APA ITU COQ TROL PLUS

Pernah dengar Coq Health? salah satu produk Shaklee yang pernah menjadi viral 3 4 tahun lepas. Hanya kerana ramai yang teruja dengan keberkesannya kepada mereka yang mengambilnya sebagai “energy booster” atau lebih tepat lagi untuk meningkatkan kecergasan setiap hari. Akan tetapi, produk ini telah diberhentikan pengeluarannya seketika untuk diberikan formulasi baru yang telah dipertingkatkan lagi. Kali ini ia dikenali sebagai COQ TROL PLUS. bila ada perkataan plus di situ, pasti ada sesuatu kandungan yang lebih baik ditambah dalam formula untuk memberi kesan yang lebih baik kepada penggunanya.

 

APA ITU COQ TROL PLUS

comele je botolnya macam botol caratomax dan warnanya pun seakan akan sama tapi Coq Trol Plus lebih bujur sedikit. Kandungannya ada 30 biji dan kegunaanya untuk sebulan.

Ini adalah Fakta Nutrisi Bagi setiap 1 biji Coq Trol Plus

1 Capsule (678.789 mg)

Ramuan Jumlah Setiap Kapsul
* Coenzyme Q10 (Ubidecarenone) 100 mg
* Mixed Tocopherols 5.5 mg
* Resveratrol  (from Polygonum cuspidatum root extract) 2 mg

Read more

KEPENTINGAN MINYAK IKAN KEPADA IBU MENGANDUNG

Selepas berkahwin, keinginan setiap pasangan pengantin baru adalah merancang untuk mengandung Begitu juga dengan saya dan suami. Tetapi, apa yang menjadi masalah kami suami isteri ialah kami tidak tahu ilmu ilmu mengenai mengandung, apa yang perlu dilakukan atau dititik beratkan semasa mengandung atau risiko risiko semasa mengandung. Yang kami tahu ialah, kami perlu “bersama” untuk mengandung.

 

Jadi, sepanjang tempoh mengandung, kami hanya mengikuti berdasarkan nasihat nasihat dari orang sekeliling atau pun petua petua dari mereka yang pernah mengandung. Saya juga membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang kurang sumber maklumat mengenai cerita mengenai kehamilan kecuali sewaktu pemeriksaan dengan doktor. Saya sendiri maklum yang doktor perlu terangkan benda yang penting sebab ramai lagi pesakit yang menunggu giliran. Malahan, bagi pihak saya sendiri, saya mahukan waktu pemeriksaan itu berlalu dengan cepat disebabkan tempoh menunggu yang lama untuk berjumpa doktor.

 

Sehingga pada satu hari, saya dan suami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di Hospital Pakar disebabkan ada masalah pada kehamilan saya. Di sini, doktor mencadangkan saya menjaga pemakanan yang lebih seimbang dan lebih peka pada nutrisi yang diambil seharian semasa mengandung. Malahan beliau mencadangkan pengambilan minyak ikan seawal trimester kedua sehingga kelahiran berlaku. Saya sendiri tidak tahu kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung sebab sentiasa merasakan minyak ikan itu hanya untuk mereka yang ingin menjadi pandai dalam pelajaran. ha ha ha Nampak tak kesilapan saya kat situ? situasai di mana kita inginkan anak tetapi kita lansung tidak tahu apa yang perlu kita ambil tahu sewaktu sebelum dan sedang tempoh mengandung itu terjadi.

Image result for kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung

image from Google

Jadi, selepas Doktor mencadangkan minyak ikan tersebut, saya mencari ilmu berkaitan apa kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung sebenarnya? adakah ia hanya untuk ibu yang mengandung atau ia memberi kesan baik pada janin yang dikandungnya.

 

Antara kepentingan minyak ikan kepada ibu mengandung ialah :-

  • membantu pembentukan saraf janin sejak dari awal lagi untuk memastikan sistem saraf pusat janin berkembang dengan baik untuk mengatasi masalah pertuturan dan perkembangan otak.
  • minyak ikan yang mengandungi cukup EPA dan DHA aka menyokong sistem jantung dan mengelakkan masalah alergik sepanjang tempoh mengandung.
  • DHA yang mencukupi pula membantu menyokong sistem saraf pusat, mata, dan otak untuk janin dan ibu yang mengandung.
  • Ia juga membantu ibu dari menghadapi masalah darah tinggi semasa mengandung
  • membantu ibu mengatasi masalah kemurungan semasa mengandung dan selepas kelahiran
  • membantu mengurangkan risiko bayi mempunyai alahan yang teruk selepas kelahiran
  • membantu mengelakkan masalah preeklampsia iaitu merupakan satu komplikasi semasa kehamilan yang dimulai dengan tekanan darah tinggi, mempunyai masalah pada organ dalaman dan kandungan protein dalam air kencing

 

Related image

SUMBER MAKANAN YANG MEMPUNYAI MINYAK IKAN YANG TERBAIK

Kita boleh dapatkan minyak ikan ini dari sumber makanan yang makan hari hari. Antara ialah :-

  • ikan tuna
  • ikan salmon
  • ikan sardin ( bukan dalam tin tu ye)
  • ikan bilis
  • ikan hering
  • minyak dari biji bijian seperti minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak jagung
  • minyak hati ikan kod
  • sayur sayuran hijau.

akan tetapi, semasa mengadung, pengambilan ikan ikan atau sumber makanan laut ini perlu diberi perhatian. Makan berpada pada kerana kita tidak tahu kandungan toksin seperti merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab tu, ada doktor yang mencadangkan lebih bagus mengambil suplemen minyak ikan yang diyakini melaluli proses penyulingan yang terbaik dan menggunakan bahan mentah yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan risiko  pengambilan toksin yang tinggi dalam menghasilkan minyak ikan.

 

TESTIMONI : ASMA MULA BERANSUR ANSUR HILANG

ini pula kisah anak saya yang menghidap asma sejak bayi lagi. Ia kisah benar dari saya, dan pastinya cerita ini lebih dekat dengan saya sebab saya yang melihatnya hari hari. Sehinggakan, ada hari hari dia diserang asma dan melihat betapa sukarnya dia untuk bernafas, buatkan saya sendiri sebak.

 

 

[PENYAKIT ASMA SEJAK LAHIR KIAN PULIH DAN ZAFRAN DAH TAK PERLU FOLLOW UP KE HOSPITAL LAGI]

.
Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012.

.

Read more

PROMOSI SR VITAMIN C 500MG

Awak..awakkkk…saya nak bagitahu ni…alahh..awak dah tahu ke???? Sayalah yang lambat ni???? Eh..iyerlah dah 5 hb. Saya yang lambat bagitau..maaf awakk.. kita bagitau lambat.
.

Tapi kita tau awak tetap nak tahu apa yang kita nak bagitahu kan?. Kan..kannn..

Read more

BAGAIMANA MENGATASI SILAU MATA

kekadang, ada yang risau bila kadar penglihatan semakin terbatas. Macam saya juga. Paling risau bila kena memandu sewaktu hujan atau malam. Saya mengalami silau mata yang teruk. Sehinggakan saya selesa memilih untuk tidak memandu bila malam. Saya selalu mencari bagaimana mengatasi silau mata saya ini untuk mengelakkan ia menjadi semakin teruk. Takkan tiap tiap tahun nak tukar cermin mata pula kan?

rabun mata, silau mata, katarak

Sebelum saya berkongsi cara bagaimana mengatasi silau mata ini, saya nak berkongsi bagaimana silau mata ini terjadi dan kepada siapa ia boleh terjadi.

 

APAKAH ITU SILAU MATA/RABUN SILAU?

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysiarabun silau/ silau mata atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak.

Rabun silau boleh dialami pada sebarang peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.(saya hampir teruk, hu hu hu). Rabun silau selalunya datang bersama – sama rabun jauh dan rabun dekat.

 

TANDA TANDA KITA MENGHIDAPI SILAU MATA/RABUN SILAU

tanda tanda kita adalah penghidap rabun silau adalah berbeza antara individu. Penghidap rabun silau yang sedikit tidak mengalami sebarang gejala atau tanda. Akan tetapi, tanda yang biasa dialami adalah seperti berikut:

  • Mata kabur pada sebarang jarak
  • Pandangan terherot
  • Mata letih
  • Juling – keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Sakit kepala
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata

 

anda ada tanda tanda ini?? hah, baik berhati hati dan mula jaga mata anda 🙂

 

BAGAIMANA MENGATASI SILAU MATA?

saya suka berkongsi ilmu yang saya ada pada pembaca semua. Dan saya juga suka berkongsi manfaat setiap produk yang Shaklee hasilkan.  Ya, setiap produk yang Shaklee hasilkan ada banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Kekadang, kita rasa sesuatu produk tu dikhususkan untuk sesuatu penyakit. Tapi bila kita dah ketahui manfaatnya yang lain, kita pasti teruja!!. Saya nak berkongsi produk yang membantu mengatasi silau mata yang boleh kita ambil dan rasai sendiri kesannya.

 

b complex untuk silau mata

B COMPLEX– di dalamnya mengandungi Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai Riboflavin yang mana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Malahan kandungan Vitamin B2 di dalam B complex ini ialah membantu mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, membantu meningkatkan kualiti penglihatan dan membantu meningkatkan daya tumpu seseorang.

carotomax

CARATOMAX – suplemen ini penuh dengan sumber prekursor Vitamin A yang mata ia sangat penting untuk mencegah rabun malam dan ia merupakan antioksidan yang kuat dan tinggi. membantu mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, kelesuan mata, katarak, silau mata dan sebagainya. Selain itu,ia mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata seperti Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Baguslah Beta carotene ini ialah ia membantu badan memperolehi vitamin A untuk kesihatan mata, kulit dan mengelakkan kanser. Tahu tak? Pengambilan Vitamin A yang berlebihan dan tinggi akan menyebabkan toksisiti? Ia tidak selamat untuk diri kita.

SR vitamin c 500mg

SR VITAMIN C 500mg – kenapa pula Vitamin C? 120mg Bioflavonoid yang ada dalam setiap tablet Sr Vitamin C  ini berfungsi membantu menyingkirkan toksin dalam kanta dan juga kornea mata.

024-omega

OMEGA GUARD – DHA di dalam minyak ikan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan juga retina. Ia membantu menyuburkan kesihatan retina dan memelihara penglihatan.

 

inilah dia, 4 produk yang sesuai untuk anda tahu bagaimana mengatasi silau mata. Saya mencuba kesemuanya ( kecuali caratomax ) dan Alhamdulillah, dah 2 tahun lebih power mata saya lebih stabil :).

anda inginkan kesemua suplemen ini?

 

Slide1

 

atau, boleh hubungi kami 🙂

Kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

instagram : damia_pitshop

SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

Kebiasaanya, bila kita hamil, kita akan mula diberikan suplemen oleh pihak klinik atau hospital. Ia adalah suplemen untuk ibu hamil yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan secara asasnya. Ada juga klinik klinik pakar atau klinik swasta yang menawarkan suplemen tambahan yang lain untuk ibu hamil ini. Apa jua suplemen yang diberikan kepada ibu hamil ini, kita perlulah mengetahui apa fungsi dan manfaat suplemen untuk ibu hamil berkenaan.

suplemen untuk ibu hamil yang perlu diberi perhatian ialah : Asid Folik, Kalsium, Zat Besi, Iodin, Zink, Vitamin C dan Omega 3 DHA.

ASID FOLIK

– kita perlu terus mengambil asid folik sekurang kurangnya untuk 12 minggu pertama semasa kehamilan untuk pembentukan saraf tunjang bayi. ( eh, B complex Shaklee lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik tau)

kepentingan b complex

KALSIUM

– kalsium bersama Vitamin D dan magnesium ( eh? macam ostematrik shaklee lah) adalah untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi anda. Makanan yang kaya kalsium ialah yogurt, keju dan salmon. Vitamin D membantu badan menyerap kalsium dan boleh didapati ada minyak ikan dan produk tenusu. Idea mengambil suplemen yang mengandungi Vitamin D juga boleh digunakan ——–>>>>> amik ostematrik shaklee je. lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D!!!

ostematrix

ZAT BESI

-apabila anda bercadang untuk hamil, 10 hingga 15 peratus dari anda berpotensi menghadapi masalah anemia iaitu kekurangan zat besi. Ketika ini, baru anda sedar bahawa ia penting dalam diet anda. Anda perlu zat besi semasa hamil kerana perkembangan fetus dan plasenta adalah bergantung pada anda. Jadi tingkatkan zat besi dalam diet anda atau anda akan berasa penat jika ia berkurangan. ( eh, zat besi tu iron kan? Shaklee ada Vitalea with Iron.…banyak dah testimoni pengambilan Vitalea ini boleh naikkan HB darah semasa kehamilan berlaku.

vita-lea

ZINK

-teruskan mengambil makanan yang mengandungi nutrien zink untuk penghasilan DNA bayi anda. Cuma elak makan kerang, terutama kerang mentah kerana ianya terdedah kepada bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

VITAMIN C

– amat penting sekali untuk anda memastikan sistem imun anda berada pada tahap yang sangat baik semasa kehamilan berlaku. Ini adalah untuk memastikan bayi dalam kandungan anda sihat dan anda juga kekal sihat dan cergas.

vita-c

OMEGA 3 DHA

– DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan bahagian yang paling tinggi kandungan DHA. Malah pengambilan Omega -3 yang tinggi semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko bayi menghadapi alergi kepada makanan selepas kelahiran nanti.

024-omega

ini adalah suplemen untuk ibu hamil yang penting dan sewajarnya diambil perhatian oleh ibu ibu hamil dan pasangan.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

 

 

inginkan maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini secara COD, kami adalah pengedar shaklee di Kota Tinggi juga pengedar shaklee di Taman Pasak Indah dan sekitarnya 🙂

FB : Siti Noriza Binti Saleh

email : sales.damiapitshop@gmail.com

whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178

fanpages : Damia Pit Shop

PROMOSI NOVEMBER 2014 ( DOUBLE PROMOTION!!)

wahhh… ingat raya je ada double promotion.. Bulan ni, pihak shaklee pun ada buat double promotion!!!..percayalah. ia nya benar benar berlaku dan benar benar terjadi!!.. nak tau promosi apa bulan ni? jeng jeng jeng!!!!

PROMOSI NOV 2014

 

promosi biasa setiap bulan . BELI 6 PERCUMA 1 !!!!

promosi omega twin pack

 

 

PROMOSI LUAR BIASA, BELI 2 BOTOL OMEGA GUARD DALAM SATU RESIT, ANDA AKAN DAPAT 5% DISKAUN!!!.

..walla….memang syok wo….rugi tak beli 2 botol terus!!!!..

so, apa lagi?????? meh contact saya meh!!!!

SITI NORIZA BINTI SALEH

ID : 852453

013-7374958 @ 013-7065178

PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK DI KOTA TINGGI, JOHOR

1 2 3 4