CARA MENGIRA KADAR DENYUTAN JANTUNG ANDA

Anda tahu bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung sendiri? saya rasa ia satu ilmu yang kita sendiri dan keluarga perlu tahu supaya kita lebih “alert” dengan kesihatan jantung sendiri. Jadi saya nak berkongsi pada semua bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda dan anda boleh sampaikan pada ahli keluarga atau kawan kawan lain.

ehsan google

seperti gambar di atas ini ,:-

SYS – atau nama ialah systolic adalah merupakan bacaan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari tekanan jantung. Bacaan nya seperti ini :-

120 ke bawah – ia adalah NORMAL

121 ke 139 – ia adalah tanda awal anda ada hipertensi ( tekanan                                                          darah yang tinggi)

140 ke 159 dan ke atas – tekanan darah anda terlalu tinggi.

 

DIA – atau namanya diastolic merupakan tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam. Bacaanya pula :-

80 ke bawah – ia adalah normal

80 ke 89 – ia adalah tanda awal anda ada tekanan

90 ke 99 ke atas – anda mempuyai tekanan darah yang terlalu tinggi.

Read more

6 SEBAB KENAPA COQ10 ( CO ENZYME )PENTING

Selalu dengar pasal Coq10? tapi tahukah anda apa itu Co enzyme atau disebut COQ10? kali ni saya nak berkongsi pada anda semua 6 sebab kenapa Coq10 penting untuk tubuh badan kita dan bagaimana ia bertindak apabila keperluan Coq10 mencukupi.

 

APA ITU CO ENZYME Q10?

COQ10 merupakan nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel di dalam badan. Tugas utamanya adalah membantu meningkatkan tenaga dan merupakan sumber antioksidan semulajadi.

Ia bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel dan ia berada dalam mitokondrian ( kilang tenaga untuk sel). Malahan ia bertindak balas sebagai palam pencucuh sel ( spark plug ) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

 

bila tengok gambarajah ni lagi jelas kan apa fungsi Coq10 dalam badan kita. Jadi, kalau COQ10 ni tak cukup dalam sel, maka tenaga tu makin berkurangan dan tak boleh bertahan sampai ke malam, macam bateri dah lemahlah kan. Tu yang kekadang baru jam 2 petang, dah mula ngantuk, mula penat dan sebagainya.

6 SEBAB KENAPA COQ10 PENTING

  1. UNTUK KITA KEKAL BERTENAGA
  2. UNTUK MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH KE JANTUNG
  3. MENINGKATKAN KESIHATAN KESUBURAN
  4. MENJADIKAN KULIT LEBIH BERSERI
  5. MENINGKATKAN KETAJAMAN MINDA
  6. MENINGKATKAN KEKUATAN SEL ANDA

jom kita baca setiap satu sebab ini kenapa COQ10 ini sangat diperlukan secukupnya setiap hariI.

BAGAIMANA COQ10 MEMASTIKAN KITA UNTUK KEKAL BERTENAGA

  • menyokong gaya hidup aktif kita setiap hari.
  • memberi tenaga berterusan untuk pastikan kita kekal bertenaga.
  • meningkatkan kekuatan otot otot kita
  • mempercepatkan proses pemulihan luka di badan kita

 

BAGAIMANA COQ10 MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH KE JANTUNG

  • COQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  • menguatkan otot jantung
  • memastikan peredaran darah yang sihat ke jantung dan seterusnya ke seluruh badan.
  • mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • memberi tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang sedang mengambil statin.

 

akan tetapi, COQ10 ni sangat berkesan kalau diambil bersama dengan polifenol yang mana polifenol akan meningkatkan kuantiti mitokondrian iaitu kilang tenaga dalam sel manakala COq10 pula meningkatkan penghasilan teaga dalam kilang tenaga tersebut.

 

ketahui lebih lanjut lagi 6 sebab kenapa COQ10 penting untuk kita.

APA TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA
apa itu Hiperglisemia?

– paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan ini dipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:-
* lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
* tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
* tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman/infeksi, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
* tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
* memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.
TANDA TANDA HIPERGLISEMIA
1) Dahaga

2) penglihatan kabur

3) Lemah dan letih lesu

4) pening

5) kerap membuang air kecil

6) mulut dan kulit kering
jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda tanda penyakit anda makin teruk.

REVIEW KEDAI KACANG POOL HAJI, LARKIN , JOHOR BAHRU

tiba tiba, blog ni ada review pasal makanan pulak. sesekali kita keluar dari perkara biasa dan tertumpu pada benda benda yang biasa kita lakukan. Hujung minggu lepas, saya dan suami berkesempatan singgah di salah satu kedai yang dikenali ramai dan menjadi tular di media sosial tetapi saya baru berpeluang merasai keenakan roti Kacang Pool Haji yang diperkatakan ini.

 

TANDA TANDA BUASIR

ANDA ADA BUASIR JIKA ADA TANDA TANDA INI PADA ANDA
Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur.  Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita ingin membuang air besar.  Ia menutup dubur secara keseluruhan bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia adalah normal yang berlaku dalam tubuh setiap orang.

Tetapi,  ia menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum sekiranya kita meneran.  Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.  Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir ( salur dubur bengkak atau luka).
JENIS JENIS BUASIR

Ada 2 jenis buasir yang sering berlaku pada kita iaitu :

– buasir dalam ( berlaku pembengkakan pada bahagian dalam)

– buasir luar ( yang mana bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur)
Kekadang,  ia akan berlaku serentak dan kekadang ia akan berlaku secara berasingan.
Mereka yang mudah terkena buasir ini ialah mereka yang gemar meneran ketika aktiviti membuang air besar,  atau mereka yang ada masalah sembelit,  obesiti malahan wanita hamil juga boleh menghidap masalah ini apatahlagi ketika kandungan semakin membesar.

 

TANDA TANDA BUASIR

1- rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur

2- luka pada salutan dubur disebabkan nanah

3- rasa kepanasan selepas membuang air

4- rasa sakit berdenyut

5- tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama.

6- darah segar yang menitis ketika membuang najis

7- rasa pedih sekitar rektum

8- sukar membuang air besar

9 – nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria.

 

Panduan pemakanan
* minum banyak air sekurang kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air,  sekaligus melancarkan pembuangan najis.
* elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
* jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
* jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas…
* makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin,  sayur sayurr dan buah buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
*makan makanan bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh buatkan buasir makin teruk
* kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan terproses.
* sentiasa bersenam dan bergerak

4 tahap buasir
1- berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
2- disebabkan pergerakan uss,   bengkak keluar tapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula
3 – sama seperti tahap 2, tapi bengkak berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal
4 – darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran,.  Buasir akan berada di luar
Rawatan buasir di hospital:
Untuk pesakit yang tidak lagi berkesan utk ambil ubat ubatan,  satu pembedahan akan dilakukan untuk membuang buasir yang terjulur.
Manakala yang tidak perlukan pembedahan,  diberikan cream hemorrhoid untuk mengecutkan buasir
Atau,  ubat tahan sakit serta ubat suppository yang dimasukkan ke dslam dubur untuk mengecutkan buasir dalam
Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak, mempunyai ciri-ciri anti-oksida. Ia adalah vitamin yang berkesan untuk buasir.
Vitamin E meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung. Ia membantu dalam mengurangkan kesakitan dan menenangkan kawasan rektum radang.
Ia juga membantu dalam menyediakan bantuan dari pendarahan buasir. Vitamin ini untuk buasir boleh digunakan di kawasan yang terjejas dengan menyapukan vitamin E pada buasir tersebut
Vitamin C boleh membantu menguatkan kapilari dan vena, sekali gus merawat punca buasir.
Bioflavonoids

Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa bioflavonoids berkesan boleh membantu dalam mengurangkan buasir gejala.
Makan makanan yang kaya dengan bioflavonoids seperti produk kacang soya, biji-bijian, oren, dan sayur-sayuran.
fungsi Bioflavonoids adalah mengukuhkan dinding saluran darah dan meningkatkan kesihatan peredaran darah keseluruhan.
B COMPLEX
Mengurangkan keradangan buasir.

Menggalakkan penghadaman dan meningkatkan contractility saluran gastrousus. penghadaman dan otot lemah saluran gastrousus adalah penyebab sembelit dan najisnya menyakitkan yang menyebabkan dan memburukkan lagi buasir.

Melembutkan najis dan mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan pergerakan usus. serat makanan membantu melembutkan najis supaya ia menjadi lebih mudah najis keluar najis.
KALSIUM

Membantu mengurangkan masalah sembelit dengan menguatkn otot otot usus besar supaya bekerja dan melembuatkan najis
mengelakkan kawasan buasir menjadi lebih teruk
melancarkan proses pembuangan air besar

TIP MEMILIKI KEDIAMAN YANG SIHAT

Saya nak berkongsi pada anda semua yang Shaklee bukan hanya menitik beratkan kesihatan melalui makanan tambahan, tetapi juga Shaklee menitik beratkan persekitaran yang bersih dan bebas dari bahan kimia. Disebabkan itu maka terhasillah produk pencuci organik Shaklee yang lebih selamat, berkesan, mesra alam dan menjimatkan wang kita. Ia dikenali set Get Clean.
BASIC H ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE : TANPA TOKSIN, CARA MEMBERSIH SEMULA JADI
amat menjimatkan, benar benar berkesan membersihakan dan menanggalkan minyak gris degil dengan hanya daripada sebotol pencuci pekat Basic H Organik dengan kepekatan berganda yang hebat.

Berkepekatan tinggi dalam 473ml (16 aun) sehingga boleh mencecah 182 liter ( 48 gelen ) menjadikannya pencuci yang hebat. Untuk 1001 jenis kegunaan pembersihan dan cucian, ia mampu membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana mana permukaan yang boleh dibasuh, dinding dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, serta mana mana bahagian tertutup dan perabot.

kesan calar balar yang mengandungi minyak gris degil meninggalkan kesan comot yang digunakan bagi membersihkan laluan minyak, tempat pembakar grill, ketuhar dan lain lain lagi. Tak perlu bilas pun boleh.
HAND DISH WASH CONCENTRATE : PENCUCI PINGGAN BASUHAN TANGAN YANG HANDAL MEMBERSIH MINYAK DEGIL

kita hanya perlukan beberapa titisan bagi mencuci setimbun pinggan yang berminyak atau kesan dari lauk pauk. Ia memudahkan tugasan menjadi amat mudah, malah ia juga :

* lembut pada tangan

* semulajadi, pencuci berasaskan tumbuh tumbuhan.

* kaya dengan buih dan tahan lebih lama.

* membuatkan pinggan lebih bersih dsn nampak sentiasa baru.

* hanya menggunakan beberapa titis mampu membersihkan timbunan pinggan mangkuk di sinki. Pasti anda sentiasa seronok semasa membasuh.
FRESH LAUNDRY CONCENTRATE(POWDER)

formula semulajadi yang digunakan untuk mendapatkan pakaian lebih bersih. Formula enzim semula jadinya menjadikan pakaian lebih bersih di samping menyelamatkan bumi…
SOFT FABRIC CONCENTRATE

ia berfungsi sebagai pelembut pakaian yang berbau segar, selembut sutera yang mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada kain yang mungkin ada pada pencuci yang anda gunakan sebelumnnya.

sekali lagi, terima kasih kepada formula kepekatan yang tinggi yang mana anda bukan hanya menggunakan dengan kuantiti yang sedikit malah botol kecil ini mudah disimpan, di bawa dan dituang di telapak tangan pun boleh.

berkepekatan tinggi 946ml ( 32auns) melembutkan 64 muatan. Ia merupakan pelembut semulajadi, mengurangkan kedutan dan mengawal kehadiran pada kain.

KAJIAN LANDMARK SHAKLEE

Kenapa saya selesa memilih produk Shaklee sebagai makanan tambahan saya sekeluarga?
Banyak syarikat hanya mendakwa tentang kehebatan produk mereka. Tetapi di Shaklee, mereka ada bukti tersendiri yang ditunjukkan melalui kajian sainstifik dan ujian klinikal.

Read more

1 2 3 8