi bayi kecil. Bayi akan kerap menangis dan meragam apabila mereka rasa tidak selesa. tangisan si manja ini menunjukan kemungkinan dia tidak selesa kerana beberapa faktor utama yang kita perlu lihat :-

* bayi kembung perut

* kegatalan pada kulit

* Lapar

* Selsema, demam atau hidung tersumbat

* Letih dan mengantuk

* Tidak dapat tidur lena

* Lampin basah/geli dengan najis sendiri

* persekitaran yang bising

 

Jadi, Bagaimana kita ingin tenangkan bayi yang meragam dan kerap menangis ini? Saya nak kongsi caranya sebagai panduan kita bersama sebagai ibu bapa. Caranya senang saja. Nampak simple dan senang, tetapi itulah apa yang bayi kita perlukan 🙂

1) Pada kebanyakan keadaan, bayi akan menangis apabila lapar. Langkah pertama, berikan air atau kita susukan dia.

2) periksa perut bayi. Jika kembung atau perut bayi agak keras, boleh sapukan minyak bayi atau minyak telon supaya angin di dalam perut bayi akan keluar dan ini akan buat bayi selesa

3) Lihat juga jika terdapat kelainan pada tubuh badannya. Jika terdapat kegatalan hasil daripada gigitan serangga, maka sapulah krim khas untuk bayi

4) periksa suhu badan bayi dengan menyentuh dahinya. Sediakn juga termometer untuk sentiasa memantau suhu badan bayi. Suhu melebihi 37 darjah celsius menandakan bayi kita demam. Dapatkan rawatan yang sewajarnya 🙂

5) Jauhkan bayi dari pendingin hawa atau kipas sekiranya hidung dia tersumbat. Sapukan krim berubat yang boleh melegakannya.

6) jauhkan bayi dari bunyi bising supaya bayi mudah untuk berehat dan mudah tidur lena.

Senang jekan?

sebagai ibu bapa, sifat kesabaran memang sangat perlu dan penting bila brhadapan dengan situasi bayi yang meragam dan kerap menangis 🙂

 

Nantikan artikel artikel berkaitan keibubapaan dalam website saya ini 🙂

 

Siti Noriza Saleh

013 – 7374 958

Pengedar Shaklee Kota Tinggi yang menghargai dunia keibubapaan 🙂

HADIAH LUAR BIASA UNTUK HARI IBU

Hari Ibu datang lagi. Hari yang di sambut di seluruh dunia. Hari yang dikenali sebagai HARI IBU. Jatuh pada setiap bulan Mei pada minggu kedua.  Maka, bila ianya tiba, maka masing masing yang bergelar anak akan mula memikirkan apa hadiah yang paling istimewa untuk diberikan kepada ibu tersayang.  ada juga pihak pihak tertentu yang memikirkan pelbagai aktiviti yang membabitkan ibu dan anak. Ada yang membawa ibu mereka melancong ke luar negara, ada yang membawa ibu ke majlis makan makan yang dihadiri oleh artis atau idola ibu mereka. Malahan, ada yang berusaha merancang berbulan bulan untuk memberi kejutan pada ibu mereka. Tetapi, berlainan pula untuk mereka yang sudah kehilangan ibu tersayang. Perasaan rindu, sebak dan sedih pasti mengiring hari hari mereka dan ianya semakin terasa bila melihat kemesraan orang sekeliling bergembir dengan ibu ibu mereka. Apa pun jua keadaan, hari ibu pasti akan berlalu untuk hari ini dan ianya akan kembali semula pada tahun tahun mendatang.

hari,ibu,vivix,ostematrik,jointh health,omega,esp

kedua ibu bapa kesayangan saya

HADIAH YANG SESUAI UNTUK IBU

seperti orang lain yang menyambut Hari Ibu, saya juga menyambutnya setiap tahun. Walaupun pelbagai versi hukum mengenai sambutan ini, saya menganggapnya ia adalah satu hari di mana, kita meraikannya sebagai SEORANG IBU. Tak kisahlah samada saya menyambutnya secara buat majlis makan makan bersama adik beradik, atau meraikan ibu saya bersama makcik makcik saya di kampung atau saya sekadar memberinya hadiah. Malahan, ibu saya juga seolah olah menantikn hari Ibu ini.  Tetapi ramai yang bertanya, apa ek hadiah yang sesuai untuk ibu? Asyik asyik baju, bunga, kasut, handbag, tudung, sehingga ada sesetengah ibu yang bercakap “sudah sudahlah beli baju tudung semua ni. Penuh dah almari mak tu”… betul tak? kekadang juga sampai kita tak de idea nak belikan apa untuk mak kita ni.  Kena lak kt anak anak yang rajin sangat belikan hadiah untuk mak diaorang, Bukan hari Ibu pun, mereka tetap belikan hadiah.  Saya juga yang selalu dok pikir apa yang perlu saya berikan pada Ibu saya.  Kalau tanya, mesti dia jawab ” tak kisahlah uda. Ko belikan apa pun, mak amik  je”. Kan ? Kan ? Tapi, hasil carian saya di Google, saya mendapati, banyak idea idea menarik yang boleh kita berikan pada ibu kita selain hadiah yang biasa biasa seperti tudung, handbag, kasut, baju, alat solek dan sebagainya.  Jom kita sama sama lihat apa hadiah yang luar biasa boleh kita berikan pada ibu kita sempena Hari Ibu.

 

1) PERMOHONAN MAAF

– selalu time Hari Raya je kita minta maaf pada ibu kita kan? dan dalam Islam pun kita di galakkan memohon maaf pada ibu kita dengan cepat jika kita guriskan hati dia. Tapi, selalunya kita abaikan je perasaan ibu dengan beranggapan, ala, tunggu rayalah nanti minta maaf. Apakata, kalau hari hari biasa kita malu nak minta maaf dengan ibu kita, kita buat lak permohonan maaf ini pada hari Ibu lak. Kalau ibu kita maaf kan kita, pasti dosa kita terampun dan rasa bersalah kita pada ibu kita juga akan berkurangan. Kekadang, kita yakin kita tidak ada buat salah pada ibu kita, tetapi kita tidak tahu yang ibu kita rasa sakit hati dengan kita. So, manfaatkan hari Ibu ini untuk berbaik baik dan memohon maaf padaNya. Ingat, redha Allah tu terletak pada redha Ibu dan Ayah. Bahagia mereka, Insya Allah, pasti bahagia kita di dunia dan akhirat.

 

hari raya

hari raya

2) PAKEJ MENARIK UNTUK IBU

– salah satu hadiah untuk ibu, yang saya rasa sangat best adalah berikan pakej menarik untuk ibu kita. Saya pernah berikan pakej spa untuk ibu saya semasa saya membawanya check in di Hotel Royal Seremban.  Walaupun hanya satu jam setengah, berurut, facial, bersauna, ibu saya rasa gembira yang amat sangat. Nampak di air muka beliau yang beliau sukakan pakej spa macam tu dan bercakap secara berseloroh “uda, lain kali hantar mak kat sini lagi ye”. see? benda ni sesuatu yang memang ibu kita nak buat, bukan ibu je rasa nak buatkan, kita pun pasti ada keinginan untuk mencuba pakej spa ni. dengan suasana yang nyaman, diurut oleh mereka yang profesional, alunan muzik yang tenang, bau bauan yang menusuk ke kalbu pasti buatkan ibu dapat rehatkan diri dan minda buat seketika,  Tak semestinya pakej spa sajer, kita juga boleh berikan ibu pakej lain seperti berikannya rawatan rambut, rawatan kuku, atau pakej honeymoon !!!! wah!!!!…. pasti dia seronok!!.. melupakan suasana ni di rumah, fikirakn hal kerja, dan sebagainya yang kebiasaannya dia lakukan.

images

3) MENONTON FILEM ATAU DINNER BERSAMA PENYANYI/PELAKON/PENCERAMAH IDOLA

Ini untuk mereka yang budget besarlah.  Selalunya, ada syarikat syarikat korporat yang menganjurkan majlis makan malam sempenan hari Ibu bersama penyanyi pujaan ramai, seperti kawan saya Puan Shima yang membawa ibunya ke majlis makan malam bersama Jamal Abdillah!! bukan selalukan? tapi ianya pasti akan berikan kenangan manis buat ibu kita.  Kita juga boleh ajak ibu kita sama sama menonton wayang filem/hero kegemarannya.  Berikan dia sesuatu yang dia rasa, ohhh..dulu aku nak buat ni, tapi xde duit…oohhh..dulu aku nak jumpa sangat Jamal Abdillah, tak sangka lepas 50 tahun, aku dapat juga jumpa dia…  Percayalah…setahun dia akan bercerita pasal tu pada orang yang dijumpanya. he he he. Ada juga ibu yang teringin nak berjumpa dengan idola mereka yang lain seperti ustaz ustaz, tokoh politik, dan penceramah penceramah bebas. kita tanya dia siapa yang dia teringin sangat nak jumpa. Makbulkan impian nya, pasti kita rasa tenang dan gembira .

 

4)DUIT SHOPPING/ KUPON SHOPPING

Jeng jeng jeng. Yang ni pasti buat ibu kita rasaaaaa “hah? duit terpijak ni!! bolh beli apa je yang aku nak!!!. ha ha ha… kita cakap ” nah mak. saya kasi duit/kupon ni untuk mak. mak gilah shopping. hari ni saya jaga rumah, masakan untuk mak bila mak balik shopping nanti, kemas rumah mak. lepas tu korang bayangkan mak korang balik dengan tangan penuhhhhh dengan beg shopping! kih kih kih.. ibu korang pasti tersenyum riang dan melebar, tapi korang dan ayah korang akan rasa nak pengsan!!!…ha ha ha…x pe xpe..setahun sekali je kan?

 

5) DOA SELAMAT

yang ini pasti buat ibu anda rasa sangat disayangi. Anda masih perlukan dia dalam diri anda walaupun anda sudah besar dan berumah tangga. Doa selamat bukanlah hanya untuk mereka yang sudah meninggal, tetapi juga adalah untuk sama sama mendoakan keselamatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam diri orang yang didoakan. selain mendoakan ibu kita, Insya Allah, majlis majlis seperti ini juga pasti dirahmati oleh Allah.

 

itu saja yang terlintas hari ini.. next year, kita tambah lagi apa hadiah yang luar biasa boleh kita berikan untuk ibu kita.  Untuk ibu saya, saya hanya ucapkan terima kasih kerana emak sudi besarkan saya,jaga saya, berikan saya ilmu sehingga saya berjaya dan berada pada tahap ini, Terima kasih atas segala sokongan, dorongan dan marah pada saya. Semua itu buatkn saya kuat dan semangat. Dan, terima kasih kerana emak benarkan saya berkahwin dengan pasangan pilihan saya. Terima kasih kerana emak selalu berada dengan saya bila saya perlukan emak.

 

KAK UDA SAYANG SANGAT KAT EMAK DAN KAK UDA BERJANJI AKAN CUBA BERIKAN MAK YANG TERBAIK SELAGI HAYAT KAK UDA DI KANDUNG BADAN DAN SEMOGA IMPIAN EMAK DAN ABAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI, AKAN TERMAKBUL DAN DIPERMUDAHKAN OLEH -NYA, SEMOGA ALLAH BERIKAN MAK KESIHATAN DAN UMUR YANG PANJANG. AMIN!!

hari ibu, hadiah, vivix,

semasa hari pernikahan saya

1 2