APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI KEPENTINGAN ACID FOLIK SEBELUM HAMIL

Pernah dengar tak orang selalu bercakap kalau nak hamil kena ambil acid folik 3 bulan lebih awal? malahan ramai pakar bersetuju dengan saranan berikut jika anda sedang merancaang untuk hamil. Tetapi apa yang perlu anda tahu ialah acid folik bukan saja perlu diambil oleh si isteri malahan ia juga penting bagi si suami untuk memastikan impian masing masing mendapatkan anak akan tercapai. Insya Allah. sudah tentunya dengan izin Allah juga.  Jadi, saya ini berkongsi kepada anda semua mengenai apa yang perlu anda tahu mengenai kepentingan acid folik sebelum hamil.

Kebanyakan wanita beranggapan acid folik hanya perlu diambil setelah disahkan hamil, malahan ada juga yang beranggapan pengambilan Acid Folik akan membuatkan bayi dalam kandungan lebih besar dari sepatutnya. Ia juga adalah tanggapan yang salah semata mata.  Jadi, artikel ini saya buat supaya kita semua lebih faham betapa pentingnya Acid folik.

 

KEPENTINGAN ACID FOLIK

Acid Folik juga dikenali sebagai Folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel sel baru dalam tubuh malahan ia juga membantu dalam pembentukan DNA baru. Lagi pentingnya Acid Folik ini ialah juga membantu memperbaiki DNA yang telah rosak di dalam DNA. wahhhh.. itu kalau untuk diri sendiri.

Pakar perubatan sangat menekan pengambilan Acid Folik ini membantu dalam pembentukan sel sel otak, tulang belakang bayi, organ dan kulit bayi.

 

APA AKAN BERLAKU JIKA IBU MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN ACID FOLIK?

Pelbaga risiko yang boleh dan bakal ibu hadapi, mungkin bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk janin yang bakal dilahirkan. Bakal ibu perlu memastikan badan bersedia lebih awal untuk menerima sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel sel baru dalam badan ( pembentukan janin). Ini kerana, ada sesetengah kes, bila badan ibu tidak bersedia sepenuhnya atau ibu tidak berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan ini, ia akan berlaku keguguran atau kematian janin. Malahan, lebih merisaukan, akan terdapat kecacatan yang tidak diigini berlaku pada bayi yang dilahirkan.

Antara masalah yang bakal dihadapi ialah :-

  • bayi mungkin menghadapi kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD )
  • gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/encephalocele )
  • masalah pembentukan saraf tunjang ( spina bifida )
  • mengurangkan risiko keguguran
  • berlaku kekurangan darah ( anemia )
  • kelahiran pra matang
  • bayi mungkin ada masalah sumbing lelangit
  • berlaku kecacatan pada jantung
  • pembentukan kaki dan tangan yng tidak sama
  • berlaku kecacatan pada sistem pembuangan air kencing

jadi bagi anda yang berusaha untuk hamil, anda perlukan acid folik dari awal iaitu 3 hngga 6 bulan sebelum hamil dan berterusan memasuki bulan ke 6 dan seharusnya juga ia diteruskan pengambilannya sehingga bayi di lahirkan.

 

LELAKI JUGA MANDUL????

download (1)

 

Terkejut dengan tajuk di atas??? ye..lelaki juga boleh mandul ye. Jangan hanya sebab ego sebagai seorang lelaki, anda hanya meletakkan kesalahan pada isteri disebabkan tidak mampu melahirkan zuriat.

SUBURKAH ANDA?

Seorang lelaki dikatakan subur apabila telurnya dapat menghasilkan beratus ratus juta sperma yang BERKUALITI. Salur sperma berfungsi untuk mengumpul semua sperma ini untuk dipancut keluar daripada zakar. Untuk kepuasan seks, zakar harus berada dalam keadaan tegang supaya air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj wanita.

Anda juga seorang lelaki yang subur apabila anda mempunyai keinginan seks dan tenaga batin untuk melakukannya. Kilang pundi-pundi prostat, pundi-pundi seminal, dan kilang cowper kesemuanya haruslah berfungsi dengan betul bagi mengeluarkan cecair untuk menampung sel-sel sperma.

fecundacion

 

JOM LIHAT SENARAI SEMAK DI BAWAH ;-

1) terjadinya bengkak pada buah zakar atau pundi epidimis disertai dengan rasa sakit.

2) anda merasa sakit semasa dan selepas ejakulasi

3) terdapar rasa sakit ketika membuang air kencing

4) pengeluaran cecair atau nanah pada saluran kencing. Masalah ini sering dikaitkan dengan jangkitan kuman penyakit kelamin

5) air mani berdarah atau mempunyai nanah.

jika anda mempunyai simptom simptom di atas, segeralah merujuk masalah anda kepada pakar.

 

jangkitan kuman akan menyebabkan saluran sperma, salur pundi semina dan salur-salur prostat tertutup atau tersumbat sewaktu pergerakan sperma. Lebih teruk lagi, perjalanan cecair dariapda pundi sperma akan terhalang semasa ejakulasi. Pundi seminal tersumbat akan mengakibatkan cecair berkurangan dan sperma tidak dapat bergerak aktig kerana bahan fruktosa (bahan yang dihasilkan pundi seminal) tiada. sel-sel nanah akan bertindak balas dengan sperma dan menyebabkannya rosak atau mati.

 

***ingin mengetahui suplemen kesuburan untuk lelaki? jom baca ini dan ini.***

hubungi saya untuk maklumat lanjut dan saya adalah pengedar shaklee di kota tinggi, johor..|013-7374958 | email :admin@damiapitshop.com

SUPPLEMEN UNTUK KESUBURAN

download (1)

berhubung kait dengan entry NUTRISI SEBELUM HAMIL, shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk kesuburan yang berkaitan. Ianya mudah diambil dan mudah diserap oleh badan..malahan, bakal ibu mendapat lebih banyak manfaat dari supplemen untuk kesuburan ini.

 

supplemen ini ialah :-

B COMPLEX

– ia mengandungi semua vitamin B yang diperlukan oleh badan.  ia juga mengandungi asid folik yang sangat penting bagi anda yang ingin hamil dan sedang hamil

VITALEA ( MULTIVITAMIN )

– ia mengandungi zat besi yang amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia untuk mencegah anemia..ia juga membantu memekatkan kandungan darah dalam badan.

KALSIUM ( OSTEMATRIK)

–  Kalsium shaklee di panggil ostematrix yang sangat mudah diserap dalam badan. ia membantu mengelakkan kaki ibu cepat kejang, sakit-sakit pinggang dan juga yang kerap mengalami kebas-kebas

DHA ( OMEGA GUARD )

– kandungan DHA yang tinggi dalam omega guard menjadikan ia sangat penting dalam membantu pembentukan perkembangan dan penglihatan bayi dalam kandungan. malahan ia sangat bagus dalam membantu perkembangan otak bayi.

 

set kesuburan

 

anda ingin mendapatkan keterangan lanjut atau ingin mendapatkan produk ini?..

 

boleh dapatkan terus dari saya . saya menghantar terus ke rumah anda di seluruh negara melalui pos laju dan khidmat kurier. bagi sekitar bandar kota tinggi, anda boleh mendapatkan terus dari saya. Saya adalah pengedar shaklee di kawasan kota tinggi, johor dan sekitarnya.

sms/call/whatsapp/wee chat : 013 7374958

email : admin@damiapitshop.com

NUTRISI PENTING BAGI MEREKA YANG INGIN HAMIL

download (1)

Tahukah anda, anda juga perlukan nutrisi sebelum hamil??… iye, anda perlu tahu apa nutrisi yang perlu diambil jika anda dan suami merancang untuk mendapatkan zuriat…dan yang lebih menarik lagi, bukan isteri saja yang perlu memastikan pengambilan nutrisi yang cukup, tetapi suami juga sangat perlu menitik beratkan pengambilan nutrisi dalam pemakanan seharian.

 

apa yang anda dan suami anda makan adalah mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, anda dan pasangan anda perlu mengamalkan pemakana sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.  nutrisi yang penting ialah :-

1) ASID FOLIK

– salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%!! jadi, tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk.  Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.

 

2) ZAT BESI

– nutrisi ini amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir.  zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

 

3) KALSIUM

– keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala ibu mengalami kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

 

4) DHA

– berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk menantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.  Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA.  tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon

 

5) AIR

– anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari.  sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain.

 

sperm_race