Tandem Nursing – Cara Untuk Menjayakannya

Bagi mereka yang ingin menjayakn tandem nursing, ianya adalah satu cabaran yang sangat kuat dan perlu ditempuhi oleh ibu dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi…

Ibu perlu menjaga diri dengan makan makanan yang berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan daptkan rehat yang secukupnya. Selain itu, ibu harus menjauhi minuman berkafien dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangya sekali.  Ia membantu ibu tidur lebih lama dan mudah terjaga di waktu malam.

Ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan si manja menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Ibu harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu menyakan tandem nursing.  Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah permata hati.  kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa bilangnnya.

antara langkah langkah penting yang perlu ibu tahu :-

1) AMAL PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
– Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil manakan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran , bijirin penuh dan produk tenusu.  Makanan diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi.  makanan ringan seharusnya dihadkan.  Juga jangan lupa minum lebih banyak air.

2)TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
– dalam beberapa hari pertama, ibu pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan.  setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

3) KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
– ibu boleh mengaplikasikan pelbagai posisi.  Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi cradle hold atau football hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring.  Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

4) BERTENANG
– Susukan bayi dalam keadaan tenang agar ana dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlansung.

5) MINTA TOLONG
– Mintalah pertolngan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

PERSIAPAN DIRI UNTUK BERPUASA BAGI IBU – IBU MENYUSU

Alhamdulilah..sekarang dah masuk bulan Rejab…sekejap je masa untuk masuk Bulan Puasa ( Ramadhan)..dan bagi para ibu-ibu yang menyusu, pasti dah standby dan bersiap sedia untuk cuba berpuasa,,..

jom kita ikuti panduan pemakanan khas untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa ;…

1) MINUM AIR YANG MENCUKUPI ;-
!~ Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu.  Seelok-eloknya minum 2 -3 liter atau bersamaan minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2) JANGAN ABAI SAHUR;-
~ Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur.  Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur,  Makanlah makanan yang kaya dengan proten dan apa saja makanan berbentuk sup.  Dalam pada itu, anda perlukan kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3) MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA:-
~Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangya tiga biji.  Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4) BANYAKKAN BUAH DAN SAYUR;-
~Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5) AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT :-
~ JUmlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa.  Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi.  INi dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya…

6) AMALKAN MADU:-
~ Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi… Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7)  ELAKKAN MINUMAN BEKARBONAT :-
~ Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat.  Sama juga halnya dengan minuman berkafein,  Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kagien boleh mengangganggu pernghasilan susu ibu jika berlebihan..

kredit : majalah PA & MA.

untuk itu, saya syorkan para ibu menyusu mengambil supplement agar sentiasa sihat dan cergas,selain itu, ada juga supplement yang membantu ibu-ibu dari dapat menahan lapar…

saya syorkan anda :-

ianya juga sesuai bagi kanak-kanak yang ingin belajar berpuasa…sesuai untuk seiisi keluarga ..
ESP – ENERGIZING SOY PROTEIN

– Makan protein yang mencukupi adalah penting kepada pembentukan bayi kerana protein penting untuk pertumbuhan sel dan penghasilan darah bayi. Ia juga penting untuk pertumbuhan dan fungsi tisu plasenta, amnion dan tisu ibu. Anda perlu mengambil kira-kira 60 gram protein setiap hari semasa hamil — kira-kira 10 gram lebih daripada apa yang anda harus makan. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging tanpa lemak, telur, keju, ikan, susu dan kacang. 

MEALSHAKE
* Pemakanan semulajadi yang baik n rasa hebat. Tanpa bahan tiruan, warna, pemanis atau pengawet ditambah ..
* sarapan segera sihat
* hidangan yang lazat, murah 
* tambahan hidangan pemakanan yang dibungkus
* makanan ringan dikesan bila-bila masa
* makanan yang sesuai untuk mereka yang menonton berat badan mereka atau mengawal kolesterol jumlah lemak dan natrium

PERFOMANCE DRINK
* Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
* Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
* Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
* Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

jom..apa lagi…x mampu beli ketiga-tiga produk ni?>.anda bolh pilih salah satunya ..mana yang sesuai utk anda?..anda boleh hubungi saya…x de masalah.. 🙂

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

SENTIASA BERTENAGA DAN PRODUCTION SUSU MERIAH

Assalamualaikum…hari ni nak bercerita pasal ENERGIZING SOY PROTEIN ini…ialah adalah salah satu produk terlaris dalam SHAKLEE….kenapa ianya laris?..kerana ia mengamalkan 7 prinsip pilihan kenapa ESP ni tidak mendatangkan kemudaratan pada pengamalnya….selain tu, ianya diakui oleh mereka yang telah mengambil ESP ni dalam kehidupan harian mereka..

jom baca lagi testimoni dari cus kak hadha ini…

tq kak Hadha 🙂

ESP memang hot selling product. Alhamdulillah .. memang semakin ramai rakyat Malaysia yang tahu akan kepentingan mengamalkan suplemen semulajadi dan specifically, kepentingan protein yang berkualiti.
 
My all time favourite? Tentulah ESP Shaklee!
 
 
Kenapa suplemen protein ESP daripada Shaklee ni HOT SELLER? Ini adalah kerana ia membantu anda mengatasi/mengurangkan MASALAH-MASALAH yang disenaraikan berikut 
  1. Bayi anda TAK CUKUP BERAT
  2. Susu TAK BANYAK
  3. Susu KURANG PEKAT
  4. Kulit BERPARUT JERAWAT
  5. Kulit BERJERAWAT
  6. Kulit KUSAM
  7. Kulit BERMINYAK
  8. LETIH LESU
  9. KUAT MENGUNYAH (lapar sokmo)
  10. PAYUDARA KENDUR
  11. dan BANYAK lagi ..
Jom baca testimoni ibu-ibu ini 🙂

* Testimoni adalah sekadar perkongsian
 
 
 

so, apa tunggu lagi?..anda pasti mahukan hasil yang sebegini jugak kan?>..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

TIPS-TIPS UNTUK MEMBAWA SUSU PERAHAN “BERJALAN”….he heh

Kali ni, saya nak share tips dan bagaimana untuk meguruskan stok EBM anda…samada anda ingin pergi berkurus dan anak anda dihantar ke kampung…so, anda transfer EBM anda ke kampung….atau, stok EBM masa anda berpantang di kampung dan anda ingin bawaknyer kembali ke rumah anda….

thanks to Norliyana Mazli…

Tips-tips utk bawa susu perahan dari kampung ketika berpantang

– beli tong ais yg polisterine tu, saiz ikut jumlah susu anda
– beli ice cube seplastik besar or secukupnye tuk cover semua susu
– letak ais dlm tong ais tu selapis, then susun susu anda yg beku
– pastu letak lagi ais utk cover semua susu
– buat perkara packing susu dlm tong ais ni last bile dh setel susun brg lain dlm keta.. dh siap boleh terus jln
– make sure travel waktu yg sejuk, awal pagi or mlm
– dh sampai tempat tujuan terus blk umah dan simpan susu dlm freezer


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

RELAKTASI – tidak semudah mengungkapkannya

Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.
Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.
Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1.  Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2.  Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.
Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
•   Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
•   Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
•   Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.
  
Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
•  Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
•  Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
•  Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
•   Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
•  Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
•  Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
•   Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
•  Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)
Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.
Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari
Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.
Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
Nota Luna : Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif adalah TIDAK MUSTAHIL walaupun bayi sudah diperkenalkan dengan susu formula.

kredit :

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

PENYUSUAN SUSU IBU – FAEDAHNYA

“semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun”


FAEDAH- FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI :-

  1. Mengandungi bahan pencegah jangkitan (antibodi).
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.

FAEDAH -FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU :-

  1. Membantu mengecutkan rahim – mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  3. MEngurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membatu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.


PENYUSUAN BAGI IBU-IBU YANG PERTAMA KALI MELALUINYA

Bagi para ibu yang pertama kali melaluinya atau bakal melaluinya, pasti akan risau samada mampu atau tidak mengharungi cabaran penyusuan itu sendiri.  Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan.  Malah, kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya…tapi, dengan teknik penyusuan yang betul, Insya Allah anda mampu mengharunginya…

Untuk permulaan, saya berikan secara ringkas teknik yang perlu anda fahami ;

1) SEBELUM MENYUSUKAN BAYI
– Lembutkan payu dara dengan meletakkan kain tuala yang hangat pada payu dara selama beberapa minit atau berdiri di bawah pancuran air suam.

2) URUT PAYUDARA
– Dengan perlahan-lahan, urut payudara anda menggunakan tangan.  Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak.  Gerakkan jari anda ke bawah menghala ke arah areola.




3) MENCARI PUTING
– sebelum menjalani proses penyusuan bersama bayi, pastikan kedudukan anda dan bayi adalah betul.  Bayi mempunyai naluri untuk mencari puting susu itu sendiri. Ibu hendaklah sentiasa meransang naluri bayi dengan mengusap pipi bayi.  Bayi akan berpaling ke arah payu dara dan mencari puting anda

4) MELEKAP
– Sebaik saja, bayi menjumpai puting susu, bayi akn menggunakan rahangnya dengn cara menekan takungan susu pada dasar aerola.  IBu akan merasa tidak selesa atau sakit sekiranya bayi hanya memasukkan puting susu ke dalam rahang bayi




5) SELEPAS BAYI SENDAWA ATAU TIDUR
– Kebanyakan bayi akan tertidur atau sendawa pada hisapan di sebelah payudara saja. BAgi ibu, anda boleh mengeluarakn puting anda dengan memasukkan jari kelingking anda di dalam mulut bayi sekiranya bayi sudah tertidu, tetapi tidak puting tidak keluar dari mulut bayi.  sekiranya bayi bangun, tawarkan kepada bayi, payudara yang satu lagi

sumber : koleksi PA & Ma

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 * Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

1 2