KETAHUI BAHAYANYA BADAN YANG BERASID

Pernah tak kita terlalu “alert” dengan perubahan badan kita? maksudnya badan memberi tahu kepada kita yang “ia” dalam kesakitan dan perlukan perhatian dari kita.  Selalunya bila kita sedar badan kita sakit, bila ia menjadi semakin teruk dan kekadang sudah terlambat untuk kita sedarinya. Masa itu kita akan merasa menyesal kerana tidak peduli dengan “signal” yang  dihantar oleh badan kita. Jadi, kita perlu tahu betapa bahayanya kalau badan kita terlalu berasid dan kesannya akan memberi kemudaratan pada kita. jom ketahui bahayanya badan yang berasid.

 

Image result for asid dalam badan
kesan badan berasid

 

pernah dengar tak pepatah ni ” KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN“? yang membawa maksud, samada nak tahu badan kita sihat atau tidak, adalah dengan melihat pada pemakanan kita.  Kalau masa makan pun kita hanya ambil ayam, daging, ikan, makanan laut tanpa ada sayur sayuran atau buah buahan, agak agak badan kita penuh asid ke atau alkali? baca artikel ini dengan lanjut untuk ketahui bahayanya badan yang berasid.

Bila badan terlalu banyak asid, maka ia akan membawa kemunculan pelbagai penyakit tanpa disedari. Semakin berusia kita, tubuh badan akan kehilangan antibodi yang disebabkan oleh terlalu banyak sisa tisu asid dalam badan kita. Kena pula cara hidup kita yang kurang bersenam, tabiat merokok, pencemaran makanan, pencemaran udara, pendedahan pada radiasi, pembawaan virus dan sebagainya.

Tahukah anda? tubuh yang sihat mampu menjadikan simpanan alkali mencukupi supaya ia mampu menjalankan tugasnya dengan lancar iaitu dengan meneutralkan asid yang berlebihan. JIka asid berlebihan, maka simpanan alkali dalam badan mudah berkurangan dan badan mula menjadi lemah.

Image result for signal

Menurut  Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Mahkota iaitu Ong Si Wen, apabila makanan mengalami proses penguraian dalam badan, ia akan menghasilkan asid. Contohnya, protein akan menghasilkan fosfat, lemak akan menghasilkan asid butrik, asid asetik, laktat, asid anggur dan sebagainya.  Bahan bahan ini bersifat asid dan memerlukan peneutralan dengan bahan beralkali seperti kalsium, natrium, kalium dan lain lain.

  • TAHU TAK? – KALSIUM MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING UNTUK MEMASTIKAN KESEIMBANGAN ASID DALAM BADAN KITA.

 

Jika kita kekurangan mineral mineral yang digunakan untuk meneutralkan asid dalam badan, maka badan kita terpaksa meminjam mineral ini dari organ dan tisu badan kita yang lain seperti jantung, sendi, tulang, otot, kulit dan juga otak. Maka disebabkan hasil “pinjaman” tersebut, maka organ tersebut mula menjadi lemah, sudah tidak sepenuhnya berfungsi mengikut fungsi mereka yang asal.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BADAN BERASID

1 – KANSER SEL : sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.

2 – KENCING MANIS : bahan toksin berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

3 – DARAH TINGGI : toksin berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

4 – DARAH RENDAH : toksin berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

5 – PENYAKIT BUAH PINGGANG : pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.

6 – OSTEOPOROSIS : jika badan kekurangan alkali, tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan, proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.

7 – GOUT : toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi seni membengkak dan sakit.

8 – SEMBELIT : usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

 

BAGAIMANA NAK SEIMBANGKAN PH DALAM BADAN DARI ELAKKAN BADAN TERLALU BERASID?

caranya adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kenapa ditekankan sangat berkenaan pemakanan seimbang ini? Pakar pemakanan menasihatkan setiap hari kita perlu mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkattkan daya ketahanan badan kita.

apakah makanan yang BERALKALI tersebut?

  • air masak, air paip, air mata air, air sungai yang bersih adalah air neutral pH.
  • Buah buahan seperti epal, badam, tomato, limau gendang, jagung, cendawan, lobak putih, zaitun, kacang soya, lada benggala, nenas, ceri, pisang dan sebagainya.
  • sayur sayuran seperti salad, saderi, ubi kentang, terung, kacang hijau, betik, kubis bunga, lobak merah, timun, bawang dan sebagainya.

 

untuk artikel seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda semua kebaikan atau manfaat pengambilan suplemen untuk memastikan keperluan nutrisi dalam badan lebih stabil dan menyeimbangkan asid dan alkali dalam badan kita.

Jaga kesihatan dari awal supaya kita dapat mengawal dan mencegahnya dari awal lagi.

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sitinorizasaleh@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee Kota tinggi serta felda felda berhampiran. Penghantaran ke felda air tawar 4, felda air tawar 5, felda Semenchu juga di lakukan pada waktu waktu tertentu. Pengeposan di lakukan ke seluruh Malaysia 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge