AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Ketika mengandung, seorang wanita itu haruslah mengerjakan segala perintah Allah…..Disamping itu, perlu melakukan amalan2 yang baik agak zuriat yang dikandungnya juga merupakan insan yang sentiasa dlam glongan orang yang beriman.
Antara amalan-amalan seorang wanita itu ialah :-
1 ) BANYAKKAN BERTAUBAT – kita perlu bertaubat atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan…ini adalah utk supaya zuriat yang akan dilahirkan itu nanti mampu menjadi insan yang bertaqwa hendaknya.
2) MENUTUP AURAT – agar hidup menjadi berkat dan diredhai Allah serta menjauhkan kita dr fitnah manusia.
3) MEMPERBANYAKKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN SURAH2 YANG TERTENTU:-
* Membaca surah Al-FATIHAH dan Ayat KURSI.
* Membaca surah YASSIN hingga akhir.
* Membaca surah AT-TAUBAT hingga akhir.
* Membaca surah YUSUF hingga akhir – agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna.
* Membaca surah LUQMAN – agar anak yang diperolehi anak yang taat.
* Membaca surah MARYAM – utk peroleh anak yang sabar dan taat.
* Membaca surah An-NAHL ayat 78 – memudahkan perjalanan mengandung dan bersalin.
* Membaca surah AL-A’RAF ayat 189 – memudahkan bersalin.

MINGGU PERTAMA

Dalam minggu ini, si ibu perlu mengelakkan diri dari terbabit dengan alkohol, dadah dan ubat-ubatan serta produk tembakau. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan gangguang pada kelahiran, sindrom fetus alkohol, maslah pernafasan, kurang berat badan dan masalah kesihatan lain.
Berbincanglah bersama dengan doktor tentang sebarang ubat-ubatan yang anda ambil. anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan perubatan kerana byk ubat-ubatan yang didapati di klinik-klinik atau farmasi boleh menyebabkan janin terjejas.
kekalkan diet yang mengandungi jumlah vitamin yang mencukupi, terutama sekali asid folik. Wanita yang cuba hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 bulan dr tarikh kehamilan. asid folik yang mencukupo dpat mengurangkan risiko gangguan pada kelahiran yang disebabkan perkembangan otak dan saraf yang tidak sempurna.

1 61 62 63