TEAM GMTJ “HIKING” DI SIREH PARK, BUKIT INDAH, JOHOR

Tadi pagi ( Sabtu, 19 Januari 2019 ) kami berjaya menyelesaikan misi Team kami iaitu Team GMTJ untuk memanjat bukit di Sireh Park, Bukit Indah, Johor Bahru. Seronoknya aktiviti ini bila kita bawa anak anak untuk sama sama memanjat bukit. ok, saya akui bukit ini tidak terlalu tinggi dan tak mencabar sangat dari segi laluan sebab ia pun di dalam kategori taman rekreasi. Bukan untuk mereka yang kaki panjat gunung ganang.

Team kami berkumpul di parking lot pada Jam 8.30 pagi di lokasi yang dijanjikan. Setelah semuanya berkumpul, kami memulakan perjalanan kami. cewah!. untuk saya dan anak anak yang baru pertama kali terasa juga mengahnya naik bukit. Tapi bila dah mula jumpa rentak, baru kami rasa lebih santai dan rasa ok untuk ke puncak kedua pulak. Tracking sesuai untuk mereka yang masih baru baru berjinak dengan hiking dan sesuai untuk anak anak atau ibu yang membawa bayi. cuma kalau hujan, mungkin agak licin.

Laluan lebih landai dan tidak perlu risau kalau tidak menggunakan kasut untuk hiking. Ia memang sesuai untuk mereka yang nak sihat secara santai santai. Eh, siapa cakap tak keluar peluh? keluar juga tau sebab dalam 3 km juga perjalanan naik dan turun 2 puncak bukit ni. hah tengok, team mak mak steady je dokong anak masing masing tau. Banyak jalan yang boleh dilalui. Means kalau nak naik guna jalan A maybe turun dari bukit boleh melalui jalan B. sambil melihat pemandangan dari atas, melihat kawasan perumahan yang baru siap. Angin pun elok sepoi sepoi bahasa je.

 

bukti kami sampai ke puncak tau! tapi ni puncak ke pertama yang lebih rendah sikit. Ada 3 puncak semua. Untuk hari ni, kami memilih untuk mendakiĀ  2 puncak je dulu. Sian kt mak mak yang kendong anak tu. Insya Allah, ada masa untuk berhiking lagi, kami tawan 3 3 bukit di Sireh Park ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge