NUTRIEN TERBAIK SEMASA KEHAMILAN YANG PERLU ANDA KETAHUII

Hari ni saya nak share pasal nutrien dan pengambilan vitamin yang penting untuk ibu-ibu yang hamil… ini adalah hasil dari pembacaan saya dan saya terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu hamil atau bakal hamil di luar sana… Insya ALlah, saya juga akan menyusul satu tika nanti kalau diizinkan oleh Allah.. 🙂
nutrien terbaik bagi ibu hamil 
 * setiap ibu hamil perlu menitikberakan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian.  seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrien atau khasiat pemakanan turut meningkat.  Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan janin.
 nutrien tersebut ialah :-

1) PROTEIN
– Makan protein yang mencukupi adalah penting kepada pembentukan bayi kerana protein  penting untuk pertumbuhan sel dan penghasilan darah bayi. Ia juga penting untuk pertumbuhan dan fungsi tisu plasenta, amnion dan tisu ibu. Anda perlu mengambil kira-kira 60 gram protein setiap hari semasa hamil — kira-kira 10 gram lebih daripada apa yang anda harus makan. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging tanpa lemak, telur, keju, ikan, susu dan kacang. 
– Bagi anda yang gemarkan soya, anda boleh pilih ESP ( Energizing Soy Protein ) dari shaklee… Sumber protein yang diproses dari soya… sangat sesuai utk anda..Mudah disediakan..hanya satu-3 sudu dlm sehari…
                                                                                                                         
2) KARBOHIDRAT DAN LEMAK
– Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan tubuh tidak penat.
3) KALSIUM
– ketika hamil, kalsium memang penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis.  JIka keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang anda.  Makanan yng banyak mengandungi kalsium ialah sayur-sayur hijau dan kekacang.  Saat ini, kalsium paling baik diperoleh daripada susu serta produk olahannya.  susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 serta vitamin C.. tapi, tahukah anda, sukatan yang bagaimana yang perlu anda ambil untuk menentukan sukatan kalsium dalam sehari?…saya syorkan anda mengambil OSTEMATRIK dari SHAKLEE..ianya mampu mengurangkan bengkak di kaki anda dan mengurangkan sakit tulang belakang anda…
                                                                                                                         
4) ZAT BESI
– Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah.  Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia.  terdapat pada sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
utk ini, saya syorkan MULTIVITAMIN/VITALEA dari SHAKLEE...didalamnya ada zat besi yang sangat membantu ibu-ibu hamil dari kurang darah… cubalah..anda pasti merasai kesannya 











          
5) ASID FOLIK
-Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami risiko keguguran ataupun kerosakan janin…saper cakap ambil acid folik boleh buat bayi besar dan susah nak beranak?..anda sanggup tanggung risiko keguguran atau anak anda tidak sempurna sifatnya?..memang ianya dari Allah..sekurang-kurangnya kita berusaha menjauhinya kan?…

6) VITAMIN B KOMPLEKS
– Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal.  Boleh diperoleh daripada biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, telur dan produk susu.
untuk ACID FOLIC dan B COMPLEKS, saya syorkan anda mengambil B COMPLEX dari shaklee ini…ini kerana, B COMPLEX ini mengandungi semua VITAMIN B yang diperlukan oleh ibu hamil.. Ia ada 8 VITAMIN B dan ada acid folic..so, anda tidak perlu risau kalau anda kurang acid folic..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

PEMAKANAN SIHAT BAGI IBU HAMIL

Pemakanan sewaktu hamil, memainkan peranan yang penting.  Bukan sahja untuk kebaikan ibu, malah untuk kesihatan anak dalam jangka masa panjang juga.

Memandangkan sepanjang kehamilan, keperluan tenaga dan nurtein semakin bertambah, jadi pilihan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti berpatutan adalah sangat penting.  Dalam hal ini, anda perlu sentiasa mengingati tiga perkara utama iaitu variasi, seimbang dan kesederhanaan.  Jom kita baca apakah permakanan yang sesuai dan sihat untuk anda berdua…

PROTEIN ;-
– Penting untuk membina tisu dalam badan.  Tumbesaran bayi, uri, rahim, tisu payudara dana bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang mencukupi.  Sumber protein termasuklah susu, daging, ikan telur dan kekacang,  Dalam pada itu, asid amino adalah unit asas protein.  Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada makanan.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.



ZAT BESI :-
– Penting untuk menghasilkan darah,  Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen di sekeliling tubuh.  Bekalan darah yang bertambah sewaktu kehamilan menyebabkan keperluan zat besi semakin bertambah.
– Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik.  Namun, hati kaya dengan vitamin A.  Ambillah makanan yang tinggi VITAMIN C seperti betik atau segelas jus buah-buahan yang akan membatu penyerapan zat besi dengan lebih baik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. * Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Ubat-ubatan. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

PEMAKANAN SEBELUM HAMIL

Assalamualaikum dan Selamat Pagi….oh ya!!! masih tak terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 pada para pengunjung blog saya….semoga tahun ini akan memberikan sinar dalam kehidupan kita semua….


Tahun baru ni, saya mulakan blog saya dengan cerita pasal kehamilan..ha ha haha..jangan pikir tuan blog ni nak Hamil ye..hik hik..tapi, ketentuan dari Allah, x de saper boleh elak…hik hik…


BAgi sesetengah pasangan yang baru berkahwin, mereka anggap tahun pertama perkahwinan, adalah tahun untuk honeymoon…tapi ada juga sesetengah psangan, merasakan, mereka perlu bersiap sedia untuk daptkan cahayamata tanda cinta hati bersama…wah…ayat mcm org jatun chenta je..hua hua hua…..


orite….kita ke tajuk sebrnya….bagi pasangan ini, selain dari cara tradisional atau pun cara fizikal, saya ada satu cara lain yg sesuai bagi anda berdua…iaitu cara pemakanan…


Pemakanan salah satu usaha dlam percubaan mendapatkan zuriat…sbb, dari pemakanan juga, ia mampu membentuk “janin” itu sendiri….pernah dengar tak org-org lama ckp, jangan selalu makan nenas, makan kangkung….makanan tu tajam, sejuk….kkdg, cara org lama pun berguna tau…


okey…so, bagi pemakanan tambahan, atau vitamin tambahan, doc selalunya akan suggest mengamalkan pemakanan yang seimbang…selain itu, ada 3 vitamin atau zat yang penting dalam memastikan perkembangan awal organ utama janin terbentuk dengan baik..


1) ASID FOLIK


Asid folik yang juga merupakan salah satu unsur dalam VITAMIN B amat penting dalam membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), sumbing bibir, sperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.


– selain itu, ia mampu membina sel-sel bayi, otak, tulang belakang bayi dan juga kulit bayi.


– Akan tetapi, sekiranya ibu hamil mengalami sawan dan perlukan ubat untuk mengawl sawannya, makan ibu perlu berbincang dengan doktor sebelum pengambilan asid folik.


– Dalam SHAKLEE, kami ada VITAMIN B COMPLEX…

Dalam B complex ini ada asid folik








2) ZAT BESI


– Zat besi pulak, amat penting dalam membantu sel-sel darah merah dalam badan dan mampu mencegah anemia.


– Bagi ibu hamil, zat besi lebih banyak diperlukan kerana jumlah hemoglobin meningkat terutamanya pada 2 trimester terakhri.


– Sumber zat besi – daging merah, hati, limpa, ikan blis, tauhu, tempe..


– Di Shaklee, saya syorkan VITALEA/MUTLIVITAMIN


VITA-LEA INI MENGANDUNGI ZAT BESI YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN








3) KALSIUM


– Kalsium sangat penting bagi ibu yg bakal hamil dan ibu yang hamil.


– Ia diperlukan untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi.


– Kekurangan kalsium sewaktu mengandung boleh menyebabkan gejala kebas-kebas, kekejangan kaki pada bakal ibu dan ibu.


– DI SHAKLEE, saya syorkan pengambilan :-


4) DHA
 DHA memainkan peranan yang penting dalam pembentukan perkembangan minda bayi.


– DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.


– Sumber vitamin ini boleh diberikan menerusi tiga cara iaitu:-


* Pengambilan vitamin tambahan sewaktu hamil
* Sewaktu menyusu badan
* sewaktu memberikan susu formula pada bayi yng diperkayakan dengan DHA yang terbentuk Omega 3, 6 dan 9.


– kat SHAKLEE ada tak?….of courseeeeeeeeeeee…..SHAKLEE ada ;-

treng trenggggggg…kan..he ehhe….







MINGGU PERTAMA – MINGGU KEEMPAT

Sepanjang kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat, Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjag minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda.
SPERMA
– Purata pancutan air mani dari lelaki adalah sekitar 60 juta sehingga 150 juta benih. Sekiranyer kurang daripada 40 juta, lelaki tersebut menghadapi masalah kesuburan. Dan ini menyukarkan pasangannya untuk mengandung.
OVUM
– Ovum berada dalam tiub fallopio seorang wanita. Ovum ini tidak bergerak terlalu aktif kecuali disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot tiub Fallopio.
MINGGU PERTAMA
– Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
 
MINGGU KEDUA
– Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.
 
MINGGU KETIGA
– Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm, Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
MINGGU KEEMPAT
– Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantung mengepam darah ke paru-paru dan aorta ( urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

10 MAKANAN BERKHASIAT BG IBU HAMIL

10 makanan berkhasiat bagi ibu-ibu yang hamil:-

* Roti gandum tulen adalah penyediaan bagi memberi tenaga untuk jangka masa pajang kerana ia dipenuhi serat, kanji, kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.
* Buah-buahan samada segar atau di dalam tin mengandungi serat dan lebih vitamin termasuklah vitamin C, mineral dan anti oksida.
* Makanan segar seperti mentega, susu dan yogurt dipenuhi kalsium, protein dan beberapa vitamin. ada sesetengah yang tinggi lemak. Oleh iu, beri perhatian pada jenis yang rendah lemak.
* Kehijauan, dedaun yang segar atau sayuran sejuk dipenuhi dengan vitamin C, serta dan asid folik.
* Ubi kentang memberi tenaga berpanjangan dipenuhi dengan kanji, serat, zat besi, kalsium dan vitamin B. Ia juga adalah sumber utama karbohidrat.
* Daging merah yang tidak berlemak, ayam serta itik mempunyai protein, zat besi, vitamin dan mineral. Masak dengan menggunakan sedikit minyak dan juga garam.
* Buah-buahan yang kering seperti aprikot mengandungi zat besi, serat, vitamin C dan vitamin lain serta mineral.
* Ikan merupakan sumber protein yang rendah lemak dan tinggi zat besi. Cuba campurkannya dengan omega-3 yang kaya dengan minyak ikan seperti tuna, ikan air tawar, salmon atau sardin pada setiap minggu.
* Kedua-dua gandum pasta dan gandum memberi tenaga berpanjangan sama seperti serat.
* Bijirin dan kekacang adalah sumber terbaik protein dan serat. Pembelian pelbagai makanan di dalam tin menyelamatkan anda dari pembaziran.
Sumber dari : majalah mami & baby ( Disember 2009 )

AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Ketika mengandung, seorang wanita itu haruslah mengerjakan segala perintah Allah…..Disamping itu, perlu melakukan amalan2 yang baik agak zuriat yang dikandungnya juga merupakan insan yang sentiasa dlam glongan orang yang beriman.
Antara amalan-amalan seorang wanita itu ialah :-
1 ) BANYAKKAN BERTAUBAT – kita perlu bertaubat atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan…ini adalah utk supaya zuriat yang akan dilahirkan itu nanti mampu menjadi insan yang bertaqwa hendaknya.
2) MENUTUP AURAT – agar hidup menjadi berkat dan diredhai Allah serta menjauhkan kita dr fitnah manusia.
3) MEMPERBANYAKKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN SURAH2 YANG TERTENTU:-
* Membaca surah Al-FATIHAH dan Ayat KURSI.
* Membaca surah YASSIN hingga akhir.
* Membaca surah AT-TAUBAT hingga akhir.
* Membaca surah YUSUF hingga akhir – agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna.
* Membaca surah LUQMAN – agar anak yang diperolehi anak yang taat.
* Membaca surah MARYAM – utk peroleh anak yang sabar dan taat.
* Membaca surah An-NAHL ayat 78 – memudahkan perjalanan mengandung dan bersalin.
* Membaca surah AL-A’RAF ayat 189 – memudahkan bersalin.

MINGGU PERTAMA

Dalam minggu ini, si ibu perlu mengelakkan diri dari terbabit dengan alkohol, dadah dan ubat-ubatan serta produk tembakau. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan gangguang pada kelahiran, sindrom fetus alkohol, maslah pernafasan, kurang berat badan dan masalah kesihatan lain.
Berbincanglah bersama dengan doktor tentang sebarang ubat-ubatan yang anda ambil. anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan perubatan kerana byk ubat-ubatan yang didapati di klinik-klinik atau farmasi boleh menyebabkan janin terjejas.
kekalkan diet yang mengandungi jumlah vitamin yang mencukupi, terutama sekali asid folik. Wanita yang cuba hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 bulan dr tarikh kehamilan. asid folik yang mencukupo dpat mengurangkan risiko gangguan pada kelahiran yang disebabkan perkembangan otak dan saraf yang tidak sempurna.

1 2