TIPS MENJEMPUT REZEKI

Apabila memperkatakan tentang persoalan rezeki, mungkin ada yang sudah membayangkan rezeki itu dalam bentuk wang ringgit. sebab kita rasa, dengan ada wang ringgit, rezeki kita pun banyak. walaupun hakikatnya, rezeki tu Allah datangkan dengan pelbagai bentuk yang kekadang kita tak sedari pun. Sedangkan definisi konsep rezeki ni sangat luas bukan setakat harta semata mata. Mengikut pandangan Sheikh Mutawalli Sya’rawi, rezeki ialah sebagai apa apa yang kita dapat rasakan manfaatnya sama ada halal atau haram, samada baik atau buruk. pernah dengar tak orang selalu cakap ” alamak. duit aku hilanglah…dah rezeki pencuri tu”. Hah! tengok. rezeki pencuri itu. tapi jenis rezeki yang pencuri itu dapat ialah haram. Jadi, kali ini, akak nak share sedikit amalan atau sedikit usaha yang membantu membuka pintu rezeki seseorang.

556087e90423bd7b188b4567

Di dalam ajaran Islam turut di jelaskan tentang beberapa amalan-amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha membuka pintu rezeki seseorang individu,. Antara amalan yang boleh dipraktikkan ialah :-

  1. MENCARI REZEKI DARI YANG HALAL – ini yang paling utama iaitu kita perlu mencari rezeki yang halal dalam hidup supaya walaupun kita tidak mewah dengan wang ringgit, tapi ia akan memberi kita ketenteraman minda dan semestinya kita juga akan merasa nikmat di sebalik rezeki yang halal itu.
  2. MENYAMBUNG TALI SILATURRAHIM – Amalkan sikap kunjung mengunjungi antara sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai sekiranya anda mempunyai masa untuk berbuat demikian. Atau pada masa kini, media sosial juga menjadi alat perhubungan silaturrahim. Tahukah kita, tali silaturrahim sebenarnya akan melancarkan pintu rezeki bagi setiap mereka yang menjaganya?
  3. BEKERJA DENGAN HATI YANG QANA;AH – hal tersebut menunjukkan melakukan secara berlebihan itu sememangnya tidak baik. bila kita bekerja, kita perlu bekerja dengan hati yang tulus dan ikhlas. Jaga adab pergaulan dan adab bekerja semasa bekerja.
  4. BERTAUBAT DARI SEGALA PERBUATAN DILARANG – jauhkan diri kita dari melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Allah. jika kita bertaubat, Insya Allah pintu rezeki pun juga akan terbuka dengan luasnya tanpa kita sedari.
  5. SEGERA TUNAIKAN ZAKAT DAN SEDEKAH – “barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sedekah sangat bernilai harganya. Semakin banyak kita memberi, Insya Allah kita juga akan menerima banyak rezeki dari Allah. S.W.T
  6. MENSYUKURI SEGALA NIKMAT – kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah diberikan Allah SWT kepada umatnya

REVIEW FILEM GOOSEBUMPS

Hah, korang dah tengok Filem Goosebumps? filem ini saya kategorikan sebagai komedi seram dan ianya sesuai ditonton oleh sekeluarga. Cuma ada 3 4 scene yang tak berapa sesuai untuk tontonan anak anak kecik. ni kes part part yang bercium tuelah. Saya nak review filem Goosebumps ini untuk anda semua. Tapi perlu ingat ye, ini adalah review dari saya yang bukan arif pasal filem.

GOOSEBUMPS

Filem Goosebumps ini adalah lakonan Jack Black sebagai R.L.Stine, Dylan Minnette sebagai Zach, Odeya Rush sebagai Hannah(dia nak cute dan polos dalam filem ni, he he he) serta Ryan Lee sebagai Champ. ini adalah pelakon utama filem ini dan dibantu juga oleh pembantu pembantu watak yang lain. Filem ini lebih santai dan tidak terlalu menyeramkan seperti treler filem yang ditayangkan di televisyen. perkembangan setiap watak pun tidak terlalu menarik dan tidak berkembang. Kekadang seakan boleh agak apa yang akan berlaku pada scene scene yang selepas itu.

Filem Goosebumps ini menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Zach yang risaukan Hannah yang mempunyai seorang ayah yang begitu garang pada awal pertemuannya sebagai jiran baru. Zach merasakan yang dia sudah jatuh hati dengan Hannah dan mengambil berat pada apa yang akan berlaku pada Hannah bila dimarahi oleh ayahnya. Sehinggakan pada satu malam, Zach menyelinap masuk ke dalam rumah Hannah (walaupun telah diberi amaran oleh ayah Hannah untuk menjauhi rumahnya). Di sini bermula ceritanya apabila Zach telah membuka salah satu buku yang dikunci dan tanpa diketahui olehnya yang buku itu mempunyai “nyawa” yang tersendiri. Selebihnya, anda tengoklah sendiri..ha ha ha ha…

Plot plot yang saya rasakan tidak berkembang ialah lakonan pembantu sebagai ibu kepada Zach dan coach yang cuba mengurat ibunya. serta watak watak Goosebumps tu yang saya rasa hanya dibuat banyak banyak untuk menimbulkan rasa seram atau untuk menunjukkan yang penulis buku ini telah menulis buku yang banyak. Faham tak faham? .

apa pun, cerita ni dari 5 bintang, saya kasi 3.5 bintang. kipidap!!.

KENAPA PERLU ADA PINGGAN MANGKUK MAHAL?

hah, ni kisah bukannya saya nak suruh puan puan beli pinggan mangkuk yang mahal mahal. keh keh keh..kang ada pula yang tunjuk entry ni pada suami masing masing sambil cakap” bang, abang nak tahu tak kenapa perlu ada pinggan mangkuk mahal kat rumah kita ni”?. ha ha ha ha..nayalah saya dibuatnya.tak pasal pasal saya lak di marahi suami suami.

image dari Google

image dari Google

ini salah satu pinggan mangkuk mahal yang berjenama tau! Apa, ingat handbag, kasut, jam je yang ada jenama? Pinggan mangkuk pun ada tau. Hanya peminat pinggan mangkuk je kenal apa jenama jenama yang top, yang asli, yang original, yang tiruan dan sebagainya. macam saya tak berapa kenal handbag mahal mahal ni, actually bukan mahal..tapi berjenama. Dulu kenal Bonia je, tu pun sebab masa bercinta merajuk, lepas tu boipren belikan jam Bonia. lepas tu jam tu macam tak berapa betul, g kedai jam. sekali tokey kedai tu cakap “wah..ni jam original Bonialah., bukan cikai cikai kat tepi jalan”. Masa tu, oh.jam ni berjenama rupanya..kih kih kih.

 

Macam tu juga kes pinggan mangkuk mahal ni. Ceritanya masa saya bekerja, ada seorang kawan ni suka jual pinggan mangkuk sampai beratus ratus harganya. ada yang jejak RM700 1 set!! masa tu saya belum berkahwin. Tau apa saya cakap? pergh…mahal nya. orang tahu ke pinggan mangkuk tu mahal? ni mesti kes kalau campak ke dinding, dinding pecah!! sambil ketawakan akak akak kat opis saya yang sibuk berkutu nak beli pinggan mangkuk mahal ni. Tapi, bila saya dah berkahwin baru saya tahu kenapa perlu ada pinggan mangkuk yang mahal ni walaupun cuma ada 1 set saja di rumah kita.

 

Mungkin ada orang yang hobinya menyimpan set pinggan mangkuk dan mempamerkan di almari sebagai hiasan. Apatah lagi jika set pinggan mangkuk tu limited edition. Ada juga yang memang style makan harian menggunakan set pinggan mangkuk tu. Bagi saya, saya membeli kerana saya rasa ia adalah satu penghormatan atau menghargai tetamu yang datang ke rumah kita. Kalau kita dah biasa makan menggunakan pinggan mangkuk plastik atau melamine, apa salahnya bila ada tetamu datang apatah lagi tetamu tu jarang sekali datang ke rumah kita, kita hidangkan hidangan dengan pinggan mangkuk yang cantik. Menghargai tetamu tu di sukai oleh Rasulullah tau. Bahkan ada yang berkata, tetamu datang rumah tu bagus, bila mereka balik, mereka bawa sekali dosa dosa kecil kita pergi juga.

 

Selain itu, kekadang ia ada satu terapi bagi isteri isteri bila melihat pinggan mangkuk yang design dan rekabentuk nya yang unik. Tidak seperti dulu, pinggan mangkuk memang bulat. Bezanya cuma piring kecil sikit, pinggan makan besar sikit, mangkuk hidangan ada kedalaman yang berbeza. Tapi kini pelbagai bentuk yang ada. Empat segi, oktagon, tiga segi, bentuk daun dan sebagainya. Ia menarik hati para isteri untuk membelinya, apatah lagi nafsu perempuan ni suka pada benda benda yang cantik. Jadi, jangan dipelikkan kenapa perempuan asyik membeli dan membeli walaupun ada antaranya tidak pernah digunakan. Bila ada kenduri atau yassin, atau majlis tertentu pinggan dan cawan polisterin juga guna. Keh keh keh.

KELEBIHAN ALFALFA DAN MANFAATNYA

Kelebihan alfalfa selalu diperkatakan oleh ramai orang sejak dulu lagi. Malahan ia juga digunakan secara semulajadi oleh pakar pakar perubatan tradisional dalam perubatan mereka. Alfalfa menjadi ramuan herba tradisional semenjak zaman India, China dan Sepanyol lagi. Orang orang Arab pula menamakan Al-fal-fa yang membawa maksud “RAJA KEPADA SEGALA MAKANAN”.

Kelebihan Alfalfa sebagai tumbuhan yang sangat bermanfaat dan diakui. Alfalfa adalah tumbuhan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Malahan ia adalah tumbuhan yang akar tunjangnya menjalar sejauh 20-30 kaki ke dalam tanah untuk mencari zat galian. Daun Alfalfa pula kaya dengan protein, kalsium, fosforus, magnesium dan mineral surih seperti zat besi, boron, kromium, molibdenum, mangan dan kalium. Ia juga sumber beta karotena, vitamin E dan K serta kumpulan Vitamin C dan B yang larut air.

Daun Alfalfa juga kaya dengan sumber klorofil ( Natural detoxifier dan natural deodorant). Malahan ia membekalkan 8 enzim yang membantu penghadaman lemak karbohidrat dan protein.

manfaat alfalfa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELEBIHAN ALFALFA SHAKLEE ;-

Diproses dari sumber terbaik iaitu dari daun alfalfa yang penuh dengan mineral dan vitamin yang terbaik.

Malahan alfalfa yang digunakan oleh Shaklee adalah yang ditanam secara organik tanpa semburan bahan kimia

Daun alfalfa hanya dipilih dari jenis yang terbaik dan betul betul matang secara mutlak. bukan diambil secara rawak saja. daun daun ini kemudiannya akan di dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan kandungan nutrisi di dalamnya.

Batang dan akarnya sama sekali TIDAK DIGUNAKAN UNTUK PEMPROSESAN penghasilan alfalfa complex

 

 

MANFAAT UTAMA ALFALFA COMPLEX :-

* Membantu mengembalikan kadar asid dalam badan, menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati dan membantu membersihkan kolon.

* membantu melawan alahan, alergik dan masalah hidung sensitif. Selain itu juga, ia membantu menyelesaikan masalah bau badan yang berlebihan dan mereka yang mudah mengalami sakit sendi

* membantu menyerap kolesterol dalam badan, menghapuskan lemak, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

* melegakan keletihan dan membantu mencegah atritis dan mengurangkan kesakitan.

 

untuk lebih info, klik LINK INI.

 

ingin dapatkan produk ni?..hubungi saya…oh ya!!! saya adalah pengedar shaklee di KOTA TINGGI dan kawasan sekitarnya….

sms/call.whatsapp : 013 7374958
email : sales.damiapitshop@gmail.com
fb : siti noriza saleh

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERPANTANG DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE


Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya? Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu

  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc


Apakah keperluan dan kepentingan setiap vitamin ini? Ibu coretkan secara ringkas demi memudahkan kalian atau bakal ibu khususnya mengetahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin ini.

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Anda juga boleh add on alfalfa sebagai milk booster anda…:)

Alfalfa
Ianya boleh diambil di dalam pantang terutama bagi ibu2 yang mempunyai masalah susu lambat dihasilkan. Alfalfa berfungsi mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun perlu diingat kerana pengambilan yang berterusan tanpa sesi perahan atau penyusuan secara langsung oleh bayi boleh menyebabkan duktus susu tersumbat dan akan menyebabkan ibu demam teruk. Maka pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang sekata dan seimbang serta sesi perahan atau penyusuan secara langsung yang berterusan dan konsisten akan mendapat hasil susu yang diharapkan. insyaALLAH.

kredit to : kak Norita

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hubungi saya :- call/sms/ whatsapp : 013-7374958 atau 
 email : damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di
 fb ( siti noriza saleh ) 
 yahoo messenger : nuriezam_040806 
talk : damiapitshop 

untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

Slide1

DETOX KOLON ANDA!!

Pada masa kini, perubahan drastik amat diperlukan untuk mengubah gaya hidup yang mendorong kepada jangkitan dan penyakit.   Gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban ykerja yang banyak, persekitaran sekeliling yang sesak menjadikannya lebih mudah untuk kita jatuh sakit dan sukar untuk pulih semula.

kolon

kredit : www.petuanenek.com

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin- membawa kepada diabetis peringkat 2 dan penyakit jantung.  Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi.  Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit, tetapi tidak kira berapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%.  Selain penyakit diabetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup.

KAnser kolon, yang juga dikenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kasner yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat II. Kanser kolon terjadi apabila sel sel kelenjar di dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor. Kepada golongan berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis dengan penyakit ini di mana risiko kanser kolon meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

SIMPTOM UTAMA DIABETES TIDAK DAPAT DIKENALPASTI TERMASUKLAH ;

* kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam
* rasa dahaga semakin bertambah
* rasa letih yang melampau
* penglihatan yang kabur
* berat badan menurun tanpa sebab
* kegatalan pada alat sulit atau jangkitan candida
* pemulihan luka pada kadar yang perlahan

Untuk entry akan datang, saya akan ceritakn bagaimana kita ingin detoxs kolon kita.

Saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor juga pengedar shaklee di Felda Semenchu.

 

1 2 3 4 8