SAKIT JANTUNG

SAKIT JANTUNG

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.

SERANGAN SAKIT JANTUNG
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.

FAKTOR PENYEBAB
Asap Rokok
~ Mempercepatkan pembekuan darah
~ Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
~ Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
~ Tekanan Perasaan
~ Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
~ Tekanan darahnya juga meningkat.
~ Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung.
* Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.  Bersenamlah.
Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
* Jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
* Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
* Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
* Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
* Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
* Jika anda merokok.
* Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
* Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
* Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
* Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
* Jika anda kurang bersenam.
* Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
* Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
– Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
– Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
– Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
– Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
– Digalakkan memakan daging putih “white meat” seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
– Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
– Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya :-
call/sms/ whatsapp : 013-7374958 atau 
 email : damia_pitshop@yahoo.com atau 
add saya di fb ( siti noriza saleh ) 
 yahoo messenger : nuriezam_040806

 untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂

CARA SEMULAJADI KUATKAN JANTUNG

Penyakit jantung koroner merupakan salah satu penyebab kematian.  Penyakit jantung koroner ini disebabkan oleh tujuh faktor risiko utama.  Faktor tersebut meliputi peningkatan kadar kolesterol darah, trigliserida dan lemak lain, peningkatan darah, peningkatan kadar asid dalam darah serta gangguan metabolik, khususnya diabetis, obesiti, merokok dan kurang aktiviti fizikal.
Selain menggunakan pengubatan moden, anda boleh membantu mengatasi penyakit ini dengan beberapa sumber makanan semula jadi.  Berikut adalah beberapa sumber yang boleh anda makan :-
ALFALFA :-
Jus herba ini telag terbukti sangat membantu pada sebhahagian besar kes yang berkaitan dengan penyakit arteri dan jantung.  Untuk tujuan ini, biasanya anda hanya perlu menggunakan daun tanaman ini.  Tetapi, jus alfalfa sendiri terlalu keras jika dimakan sendiri.  Oleh itu, lebih baik mencampurkannya dengan jus lobak merah dalam jumlah yang sama, iaitu sekitar 125ml.. Dengan kombinasi seperti ini, manfaat kedua-dua jenis ini dapat ditingkatkan.
ASPARAGUS :-
Sayuran ini merupakan makanan yang baik untuk menguatkan jantung.  Untuk membantu mengatasi lemah jantung dan pembesaran jantung, cubalah mencampurkan ekstrak jus asparagus segar dengan madu.  Ubat ini sebaiknya diambil tiga kali sehari.  Pesakit jantung juga boleh mendapatkan manfaat dengan cara merebus sayur ini.

BAWANG MERAH :-
Bawang merah dikatakan amat bermanfaat dalam mengatasi penyakit jantung.  Sayuran yang satu ini bekerja mengawal kolesterol darah dengan mengoksidasi kelebihan kolesterol.  Satu sudu kecil jus bawang mentah di pagi hari dikatakan amat bermanfaat dalam kes-kes sebegini.

ANGGUR :-
Secara umumnya buah-buahan segar bermanfaat dalam membantu mengatasi penyakit jantung.  Buah-buahan ini bekerja dengan cara menguatkan jantung.  Anngur, khususnya efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung.
Penyakit tersebut dikatakan boleh dikawal dengan cepat jika pesakit mengamalkan diet ekslusif dengan anggur selama beberapa hari.  Jus anggur khususnya amat bermanfaat ketika seseorang menghidap serangan jantung.

EPAL :-
Buah ini mengandungi komponen yang berfungsi menstimulasi jantung.  Epal dan olahan dari sumbernya amat bermanfaat bagi pesakit lemah jantung.

MADU :-
Madu mengandungi pelbagai komponen yang berfungsi mencegah semua jenis penyakit jantung.  Madu bekerja menguatkan jantung dan melancarkan perjalanan darah,  selain itu, madu juga efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung.  Makan satu sudu besar madu setiap hari cukup untuk mencegah sema jenis gangguan jantung.

sumber : MAJALAH MINGGUAN WANITA SEPTEMBER 2012

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya 🙂